Wednesday, October 28, 2009

Berfikir Di Luar Kotak

8 comments

Salam mesra. Salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat semua…


Semalam dari pagi sampai petang saya menghadiri Majlis Penilaian Inovasi Pendidikan Islam peringkat zon Timur ( Kelantan, Terengganu & Pahang ) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di SMKA Tok Jiring. 8 inovator yang terdiri dari ustaz-ustaz telah membentangkan inovasi ciptaan mereka untuk dipilih ke pertandingan inovasi pendidikan peringkat kebangsaan. Inovasi mereka telah dinilai serta dikritik oleh panel penilai yang hebat dan bertauliah.


Saya sebagai pemerhati sangat tertarik dengan inovasi-inovasi baru yang dicipta. Antara yang paling menarik ialah ciptaan Mesin Debu & Tisu Tayammum ciptaan Ustaz Mohd Hang Tuah ( Kelantan ) – selain tujuannya untuk memudahkan amali tayammum semasa pengajaran di sekolah, sebenarnya ia boleh digunakan lebih daripada itu. Sehinggakan seorang panel hakim menasihatkan beliau segera membuat permohonan hak cipta kerana mesin tersebut boleh mendatangkan pendapatan lumayan kerana ia mesin pertama seumpamanya di dunia ini.


Antara inovasi lain ialah perisian Doktor Jawi oleh Ustaz Abdul Manan bin Ali ( Terengganu ), perisian-perisian subjek Pen. Islam dan lain-lain . Semuanya hebat. Wah! Saya terfikir, macam mana mereka dapat idea untuk cipta inovasi-inovasi tersebut..


Mereka inilah sebenarnya orang-orang yang berfikir di luar kotak. Berfikir luar dari kebiasaan. Atau biasa juga kita dengar ungkapan seperti ‘Think out of the box’ atau ‘Think beyond the bounderies’. Menghadapi masalah dan mereka menyelesaikan masalah secara luar biasa dan kreatif sehingga menemui penyelesaian yang luar biasa, dikembangkan dan dikongsi bersama orang lain. Bukankah itu hebat?


Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza dari biasa. Sebenarnya, bukan hanya orang yang berminda hebat sahaja boleh berfikir di luar kotak kerana ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?

  • Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?


So, anda boleh gunakan cara berfikir di luar kotak juga dalam menyelesaikan permasalahan atau melakukan aktiviti seharian anda. Beberapa contoh yang boleh saya utarakan di sini..


Seorang guru yang menghadapi masalah mengawal kelas yang bising dan tidak minat belajar, boleh memikirkan cara yang lebih berkesan selain dari mendenda dan memarahi pelajar.


Seorang surirumah yang jemu memasak menu yang sama boleh mencipta menu yang tak pernah orang buat. Lain dari resepi yang biasa kita jumpa. Baru gempak!


Seorang yang mahu menjadi ahli perniagaan, perlu mencari business yang lain dari business yang sedia ada. Yang mampu mendatangkan impak yang menguntungkan.

Namun, dalam Islam sebagai manusia yang lemah ada perkara yang kita tak boleh berfikir di luar kotak iaitu berfikir tentang perkara-perkara Sam’iyyat. Samiyyat ialah perkara –perkara yang tidak boleh dilihat oleh pancaindera tetapi hanya diketahui melalui Al Quran dan Al Hadis seperti zat Allah, ruh, malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. Contohnya, kita berfikir di luar kotak dengan membayangkan Allah dalam rupa bentuk tertentu atau menyamakan sifatnya seperti sifat manusia. Ini boleh memesongkan akidah kita. So, beringat-ingatlah..

Selamat mencuba untuk berfikir di luar kotak dan mencetus idea-idea hebat dalam aturan kehidupan seharian anda..Sampai bertemu.

Tuesday, October 27, 2009

Suatu Pemergian

6 comments
Salam mesra buat sahabat-sahabat semua..

Hari ini saya menerima satu khabar duka yang membuatkan saya menitiskan air mata. Khabar duka yang saya terima petang tadi dari abang saya di Melaka ialah tentang pemergian ayah mertuanya yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5 petang kerana menghidap stroke dan sakit tua di rumah anak perempuannya di Johor Bharu. Saya tidak begitu rapat dengan arwah Wan Ahmad tetapi kakak ipar saya dan adik-beradiknya sangat baik dan prihatin dengan ayah dan arwah ibu saya. Kakak ipar saya pun semasa arwah ibu saya sakit dahulu dia menjaganya dengan baik malah hingga saat-saat hujung usianya dan ketika menguruskan jenazahnya, dia tetap bersama.

