Wednesday, June 23, 2010

Sehidup Semati

Salam mesra buat semua..

Pernah anda mengimpikan sehidup semati dengan pasangan anda?  Itulah yang berlaku pada  pasangan suami isteri arwah Md Jan dan isterinya arwah Kamsiah. Hati saya tersentuh dengan berita di Kosmo Online tentang pasangan ini. 

Allah mentakdirkan hayat mereka berakhir bersama hanya selang 15 minit. Sepanjang hayat bersama mereka juga digambarkan anak-anak sebagai pasangan yang romantik, sehati sejiwa dan sentiasa bersama. Untuk baca lebih lanjut anda boleh klik sini.

KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin
 

9 comments:

  1. saya menulis mengenai ini Isnin lepas.
    http://myqza.blogspot.com/2010/06/allah-itu-maha-mengetahui-setiap-apa.html

    Khabarnya anak lelakinya mengalami
    tekanan perasaan dan tidak mahu ke sekolah.

    Al-Fatihah buat mereka!

    ReplyDelete
  2. masyaAllah...
    erm kak,saya pun m'impikan mcm tu kak..hehe..sapa xmau sehidup semati dgn kekasih hati(suami) masing2 kan?
    cuma kesian kat anak2 je la...kehilangan dua2 org tua sekaligus kan?
    takdir Allah...harus diterima dgn redha...

    ReplyDelete
  3. ump arwah ustazah iza pun meninggal mcm shiduo semati.'

    arwah ustazah meninggal tatkala melahirkan anak ke 7. kemudian ditakdirkan suami nya nak kawin sbb nak besarkan anak.tak sempat akada nikah, suami dia meninggal sakit apa..lupa.

    mmg iza tak lupa ajaran ustazah (dan iza mmg rapat dgn arwah).setiap kali duk ngaja pasal akhirat (kiamat) mesti dia cite..dia sgt cemburu bilamana dia n suaminya sama2 membaca suarah waaaqiah. terutama tentang 'dikelilingi bidadari' (hebatkan? percintaan mereka).

    dan sememangnya mereka takdir sehidup semati-sebulan setelah arwah meninggal, suaminya pula mengikut jejak langkahnya.

    alfathihah buat ustazah sabariah.

    ReplyDelete
  4. SiTEDI > Kesiannya ank dia..maklumla kan dua2 tmpt bermanja pergi serentak.

    ummuhanie > Itulah harapan akak juga..namun jodoh, ajal dan pertemuan semuanya ditentukan Allah

    ReplyDelete
  5. Izza > Al FAtihah..Masya Allah..indahnya cinta mrk..bila baca kisah2 cam gini, moga kita bermotivasi utk mnjd isteri yg lebih baik utk suami..InsyA Allah

    ReplyDelete
  6. masya Allah..betapa agung dan tinggi percaturan Allah..

    ReplyDelete
  7. Dulu arwah kawan abah Nida ada menyebut yg arwah abah adalah kawan sehidup sematinya...

    10 hari selepas arwah abah 'pergi', kawan arwah abah ini pula menyusul... sedangkan sebelum itu kawan arwah abah ini sangat sihat... inilah yg dikatakan sehidup semati...

    ReplyDelete
  8. Nida > Terkedu..susah nak cari persahabatan yg betul2 sehidup semati kan...

    ReplyDelete
  9. Nida > Terkedu..susah nak cari persahabatan yg betul2 sehidup semati kan...

    ReplyDelete