Saturday, October 30, 2010

Jika Bahagia Yang Kau Cari

7 comments
Salam mahabbah buat semua,

Kagum betul saya dengan insan yang seorang ini. Orangnya cantik dan hati budinya menawan sekali. Semuanya cukup sempurna apabila bercerita tentang dia. Punya suami kaya raya dan tinggal di rumah besar bak istana. Kehidupannya tampak bahagia dengan anak-anak yang baik dan berjaya.

Namun, setiap kelebihan yang dikurniakan Allah pasti ada kekurangan yang mendatang sebagai ujian penguji keimanan. Setelah suaminya beristeri baru, kehidupannya berantakan dan jiwanya dirundung kesedihan lantaran kasih sang suami yang tidak mampu  berlaku seadilnya. Meskipun janji manis suami saat meminta izin masih lagi segar melekat diingatan. Alangkah baik jika rasa bahagia yang dikecapi sebelum ini kekal berpanjangan. Sampai bila-bila. Namun wang ringgit dan kemewahan tidak mampu membeli harga sebuah kebahagiaan.


Kisah di celah-celah kehidupan ini membuatkan saya berfikir tentang definisi bahagia yang sebenarnya. Bahagia dan kebahagiaan yang hakiki adalah nikmat pemberian Allah buat hamba-hambanya yang beriman. Justeru, beruntung bagi orang yang beroleh bahagia, dapat menikmatinya walau sebentar dalam kehidupannya. Rugi bahkan malang bagi orang yang tidak mengenal erti bahagia hakiki, jauh sekali menikmatinya seperti insan yang menghadapi tekanan sepanjang hidup kerana dosa, kekayaan mahupun kemahsyuran, keluarga berantakan dan anak-anak jauh yang dari Tuhan.

Jika bahagia yang dicari, maka tahukah kita dari mana datangnya asal kata bahagia itu. Takrif bahagia adalah selamat, sejahtera, damai dan tenang. Asal dari kosa kata Arab  iaitu as salam. Dan as salam adalah antara 99 nama Allah. Maka sesungguhnya yang kita cari itu adalah Allah pemilik segala rasa bahagia.

Justeru carilah Allah, kenalilah Allah, ingatilah Allah dan cintailah Allah – nescaya hidupmu bahagia. Kerana kita sedang mendekati pemilik segala rasa bahagia iaitu Allah. Bahagia itu bukan pada harta bertimbun, bukan pada wanita, bukan pada kereta, tidak juga pada pangkat, darjat, anak dan semua materialis yang ada di dunia ini. Seperti kenyang bukan terletak pada nasi, seperti sihat tidak terletak pada ubat; maka bahagia itu tidak terletak pada benda tetapi pada empunya rasa bahagia iaitu Allah.



Bermula dari saat ini mari kita berusaha sekuat mungkin, dengan segala tenaga dan kudrat yang ada. Walau sesibuk mana, luangkan masa, peruntukkan waktu sebelum tiba saat waktu itu terhenti buat kita – carilah Allah. Seperti nabi Musa mencari Allah di gunung Thursina, seperti nabi Ibrahim mencari Allah dibalik bintang dan matahari, seperti nabi Muhammad mencari Allah disaat sunyi di Jabal Nur.

Selamat berbahagia dengan mencintaiNya!

Sumber tulisan : Koleksi takzirah

Sunday, October 24, 2010

10 Tips Menangani Anak Yang Kuat Makan

7 comments
Salam mesra buat semua..


Kali ini saya ini berkisah tentang hero pertama saya, Ammar. Selain games dan bola sepak, perkara yang sinonim dengannya ialah makan. Memang dia aktif dan tidak duduk diam tapi dia aktif makan juga. Kadang-kadang selera makannya sangat merisaukan saya. Bayangkan umurnya baru 7 tahun tapi beratnya sudah mencecah 40kg. 

Dek kerisauan tu la kadang-kadang ummi membataskan dia makan itu dan makan ini walaupun dia nak sangat. Bila keinginannya tidak dipenuhi, dia akan memberontak dan menangis. Betulkah tindakan saya ni...?


Jika anda ada tips berguna untuk saya, bolehlah berkongsi dengan saya untuk menangani situasi ini dengan baik tanpa melibatkan "tekanan" perasaan pada anak tersayang.

Saya ingin menampal artikel menarik tentang menangani kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan ( dah lupa link asalnya ). Mungkin ibu-ibu yang berhadapan situasi sama dengan saya, boleh mengambil tips yang berguna untuk si comel kesayangan anda .