Justeru apabila dia kehilangan ayah tersayang saya turut berkongsi kesedihan dan kebersamaan yang hadir dalam jiwa saya ini membuatkan saya merasa agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama di sisi mereka di saat genting ini dan mengunjungi jenazah arwah bapa mereka..dari jauh saya panjatkan doa agar arwah damai di sisiNya dan tergolong di kalangan orang-orang saleh dan beriman yang telah dijanjikan ganjaran kebaikan di sisiNya. Amin.

Janganlah bersedih kerana..
Tuhan lebih menyayanginya
Setiap yang yang datang
dengan satu nyawa
dengan satu jasad
Akan kembali ke sisi Pencipta
membawa amalan
bersama bekal iman dan amal

begitu jua kita..
Siapalah kita yang mampu
Mencipta sebuah pertemuan
Melainkan dengan izinNya
dan Siapalah kita yang mampu
Menghalang sebuah perpisahan
Melain yang berhak hanyalah Dia..
Berdoalah..
Agar damai miliknya
Moga rahmat Allah ganjarannya
Jua tenang dia di sana..

Font size

Sunday, October 25, 2009

Semanis Madu

13 comments

Salam mesra buat sahabat-sahabat semua..


Madu? Macam saspen je tajuk entry kali ini. Bagi sesetengah wanita, mereka alah pada perkataan madu dan ia adalah sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan. Saya? No komen. Sebenarnya madu yang saya maksudkan bukanlah madu yang sesetengah orang bayangkan tapi madu yang mahu saya cerita kali ini ialah tentang madu lebah asli dan khasiatnya pada kanak-kanak.


Bagaikan sudah menjadi rutin, suami saya kebiasaannya akan menyuapkan madu untuk anak-anak setiap pagi sebelum ke sekolah atau sebelum sarapan. Madu yang dimaksudkan ini ialah madu lebah yang pure dan tidak dicampur dengan bahan lain. Harganya agak mahal dibandingkan dengan harga madu campuran. Saya biasanya agak liat untuk menelan madu lebah asli ni kerana rasanya yang sangat manis. Manis tulah ubat sebenarnya. Mesti ada yang tertanya-tanya untuk apa dan apa perlunya anak-anak diberi madu? Tahukah anda, madu menjadi bekalan buat tentera Rom sebelum mereka pergi berperang. Selain daripada itu mengambil madu adalah sunnah Rasulullah SAW. Jelaslah madu mempunyai kandungan zat yang menyihatkan.



Madu lebah sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masehi hingga ke Parsi, Greek dan Rome, sebagai satu cara penjagaan kesihatan. Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, didirikan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk madu lebah bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian. Bagi masarakat Cina pula, kebiasaan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda bersabda :

"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh

yaitu madu dan al-Qur’an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.


Antara khasiat madu lebah asli :

  • Meningkatkan kekuatan tenaga fizikal.
  • Mencerahkan mata, memutihkan dan menguatkan gigi.
  • Mencerdaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
  • Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
  • Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
  • Mempercepat penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Menghilangkan panas badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
  • Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. Madu lebah juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu lebah mempunyai kemampuan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (oleskan).
  • Madu lebah adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan menambah tenaga


Memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar.


Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan boleh merawat penyakit kuning di kalangan anak-anak yang baru lahir. Saya masih ingat lagi dua-dua anak saya menghadapi penyakit kuning selepas kelahiran dan cara yang mujarab menanganinya ialah dengan menyapu sedikit madu dengan putik kapas pada bibir bayi setiap hari. Insya Allah penyakit tersebut cepat sembuh tanpa rawatan lain.


Bahan Mineral & Vitamin Dalam Madu Lebah


Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu lebah amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.


VITAMIN B

Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga selaput mata, dan membantu proses metabolisma.


VITAMIN C
Membantu mempercepat penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.


VITAMIN E

Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.


VITAMIN K

Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu lebah dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.


