Tuesday, August 31, 2010

Sabar Itu Indah

5 comments
Salam mesra buat semua..

Sabar itu indah. Alhamdulillah. Penuh kesyukuran. Tidak terhingga rasa nikmat yang menular  kini. Seakan bernafas selepas seketika kelemasan. Maaf kerana lama tidak mampu aktif seperti sebelumnya terutama ziarah menziarahi blog teman-teman blogger semua. Sibuk dengan tugasan di sekolah dan pelajaran, membataskan ruang untuk saya berbuat demikian.


Ramadhan tahun ini cukup menduga dan membutuh kesabaran. Sepanjang bulan mulia ini, setiap hujung minggu, saya akan mengikuti kuliah dan bergelumang dengan tugasan kuliah, assignment, presentation dan sebagainya. Puasa bukan penghalang, malah satu kenangan manis dapat berbuka dengan teman-teman sekuliah walau hanya di warung-warung tepi jalan. 

Hujung minggu ni masih berbaki satu lagi kuliah IT di bawah Prof Malek sebelum disambung balik selepas Raya. Minggu lepas, kelas Curriculum and Pedagogy di bawah Dr Hamida berakhir jua. .selepas 36 jam bersama dengan 4 kali perjumpaan, banyak mutiara ilmu  dan pengalaman yang dapat dikutip. Semuanya menjadikan saya lebih menghargai dan menghayati bidang kerjaya ini. 

Walaupun pada mulanya, ketegasan Dr Hamida sedikit memberi tekanan, namun sisi keprihatinan dan kemesraannya menjadikan perpisahan ini berat untuk dilalui. Semoga paper Dr Hamida ini dapat saya lepasi dengan baik kerana sudah mencuba sebaik mungkin..Insya Allah.

Saya mampu bernafas dengan lega. Sungguh lega. Setelah bertungkus lumus hampir tiga bulan, semester pertama hampir melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu. Kesukaran dan kepayahan bergelar pelajar sarjana dalam masa yang sama menggalas tugasan yang maha banyak di sekolah, mula terasa di hujungnya kemanisan. Ayuh! Lagi 1 tahun setengah untuk dilalui..

Terima kasih buat suami yang sangat menyokong. Sentiasa setia memujuk kala saya patah semangat. Kata-kata azimatnya yang tidak pernah kering dari bibir. Jua, membantu meringankan tugasan rumahtanggaku dan menjaga anak-anak. Syukran ya habibi..syukran..syukran.. 

Terima kasih buat semua yang sudi membaca coretan ini..doakan saya ye!

Thursday, August 26, 2010

Untukmu Wanita

4 comments
Salam Ramadhan..

Maaf lama tidak bersiaran. Agak sibuk semenjak dua menjak ni. Di kesempatan ini saya nak berkongsi entry Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman tentang dilema wanita, kerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri. Mesti di baca oleh semua kaum wanita. Sangat bermanfaat.


"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

Untuk baca artikel penuh, sila klik di sini untuk ke laman Ust Zaharuddin. 

Sunday, August 22, 2010

Abstrak dan Tersirat

7 comments
Salam Ramadhan..


Pertama kali tengok video ni hati saya kagum dengan kelincahan jari-jari pelukis ini bermain dengan lukisan di kanvas pasirnya..kemudian fikiran cuba mentafsir apa mesej yang mahu disampaikan..hinggakan penonton menitiskan air mata..

Sekadar berkongsi..hayati apa yang tersurat dan tersirat di sebalik penceritaan sebuah hasil seni yang mengkagumkan..tentang kedamaian, peperangan, kemanusiaan dan lain-lain..


 

Monday, August 16, 2010

Iklan Ramadhan Yang Tiada Di Malaysia

7 comments
Salam Ramadhan..

Saya suka untuk berkongsi dengan anda semua iklan Ramadhan ini. Bukan di Malaysia. Iklan ini mengingatkan penonton tentang amalan yang dianjurkan di bulan yang mulia ini -  membaca Al Quran. 

