Wednesday, December 23, 2009

Apa Kata Hati


Salam bersua kembali buat sahabat-sahabat semua..



Hampir satu minggu saya biarkan blog ini tidak berupdate. Buntu fikiran memang menghalang ilham. Malah membalas coretan teman-teman di ruang komentar mahupun shoutbox pun saya buat sekadar sempat. Apalagi bertandang ke blog teman-teman blogger. Maafkan ketidakmampuan saya ini. Tambahan lagi apabila berada di rumah mertua saya ni, internet connection amatlah menjeruk rasa. Lembap sekali!

Kehidupan kita penuh dengan drama. Drama adalah kehidupan. Kadang-kadang drama yang pernah kita tontoni di kaca TV atau dengar cerita dari pengalaman orang lain..tiba-tiba berlaku dalam kehidupan peribadi kita dan keluarga, membuatkan kita terkesima dan kebingungan..Pernahkah kawan-kawan hadapi situasi sedemikian?

Hidup kita ini memang tak terlepas dari ujian yang menduga iman dan menguji silaturrahim sesama insan terutama orang-orang yang kita sayangi..Benarlah, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang kerana kedhaifan kita manusia untuk menilai apa kata hati yang lain..Walaupun bukan saya yang memikul dugaan, namun bila melibatkan ahli keluarga yang lain..bak kata pepatah " Cubit peha kanan, peha kiri yang akan terasa."Justeru, saya pasrah dan bergantung harap pada petunjuk Ilahi untuk membantu dan memandu arah..agar dipermudahkan segala-galanya!

Maaflah kalau coretan apa kata hati saya ini agak menimbulkan tandatanya. Bukan niat untuk membuat korang semua saspen atau cuak. Cuma ingin meluahkan rasa yang agak tidak selesa yang sedang bersarang dalam diri saya ini. Saya tidak mampu berkongsi sepenuhnya apa yang sedang melanda kerana ia terlalu peribadi. Justeru, doa sahabat-sahabat amat saya harapkan untuk kesejahteraan kami sekeluarga..


Sebagai tasliah (hiburan) jiwa, saya membaca kembali buku La Tahzan ( Don’t be Sad ) karangan Dr ’Aidh bin Abdullah Al Qarni ,kali ini dalam versi Bahasa Melayu. Sangat bagus untuk menyuburkan jiwa kita yang keresahan mahupun kesedihan agar kembali redha dan tenang. Seorang bijaksana berfalsafah mengenai bangkit dari musibah dalam kehidupan, ”Buatlah minuman yang manis dari air limau nipis yang masam.”.

Banyak mutiara-mutiara indah yang saya jumpai dalam buku ini. Baca dan adaptasi dalam kehidupan kita. Hingga bersua kembali.

16 comments:

  1. semoga di permudahkan segala2nya untuk akak. amin

    ReplyDelete
  2. salam..ukhwah,


    buku La Tahzan banyak input yg boleh didapati..

    ReplyDelete
  3. ujian yg diberi adalah utk menjdkn kita lebih tabah mengharungi hidup....redho n tabah ya....

    ReplyDelete
  4. akk..tak tahu nk ckp mcm mana sbb tak tahu hjg pangkal tp apa pun, nadiah doakn yg terbaik buat akk seisi keluarga..

    ReplyDelete
  5. herm...moga dipermudahkan segalanya ye..apa nak buat kan, harus jua tempuhi dugaan2 yg datang!

    ReplyDelete
  6. sebut balik rumah mertua...teringat pulak dekat mak mertua saya...untuk pengetahuan semua rumah mertua kami tak jauh...suami kami sekampung & berjiran...kesian mak mertua saya duduk sorang2...nak letak komputer pun manalah dia tahu guna...hanya telefon sajalah jadi penghubung kami...

    ReplyDelete
  7. Salam kak ummuAmmar..

    "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya mana matahari? rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..."

    Insya Allah setiap dugaan yang menimpa ada rahmah disebaliknya, semoga tabah menghadapi dugaan

    ReplyDelete
  8. saya doakan yg terbaik utk akak n family...
    nampak menarik la buku ni...kat mana nak beli ye kak???

    ReplyDelete
  9. Terharu saya dgn keprihatinan kwn2 semua..w/pun kita bertemu di alam maya tp terasa akrab spt di alam nyata..

    Saya berasa agak ralat krn sudah bbrp hari tdk mnjenguk entry tbaru di blog kwn2 semua..I'll be back soon..

    Yatie chomeyl..
    Thanks Sis atas doanya..Alhamdulillah segala Allah permudahkan..

    anaklaut..
    Betul. Buku motivasi yang mampu memandu jiwa yg keresahan kembali redha dan tenang..Kalau x percaya bacalah..

    ReplyDelete
  10. kak Ani..
    Hmmm..thanks kak.. semakin bsemangat saya..

    NAdiah..
    Dik..maaf krn tdk mampu bkongsi krn ia mbabitkan seisi keluarga..Anyway..syukran atas kprihatinan dan ingatan adik..

    ReplyDelete
  11. mamalieyna..

    Betul tu..life goes on..Alhamdulillah ujian ini sudah mula menampakkan hikmah dan rahsia disebaliknya..

    ReplyDelete
  12. Kak Asna..

    Hari tu pernah jumpa sekali mak mertua akak masa program khatam Al Quran..and dia pernah juga dtg umah mertua saya..

    ReplyDelete
  13. Nida..
    Tenang sekali membaca coretan Nida..Alhamdulilah, syukur konflik yg dihadapi hampir selesai..

    ReplyDelete
  14. nadia..

    Thaks dik..buku tu Nadia boleh cari kt mana2 kedai buku bahagian buku2 agama....

    ReplyDelete
  15. ummuammar,
    la tahzan... kehidupan takkan rasa manisnya tanpa cabaran dan dugaan. tabahkan hati.

    ReplyDelete
  16. fa10..
    Thanks. Yang pahit akan manis akhirnya..saya percaya itu..dan Allah lah yg menentukan segala-galanya..

    ReplyDelete