Semoga mendapat manfaat dari entry pasal khasiat madu lebah asli yang saya ambil dari pelbagai sumber untuk manfaat bersama. Sampai bertemu lagi.

Wednesday, October 21, 2009

Novel & Nostalgia

12 comments
Salam buat sahabat-sahabat semua yang sudi membaca dan setia berkongsi pendapat..

Hobi utama saya ialah membaca. Saya kira semua orang yang cintakan ilmu pasti membaca menjadi kegemaran mereka. Semua benda saya suka baca dari suratkhabar, majalah, novel, buku-buku motivasi, buku-buku ilmiah, kitab-kitab agama, biografi, dan sebagainya. Suami saya pun berkongsi minat yang sama. Minat yang sama ini juga kami turunkan pula pada anak-anak. Sebenarnya, kami lebih rela menghabiskan duit membelikan mereka buku daripada membelikan mereka mainan.
Alhamdulillah kesan positifnya tetap ada. Sekarang ini peraturan no more toys nampaknya berjaya dilaksanakan dengan buku-buku sebagai galang gantinya.

Novel merupakan antara genre bacaan yang saya suka sejak dari dulu. Berbeza dengan suami saya. novel bukan bahan bacaan pilihannya. Selalu la dia menyatakan kehairanan kenapa orang boleh menghabiskan masa berjam-jam penuh khusyuk menghabiskan sebuah novel yang tebal? Alahai..kalau memang dah tak minat gitu la alasannya..senang sahaja saya menangani tandatanya suami saya..Kalau abang nak tahu..Bestnya baca novel ni sama macam bestnya abang menghabiskan masa berjam2 memancing waktu malam ditemani nyamuk dan kesejukan walaupun abang terpaksa pulang tanpa seekor ikan pun.. Mantap kan jawapan..Gitu ker? Siap dia tanya lagi..

Novel ni sebenarnya banyak jenis. Kategori novel kegemaran saya berubah mengikut perkembangan usia. Ketika masih bersekolah rendah saya gemar membaca siri-siri penyiasatan dan misteri seperti siri penyiasatan Enid Blyton, Alfred Hitchcock, Hardy Boys, Nancy Drews dan lain-lainnya. Kebanyakkannya saya pinjam dari library kat sekolah sebab masa tu keluarga saya tidak berkemampuan dan ianya membataskan saya membelinya sendiri. Seingat saya novel remaja pertama saya baca ialah Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Kebetulannya novel itu adalah milik kakak saya yang merupakan novel yang digunakan dalam pembelajaran Sastera di sekolahnya.

Bila dah meningkat remaja saya beralih pada novel remaja. Masa tu antara novel yang menjadi kegilaan remaja ialah karya-karya penulis bernama Ahadiat Akashah - seperti Lagenda Budak Setan ( sudah difilemkan rasanya ), Budak Momok, Cinderella 98 dan lain-lain. Masa tu seingat saya, sebuah buku boleh saya habiskan dalam satu hari sahaja. Kebanyakkan buku tersebut dipinjam di Perpustakaan Awam, ada yang dipinjam dari kawan dan ada juga yang dibeli. Selain novel Ahadiat, antara penulis lain seperti Shamsiah Mohd Nor dengan novel Sindora dan Tangisan Bulan Madu. Novelis yang lain seperti Lamia Aimal, Abdul Rahim Awang, Mohd Ismail Sharbini dan ramai lagi la..

Bila dah dewasa sikit, saya suka pula Norhayati Berahim dan Abu Talib Hassan. Karya Abu Talib Hasan yang paling saya suka ialah Airani yang masih saya simpan bukunya. Selain novel Melayu..novel - novel English pun saya layan juga. Semuanya bermula dari sahabat rapat masa sekolah dulu yang mesra dipanggil Kak Wan. Dia memang minat sangat dengan novel-novel Inggeris. Saya pun naik hairan juga dengan keterujaannya sehinggalah suatu hari bila saya menyatakan kehairan padanya dia menghulurkan sebuah novel ..Nah ambik baca ni...Dari situ bermulanya perkenalan saya dengan novel -novel Nora Roberts, Sidney Sheldon, Barbara Tylor, Judith Mcnaught dan ramai lagi la..tapi antara yang saya suka novel klasik Anne Of Green Gables oleh Lucy Maud Montgomery.

