Salam mesra di tahun baru 2010..
Entry pertama merasmikan lembaran tahun 2010 ini istimewa saya tujukan khas buat insan paling istimewa dalam hidupku. Siapa lagi kalau bukan suamiku yang tersayang yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini. Tarikh lahir abang agak unik kerana ia bersamaan hari pertama di tahun baru masihi. Sanah Helwah ya habibi..Kullu sanah waanta toyyib..
Dari lubuk hati yang paling ikhlas, sudah semestinya saya doakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan mengiringi hidupnya. Moga Allah sentiasa memberikan ketenangan dan memudahkan segala urusan dalam hidupnya. Terima kasih di atas segala-galanya. Tak mampu saya nak zahirkan dengan kata-kata. Terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya, menerima kelebihan mahupun kekurangan seikhlasnya. Lantaran kelebihan dan kekurangan itulah yang menjadikan kita saling lengkap melengkapi. Ummi, Ammar dan Afiq sentiasa menyayangimu..
Salam, Ummu Ammar..
ReplyDeleteSalam Tahun Baru..
Bila baca entry Ummu Ammar ni, teringat pada ayah saya..
Tarikh lahirnya juga 01 Jan..
Selamat Hari lahir buat Abu Ammar..
Semoga Tahun baru ini diberkati Allah..
Faizatul Ema, canterbury, UK.
slmt tahun baru n slmt hari lahir pd suami Ummu Ammar......smoga tahun 2010 nya lebih diberkati Allah SWT :)
ReplyDeleteFaizatul..
ReplyDeleteSanah Helwah buat ayahanda faizatul...Moga sentiasa di bawah naunganNya dunia dan akhirat..
Kak Ani..
ReplyDeleteSyukran jazilan di atas ucapan utk suamiku...moga K Ani jua sentiasa dlm rahmatNya..
sannah helwah buat suami Pah..
ReplyDeletesemoga diberkati Allah selalu..
Happy birthday buat habibuki... moga terus panjang umur dan berbahagia selalu
ReplyDeleteSalam UmmuAmmar..
ReplyDeleteSannah Helwah buat suami UmmuAmmar.. semoga kebahagiaan mengiringi kalian sekeluarga sehingga ke akhir hayat..aminnn...
p/s: selamat menempuh cabaran dan dugaan baru :-)
Mizah,f10& Nida..
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 di atas ucapan..InsyaAllah..moga berkat doa kalian semua..
waahh bertuahnye en suami..lahir hari pertama di tahun baru..tiap2 tahun cutilah! ^_^.. semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezki dan berbahagia selalu.. Aminn..
ReplyDelete