Apakah cara untuk membantu anak yang berlebihan berat badan?
  1. Pengambilan yang dihadkan
    • Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
    • Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
    • Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
    • Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
    • Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.
Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.
  1. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
    • Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.
    • Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
  1. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
    • Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
  1. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
    • Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang  sihat.
  1. Galakkan anak anda makan secara perlahan
    • Seorang kanak-kanak boleh merasa kenyang apabila makan secara perlahan.
  1. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
    • Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
  1. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
    • Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
  1. Rancang waktu snek
    • Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
    • Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
  1. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
    • Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
  1. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda

Wednesday, October 20, 2010

Nota Hati Ummi Di Hari Lahirmu Yang Ke 6

21 comments
Salam mesra..

Tanggal 20 Oktober kembali lagi. Tarikh istimewa Allah menganugerahkan kami cahaya mata kedua. Bersyukur padaNya kerana 6 tahun yang cukup indah untuk dilalui sebagai seorang ummi pada belahan jiwaku, Afiq. 

Berbanding seorang anak, hati seorang ibu biasanya akan lebih tersentuh pada ulangtahun kelahiran anak. Mana boleh lupa, saat indah menatang permata hati setelah melalui kepayahan, adalah detik indah yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. 

Setiap kali ulangtahun kelahiran mereka, hati saya akan terusik dan merindui semua saat-saat indah melihat mereka membesar hari demi hari...

4 tahun

 5 tahun


Kini 6 tahun..

Anakku..
Wajahmu adalah ketenangan,
Senyummu adalah kedamaian,
Tawamu adalah semangat,
Ragammu adalah sabar,
Tangismu adalah kepedihan,
Doa dan kasih tidak bertepi,
Adalah iringan hari-hari kedewasaanmu, 
Sentiasa akan begitu..
Cinta dan sayang tak akan pernah padam,
Selagi ada nyawa dikandung badan..
Semoga keredhaan Allah milikmu
Dunia dan akhirat..

Sunday, October 17, 2010

Anak Perempuan Sukar Dididik?

17 comments
Salam mesra..

Semalam, semasa mengunjungi sebuah pasar raya di Kuala Terengganu." Ya Allah.. besar sungguh tanggungjawab ibubapa mendidik anak gadis zaman sekarang, kan bang?." Ujar saya pada suami sambil merujuk kepada sekumpulan anak-anak gadis remaja yang melintasi hadapan kami dengan gaya dan cara berpakaian yang sungguh menyakitkan mata (walaupun sebahagian mereka bertudung). Anda sendiri maklum apa yang saya maksudkan.

"Lagi besar tanggungjawab, lagi banyak pahala kalau ibubapa berjaya mendidik anak sebaiknya menurut acuan Islam sebenarnya." balas suami. Memang benar apa yang dikatakan. Mendidik anak tidak kira lelaki atau perempuan adalah merupakan amanah dari Allah dianggap satu jihad dan tugas yang besar.

Sumber gambar : google

Berbalik pada gadis-gadis remaja tadi..Apakah agaknya perasaan ibubapa mereka? Banggakah dengan penampilan anak yang seiring dengan perubahan semasa tapi mendedah diri pada api neraka? Tidakkah ditegur atau dimarahi? Tidakkah dididik sejak dari kecil tentang aurat dan adab pekerti seorang muslimah?? Tidak takutkah  ibubapa menanggung dosa atas semua kegagalan itu?



Kata orang mendidik anak perempuan lebih sukar dari anak lelaki. Betul ke? Pernah dengar kiasan berbunyi : Menjaga lembu sekandang lebih mudah dari mendidik anak perempuan seorang? Pada saya, tanggungjawab mendidik anak lelaki mahupun perempuan tetap sama.

Saya punya dua anak lelaki. Memang  mendidik anak di zaman siber ini sedikit menduga.  Cabarannya bukan sedikit. Tetap ada getar kebimbangan di hati saya apabila mereka semakin meniti usia. Melepaskan mereka membesar di sekolah dan bersahabat dengan anak-anak dari latar belakang berbeza memang merisaukan. Namun pokok pangkalnya, saya  tetap yakin bahawa ibubapa adalah sekolah pertama anak-anak mengenal Islam, mengenal akhlak mulia, mengenal adab, mengenal ibadat dan tanggungjawab.
Anak-anak perempuan khususnya perlu diasuh dengan kelembutan dan kesantunan dalam aspek bicara, perlakuan mahupun berpakaian sejak dari kecil lagi. Seorang sahabat saya mempunyai 4 orang anak perempuan. Melihat caranya mendidik anak-anak sangat mengagumkan. Sejak dari kecil sudah dibiasakan memakai tudung dan pakaian longgar walaupun berseluar. Mereka sudah diasuh apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam menutup aurat, sehingga mereka membesar dalam acuan yang sangat sejuk mata memandang. Pokok pangkalnya, ibubapalah yang memain peranannya.