Hari ini, perkembangan penulisan novel begitu maju dan memberansangkan. Novel-novel tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan dengan itu lahirlah penulis-penulis baru yang begitu ramai sekali. Saya pun tak boleh sebut kat sini kerana ramai sangat cuma beberapa nama yang agak berkesan karyanya bagi saya ialah Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea dan Anis Ayuni.

Sekarang pulak saya lebih sukakan novel-novel berat, islamik dan infomatif seperti karya Faisal Tehrani, Zaidakhtar, Habiburrahman Al Shirazy dan lain-lain lagi..cuma kekangan saya ialah saya sudah tidak mempunyai masa untuk membaca novel. Jadi kegemaran baca novel agak terhenti sejak saya mendapat anak pertama sampailah sekarang. Cuma kalau ada novel yang menarik minat saya, pasti saya akan luangkan sedikit masa untuk membacanya tapi dalam waktu yang terbatas.


Ketika Cinta Bertasbih I dan II - buah tangan Habiburrahman Al Shirazy novel yang cuba saya habiskan saat ini. Tapi saya belum mampu berjaya untuk menghabiskannya. Begitu juga novel Mengintai Tuah Dari Villa Literno karangan Zakaria Ahmad yang saya beli masa kursus penulisan hari tu. ( Zakaria Ahmad mengisi slot ceramah penulisan novel ketika itu.) Kekangan masa dan kerja membataskan saya untuk berbuat demikian. Tak tahulah saya bila saya mampu membacanya..mungkin bila musim cuti sekolah hujung tahun ni..Ok lah...untuk sahabat-sahabat yang hobinya membaca terutamanya pencinta novel khususnya..selamat membaca! Membaca dan terus membaca!

Monday, October 19, 2009

Sanah Helwah Sayang!

12 comments

Sanah Helwah ! Sebenarnya ini ialah cara orang Arab menyatakan ucapan selamat hari lahir buat seseorang..Entry kali ini khusus untuk permata hati saya yang ke 2 Afiq yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 5 hari ini. Dilahirkan bersama kedinginan pagi kira-kira jam 7.20 pagi pada 6 Ramadhan 1425H bersamaan 20hb Oktober 2004 dengan berat 3.5kg dan tinggi 50cm. Di bawah ini saya pilih beberapa gambar istimewa sepanjang Afiq membesar dan memberi ruang yang begitu bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Maaf kualiti gambar kurang elok - gambar lama yg discan semula..

7 hari - mula2 lahir kulitnya agak gelap sehinggakan awah ibu saya
pernah bergurau yang saya tersilap ambik anak orang..

3 bulan

5 bulan

10 bulan - posing dengan gigi pertama

2 tahun - iklan gigi lagi..

3 tahun 7 bulan -masa program Hafaz Muqaddam
Masuk 5 tahun dah..

Moga dibukakan jalan tenang di depanmu
Moga kau temui segala kau cari
Aku iringi doa untuk kebahagiaanmu
Kau tak pernah jauh
Kau selalu dihatiku
Rindu padamu tak mengenal waktu
Manis ingatan bagai wangian kembang di taman
Kasih padamu
Setenang air yang mengalir

Selamat Ulangtahun ke 5 Sayang.. dari Abi, Ummi & Abang Ammar..

Cerita Kolestrol Selepas Raya

9 comments

Syawwal akhirnya pergi meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan manis mahupun duka. Bila diselak kembali lembaran Syawwal..selain berpuasa enam, kebanyakkan agenda harian banyak dihabiskan dengan ziarah – menziarahi dan menghadiri open house yang berderet setiap hari. Hari ni pun saya masih ada jamuan Raya anjuran pelajar Katering dan Penyajian kat sekolah ni..Rasanya inilah jamuan raya terakhir untuk tahun ni kut...

Bila dah terlampau banyak jamuan makan sepanjang bulan Syawwal ni..badan pun rasa lemah dan berat semacam je..agaknya dah terlampau banyak makan makanan-makanan berminyak dan berlemak seperti sate, rendang, nasi minyak, nasi beriani dan sebagainya. Mungkin juga kandungan kolestrol sudah meningkat dengan mendadak dek penangan Hari Raya..so, pada yang menghadapi masalah kolestrol tinggi terutamanya yang mempunyai penyakit berisiko seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan sebagainya..saya cadangkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut..