Iklan kat Malaysia pula, semasa bulan Ramadhan ni banyak  sekali  tentang makanan, minuman, jualan murah, iklan raya dan lain-lain. Jarang sekali bertemu iklan sebegini. Kalaulah banyak iklan sebegini, pasti jiwa umat Islam tidak kacau seperti sekarang kerana banyak sangat di dedahkan dengan iklan-iklan yang merosakkan jiwa terutama yang mengeksploitasi wanita...

Sunday, August 15, 2010

Nilai Kecantikan Sebenar

1 comments
Salam mesra buat semua..

Sudah agak lama tidak bersiaran. Al maklumlah, saya dilanda sedikit ke"busy”an dengan kerja, kuliah, assignment dan urusan harian yang lain sehingga membataskan waktu untuk bergerbang di blog ini. Lagipun, fikiran banyak terarah pada tugasan kuliah, maka idea untuk menulis di ruang ini agak hilang.

Saya suka untuk menyentuh mengenai laporan akhbar-akhbar utama mengenai produk kecantikan di negara kita yang mengandungi racun dan berbahaya untuk kesihatan. 
Keghairahan pakar-pakar kecantikan mencipta, mempromosi dan memasarkan produk-produk kecantikan sangat ketara dewasa ini. Apatah lagi sesetengah dari mereka mendapat pulangan yang lumayan dan hidup penuh kemewahan membuatkan individu lain turut bersaing mencipta produk masing-masing. 

Anda sebutlah dan kiralah berapa banyak produk kecantikan yang membanjiri pasaran tempatan, mendominasi iklan di akhbar dan majalah..memang tidak terkira..Semuanya digambarkan dengan cukup baik dan berkesan sehingga pengguna pening kepala memilih mana satu yang paling berkesan.

Justeru, hati-hati buat pengguna..fikir, kaji, analisis sebelum guna..kalau bab makan dan minum kita sangat berkira tentang halal atau haram produk tersebut...apa salahnya tentang produk penjagaan diri tak kiralah ubat gigi, sabun, pelembab dan lain-lain, kita mencari yang halal kerana ia adalah kewajipan...nak cari produk penjagaan diri  yang halal anda boleh klik di sini.
Renungan buat diri kita semua yang saya petik dari halaqah.net.

Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis, pada putih kuning kulitnya, tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.



Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai dari kaca mata Islam yang sebenar ialah;
  • Dengan imannya yang mendalam, yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya.
  • Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan yang luas.
  • Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh.
  • Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya, melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
  • Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang cemerlang.
  • Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut, kasih sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya.

Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala.

Info : Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Malaysia

Produk pelangsing badan berdaftar  ada sibutramine:

  1. KintopBody Beaus
  2. BMI-9 Xylimming Capsule
  3. Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar  mengandungi sibutramine:

  1.  Lami

Produk berasaskan makanan  mengandungi sibutramine:

  1. Obexlim
  2. Slimax Coffee
  3. Beaute Fit Body Contour
  4. Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi  steroid:

  1. 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar  mengandungi steroid:

  1. Makjun Taufiq Dua Istimewa
  2. Majun Dua Istimewa
  3. Ginseng Jin Fui Wan
  4. Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  5. Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  6. Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  7. Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  8. Makjun Syafiq 3 Istimewa
  9. Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

  1. Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  1. Eriesya Spa Beauty Cream
  2. Atika Beauty Renewal Cream
  3. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  4. Ratna Sari Whitening Night Cream
  5. Tia Amelia Krim Jeragat
  6. Chantique Whitening Night Cream
  7. RZAC White Pearl Cream
  8. Nuriz Day and Night Cream
  9. Elite Rias Er Cream
  10. R&Z Whitening Night Cream
  11. Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  12. Pigmentation Recovery Complex
  13. Zara Rejuvenation Cream
  14. Natasya Krim Herba Gold
  15. De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar   ada  antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar   mengandungi antihistamine

  1. Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  2. Qian Tong Dan
  3. Raja Ubat Resdung
  4. Coral Plus UA 350M   
   

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem!

13 comments
Salam mesra buat semua..