Saya hanya menyentuh aspek berpakaian dan aurat, belum lagi berbicara pasal akhlak, kelakuan dan agama anak-anak gadis remaja. kita. Realitinya, sama ada anda sedar atau tidak, gadis-gadis remaja kita sangat kritikal akhlak mereka sekarang. 



Ayuh! Buat ibubapa..melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik haruslah sejak dari bayi lagi. Didiklah puteri-puteri kalian khususnya dengan ajaran agama yang sebetulnya. Usahlah dipakaikan mereka dengan keindahan duniawi dan kemewahan yang hanya sementara. Kelak, kita juga yang akan merana..


“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )

Wednesday, October 13, 2010

Rendang Daging

12 comments

Salam buat semua..

Lama sudah tidak berkongsi resepi. Hhmmm..ni sebenarnya post yang tertangguh. Rendang daging ini sempena jamuan Raya bilik guru hari tu, namun lepas Raya baru  berjaya dipublishkan. Cerita pasal rendang ni, ada macam-macam jenis rendang dan pelbagai kaedah dan resepi memasaknya. Saya suka yang ini. Senang dan mudah. Terima kasih buat Chef Hanieliza.



Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin  sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

 Selamat Mencuba!

Monday, October 11, 2010

Musibah 7 Oktober

8 comments


Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. :
Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



Musibah tidak pernah terduga. Malang juga tidak berbau. Segalanya mendatang sekelip mata. Sebagai hamba, pasrah adalah tanda kehambaan. Akur dengan ujian dari Sang Pencipta. Sebagai manusia biasa, dengan semangat dan keimanan yang turun naik, kadang-kala ujian sebegini sedikit menguji. Namun, harus akur kerana rahsia Ilahi di balik mehnah dan ujian hanya akan tersingkap apabila manusia itu berfikir dan muhasabah.

Awal petang 7 Oktober yang lepas, saya terlibat dengan kemalangan kecil. Ketika sedang  memandu pulang dari sekolah, sebuah kereta jenis Myvi bewarna hitam tiba-tiba keluar dari simpang dan melintas di hadapanku. Terpana seraya menekan brek, keadaan tetap tidak mampu dikawal. Pelanggaran tetap berlaku. Saya hanya mampu menutup mata sambil mulut menyebut Allahu Akbar..beberapa kali. Tersedar dengan jeritan Afiq.."Ummi..kereta ummi!..saya cuba menghidupkan enjin. Alhamdulillah..kereta diletakkan di bahu jalan. Orang sudah mula berkumpul. Kereta-kereta yang memanjang di jalan, ada yang berhenti di kiri kanan jalan untuk melihat apa yang berlaku.

Seingat saya, saya sangat bingung ketika itu. Dalam kebingungan saya memujuk hati agar tenang dan kuat. Syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal pada saya mahupun pada anak saya, Afiq. Yang remuk hanyalah kereta. Itu pun di bahagian hadapan berhadapan tempat duduk pemandu.

Pemandu Myvi, pemuda awal 20an dari Kedah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Marang, saya lihat agak pucat dan tangannya seakan terketar-ketar ketika membuka dompet menunjukkan jumlah duitnya..."Maaf, kak..saya student lagi,  RM150 jer saya ada ni..." Saya tidak banyak bicara. Sesungguhnya saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ini kali pertama saya berada dalam situasi sebegini. Nasib baik, orang ramai dan 2 orang polis ( kebetulan dalam rondaan ) menghulurkan bantuan. 

Kami dibawa ke mekanik untuk menganggarkan jumlah kerosakan keretaku. Ketika di situ, barulah saya menelefon suami. Bila sahaja terdengar suaranya, saya rasa macam nak menangis, namun masih berjaya dikawal. Dia yang terlibat dengan perkhemahan di sekolahnya, segera bertolak pulang. Itupun memakan masa sejam lebih. Jadi, saya harus menyelesaikan perkara ini sendirian.