Sedikit info pasal kolestrol.. Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah. Kolesterol terdiri dari kolestrol baik dan kolestrol jahat. Kolestrol baik diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, sintesis vitamin D dan penghadaman lemak dalam badan.

Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam makanan dihasilkan daripada binatang termasuk, sayur sayuran dan daging putih seperti daging ayam. Selain kolestrol, makanan makanan yang dihasilkan daripada binatang, sayuran dan daging putih mengandungi lemak tepu yang tinggi.. Antara makanan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi ialah seperti otak binatang, hati, buah pinggang, ketam, sotong, ikan bilis dan kuning telur.

Mulai sekarang, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak dengan memperbanyakkan pengambilan makanan berserat, mempunyai khasiat yang tinggi dan bersifat pelawas. Berikut adalah senarai 10 makanan yang boleh membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar
lemak baik (HDL)

2.
KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai




Saturday, October 17, 2009

Raptai Program Pintar Al Quran 2009

0 comments

Setelah tertangguh selama sebulan lebih akibat penangan H1N1.. akhinya Program Pintar Al Quran akan berlangsung hari ini. Program pintar Al-Quran anjuran Negeri Terengganu pada tahun ini berjaya melahirkan 4622 kanak-kanak tadika dalam mengkhatam Al-Quran. Kanak-kanak ini terdiri daripada Tadika Yayasan Islam Terengganu dengan seramai 1488 orang, Jabatan Pendidkan Negeri Terengganu seramai 1637 orang, KEMAS seramai 1377 orang, Tadika PERPADUAN seramai 120 orang.

Ammar, si montel kesayangan kami turut mewakili kelas prasekolahnya dalam program tahunan ini. Jadi kesempatan yang ada petang semalam, kami sekeluarga sempat menjengah majlis raptai yang diadakan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak (
sebelah stadium Sultan Mizan yang runtuh tu ). Nampaknya persiapan rapi telah dibuat sepemuhnya, Al Quran pun telah disusun mengikut susunan tempat duduk kanak2 yang akan menjayakan majlis ini..

Peace..! Ammar dah tak sabar nak ngaji ni..

Seriusnya muka abang...Di hadapan pentas utama

Tahun depan turn Afiq tau..

Kedua2 heroku di hadapan pintu masuk utama..takde gaya lain ke ni? Afiq posing berlatarkan Stadium Sultan Mizan yg runtuh..

Friday, October 16, 2009

Menghargai & Dihargai

2 comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam buat semua. Entry kali ini saya ingin sentuh mengenai menghargai dan dihargai. Satu perkara penting yang perlu ada dalam kehidupan ini. Apabila kita menghargai individu di sekeliling kita terutamanya orang-orang yang kita sayang, maka kita akan dihargai juga. Begitulah sebaliknya.

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Sebenarnya cara kita mahu menghargai orang yang kita sayang terpulang la kepada kreativiti masing-masing. Tidak semestinya memerlukan perbelanjaan wang ringgit yang banyak atau memakan masa yang lama..simple saja... mungkin hanya dengan sentuhan dan pelukan..


Perbualan biasa dua beranak petang semalam. Antara saya dan Afiq.

" Afiq, mari kat ummi jap.." pinta saya. Afiq tengah syok menonton saluran Astro 611 kegemarannya.

" Ada apa, ummi ", ujarnya apabila menghampiri saya.

" Afiq belum sayang umi lagi hari ini." Sayang yang saya maksudkan di sini ialah ciuman dan pelukan.

" Afiq kan dah sayang ummi pagi tadi." Pantas si kecil menjawab. Merujuk ciuman yang diberikan pagi tadi sebelum dia ke sekolah.

" Cium lepas balik dari sekolah dok lagi..". Saya masih tidak mahu mengalah. Dia menurut kemahuan saya. memeluk dan mencium kedua pipi saya sebelum saya pula membalasnya dengan penuh kasih sayang.

" Ummi ni suka la suruh Afiq sayang ummi sokmo ( selalu ). " Omelnya.

" Ummi suruh sebab ummi nak kita selalu sayang menyayangi sampai bila-bila." Terang saya.

Dia macam termenung memikirkan kata-kata saya. Saya tahu dia masih kurang memahami erti sebenar di sebalik kata-kata saya itu. Biarlah, saya yakin satu hari nanti dia pasti mengerti.