Ramadhan kembali lagi. Mengetuk di pintu keimanan. Bersediakah kita? Untuk melalui madrasah Ramadhan buat sekian kalinya..Sambutlah Ramadhan yang datang penuh keinsafan, keazaman dan penuh rasa kehambaan..moga setiap detik yang bakal dilalui akan terisi sempurna dengan ibadah padaNya..

Pelbagai perasaan menerjah benak perasaan saya bila Ramadhan tiba kali ini. Ujian dan dugaan datang seiring dengan tibanya bulan mulia sedikit mengugat ketabahan, namun apalah ertinya manusia dan kehambaan jika tanpa ujian, musibah, dugaan..
 
Firman Allah: 

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; 
Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?
 
 
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (QS. 2:155-156) 

Alhamdulillah, sinar Ramadhan akhirnya menjanjikan harapan baru bila kesulitan sudah terungkai sedikit demi sedikit..itu sudah cukup menenangkan jiwa hambaMu ini Ya Allah..moga ibadah di madrasah Ramadhan akan menambah rasa kesabaran  dan kekuatan jiwa.. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah dan musibah yang tersembunyi..

Selamat Menempuh Madrasah Ramadhan 1431Hbuat semua teman-teman blogger, rakan-rakan, keluarga, pembaca blog ini dan semua umat Islam di mana sahaja anda berada...


Wednesday, August 04, 2010

Solusi Hidupmu

7 comments

Salam mesra buat semua..


Miliki Solusi..Baca dan renungi mutiara-mutiara ilmu penyubur jiwa.
Sangat berkesan untuk mengubat hati...menyuntik motivasi..
Kerana hidup ini perlu pengisinya..

Saya suka majalah islamik ini. Penuh informasi dan peringatan. 
Titipan dan perkongsian ilmu dari pendakwah dan penulis kegemaran ramai seperti 
Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin, 
Ustaz Zahazan, Dato' Dr Fadzilah Kamsah , 
Dr Irfan Khairi dan lain-lain..
Sekarang sudah edisi ke 22...
Ayuh! Dampingi SOLUSI..
moga anda berjumpa solusi jiwa dan minda yang anda cari..



Antara isu SOLUSI kegemaranku..

Monday, August 02, 2010

Bila Nenek Pergi Sekolah

10 comments
Salam mesra buat semua...

Mencari setitik ilmu bukan mudah. Memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Proses melaluinya akan lebih sukar, apabila kita menjadikannya sukar. 

Dulu, saya amat kagum pada rakan-rakan guru yang sambung belajar PJJ atau part time. Sekarang saya bertambah kagum. Setelah melaluinya ia tidak semudah disangka. Jiwa kadang-kala tergugat, semangat mula mengendur bila masa tidak dapat seiring antara dua..ilmu dan kerjaya. Beberapa rakan sekelas sarjanaku ada yang menarik diri walau sudah mendaftar ribuan ringgit, kerana tanggungjawab di sekolah menghalang impian dilunasi dengan sempurna.

Bagaimana dengan diriku? Saya berdoa agar Allah memberikan kekuatan dan semangat untuk terus mencari dan mencari ilmu Allah di muka bumi ini setakat daya kudrat yang diizinNya..dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu..

Pepatah Arab mengatakan.." Tuntutlah ilmu dari buaian sampai liang lahad ". Kisah nenek tua berusia 120 tahun menjadi pelajar paling tua di dunia amat menarik perhatian saya...Semangatnya amat tinggi. Moga semangat itu juga mengalir dalam diri pencinta-pencinta ilmu...Ayuh!


BEIJING: Seorang nenek berusia 102 tahun menjadi murid sekolah rendah tertua di dunia selepas kembali ke sekolah di sini.

Ma Xiuxian, dari Jinan, wilayah Shandong, mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun, lapor akhbar Qilu Evening Post. Namun, beliau sentiasa berharap untuk mendapat peluang belajar dan kini kembali ke sekolah bagi menyambung impiannya. “Saya gembira akhirnya dapat merealisasikan impian bersekolah pada usia ini,” kata Ma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...