Setelah berbincang, saya dan pemuda itu bersetuju untuk buat report polis. Oleh kerana dia orang asing di situ, kami dengan kereta masing2..pergi bersama-sama ke balai polis yang terletak lebih 10km dari tempat kejadian.  Memanglah lucu, dengan kereta yang remuk di hadapan..anda bayangkan mata-mata yang memandang..

Setelah berjam-jam melalui prosedur laporan kemalangan di balai polis, segalanya selesai.  Terima kasih kepada anggota polis dan pegawai trafik yang bertugas. Saya melalui proses dengan cukup tenang kerana saya di pihak yang benar. Cuma, keretaku akan dibawa ke bengkel selama sebulan atau lebih bergantung pada urusan insuran. Sejak semalam dan seterusnya maka bermulalah sesi menumpang kasih ngan kereta kawan-kawanku untuk ke sekolah..Terima kasih semua kerana sudi membantu... Semoga Allah membalas jasa kalian.

Terima kasih juga atas sokongan dari ahli keluarga dan teman-teman kerana tidak putus-putus telefon, SMS dan mencatat di FB. Anda menguatkan semangat saya melalui musibah ini.  Syukran jazilan!

PILU: Talib bersama isteri dan anak-anak tidak dapat menahan kesedihan selepas mengecam mayat anaknya, Muhammad Farizuddin Talib, 19, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi

Jika kita merasa berat diuji, ada lagi insan-insan yang lebih hebat menanggung beban yang meruntun jiwa. Takziah buat keluarga mangsa kemalangan ngeri yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan di antara Hentian Pedas-Linggi dan Tol Plaza Simpang Ampat. Semoga tabah dan sabar menempuh dugaan ini.

Sunday, October 10, 2010

Eating Fruits -This Opened My Eyes

3 comments
Salam mesra..

Semoga sentiasa sihat dan bahagia. Hanya berkongsi email ini, harap ia mampu membuka mata kita untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan kesihatan..



It's long but very informative
We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.  What is the correct way of eating fruits?  IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.

FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD.
Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil....


So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!


Graying hair
, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach.

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.


When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.


But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!


KIWI:
Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.

APPLE:
An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY:
Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

ORANGE :
Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.

WATERMELON:
Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.

GUAVA & PAPAYA:
Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.

Drinking Cold water after a meal = Cancer!
Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.


A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.

Read this....It could save your life!! 
 

Thursday, October 07, 2010

Muhasabah Cinta

8 comments
Salam mesra..
 
Selagi bergelar manusia, kita tidak akan lari dari menempuh dugaan dan ujian dalam perjalanan kehidupan ini. Mari kita renungi..saat kita bahagia dan sihat, kita lupa akan derita dan sakit. Saat kita kaya dan senang, kita lupa akan susah dan lelah. Saat kita gembira dan tertawa, kita lupa akan duka dan menangis. Memang manusia alpa dalam bersyukur..

Macam saya, di kala sibuk mengejar masa antara kerja dan kuliah, saya rindu saat santai dan tenang. Bila kuliah bercuti sementara, bila tugasan sudah ringan sedikit ( pelajarku sedang menghadapi PMR ), agak kebingungan juga, bila kelapangan ini datang. Masa berlalu kosong.  Jelasnya, jiwaku sangat lemah dan semangat yang dipupuk sudah menghilang. Apa yang  dicari?? Kata suami..itu tandanya jiwa jauh dari Yang Maha Esa. Astaghfirullahal a'zim...


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati 
Pertemukan aku denganMu

Album : Munsyid
Nasyid : edCoustic 



Buat anak didikku..moga Allah memudahkan urusan kalian dalam menempuhi peperiksaan PMR..Insya Allah..kejayaan akan mengiringi..

Friday, October 01, 2010

Your Life..Your Choice..

4 comments
Salam ukhuwwah..

Your life..Your Choice..Adalah kata-kata yang diulang beberapa kali dalam klip video ini...Sangat menginsafkan. Anda mesti tonton dan nilai sendiri dengan iman dan taqwamu..Sesungguhnya hidup kita di bawah pilihan kita sendiri..baik atau buruk..



Kalau tidak silap, ini adalah klip video kempen Solat dari Arab Saudi - Aqim Salatak ( Dirikan Solatmu..). Alangkah indahnya, kalau paparan sebegini banyak ditayangkan di skrin TV kita di Malaysia. Kalau ditonton berulang kali, hati yang keras sekalipun pasti akan tercuit. 

Ayuh! Dirikan solat di awal waktu..Solat adalah tiang agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...