Rutinnya, memang saya akan mewajibkan diri saya memeluk dan mencium anak-anak saya paling kurang 3 kali dalam sehari. Pagi sebelum ke sekolah, petang bila pulang dari sekolah dan malam sebelum mereka tidur. Kalau tidak sempat sekalipun, satu kali dalam sehari sudah memadai. Itu penghargaan saya buat anak-anak.! Saya mahu mereka rasa dihargai dan disayangi. Saya mahu mereka merasakan diri mereka penting dan bermakna buat saya dan suami. So, takkan rugi kalau kita amalkan rutin ni..Menurut kajian pakar psiologi dan perkembangan kanak-kanak : Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

Di bawah ini ada tips untuk menyatakan penghargaan kepada yang tersayang. Jangan sekadar baca sahaja tapi mesti dan wajib diamalkan..

Penghargaan Kepada Anak
- Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak
- Rangsang anak-anak untuk buat yang terbaik
- Berikan hadiah atas kejayaan anak-anak walaupun kejayaan yang kecil
- Selalu berikan pelukan dan ciuman
- Sekali sekala puji anak-anak di hadapan orang lain
- Hadirkan diri dalam acara atau pertandingan atau peraduan yang disertai oleh anak anda

Penghargaan Kepada Ibu Bapa
- Selalu telefon bila berjauhan
- Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja )
- Berikan hadiah pada hari-hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir)
- Cium tangan ibu bapa
- Bila anda sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka.
- Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
- Pulang apabila mereka sakit

Penghargaan Kepada Suami
- Selalu berikan senyuman
- Berhias di hadapan suami
- Masak masakan kegemaran suami
- Minta pandangan suami jika ada masalah
- Selalu urut-urutkan suami
- Menjaga maruah suami
- Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
- Berikan hadiah hari jadi
- Pandai mengambil hati suami
- Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
- Membina hubungan baik dengan keluarga suami
- Minta izin suami sebelum buat sesuatu
- Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

Penghargaan Kepada Isteri
- Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
- Ingati tarikh kelahiran anak-anak
- Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
- Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
- Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
- Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
- Ucapkan terima kasih apabila bersama
- Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
- Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
- Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
- Panggil isteri dengan panggilan yang manja
- Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
- Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

Tuesday, October 13, 2009

Menjadi Isteri Dambaan Suami

6 comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam buat semua sahabat - sahabat yang sudi menjengah dan bekongsi cerita dan pengalaman di blog ini.

Minggu ni agak memenatkan. Sejak balik kursus petang Sabtu, hari Ahad saya ke sekolah macam biasa. Kemudian sambung lagi tugas sebagai pengawas PMR sampai petang Isnin. Balik ke rumah saya agak keletihan. Banyak yang tak dapat saya uruskan dengan baik. Mana nak kemaskan rumah, uruskan "kedai dobi" kat rumah ni yang sentiasa penuh, memasak dan sebagainya...

Nasib baik ada abang...suami saya memang sangat memahami situasi sebegini..kami dalam kerjaya yang sama, justeru bila saya tak cukup tangan untuk menguruskan semuanya, abang pasti membantu. Lauk untuk makan tengahari dan malam suami saya sudah belikan siap-siap kerana dia kasihankan saya yang pasti letih apabila terpaksa masak bila balik lewat petang. Baju yang dalam washing machine sudah di ampaian. Bila balik dalam kepenatan begini, tenang hati saya bila ada yang membantu..

Menjadi isteri dambaan suami..Hmmm..siapa yang tak nak, kan? Saya bukanlah isteri sempurna yang boleh bercakap pasal tajuk ni..cuma saya cuba berusaha ke arah itu..dan saya yakin dalam hubungan suami isteri mesti ada konsep give and take, barulah kebahagiaan akan menaungi mahligai kita..justeru saya duk terfikir..sudahkan saya memberi sebanyak yang saya terima daripada abang? Dan kalau boleh lebih banyak lagi?

Entry di bawah ni saya ambik dari blog Ustaz Ahmad Syukri Yusof adalah sebagai peringatan buat diri saya dan isteri-isteri seperti anda yang mempunyai suami yang penyayang dan setia..renungilah dan adaptasilah ia dalam kehidupan kita supaya suami-suami kita berbahagia memiliki kita sebagai isteri mereka..

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...