Wednesday, October 20, 2010

Nota Hati Ummi Di Hari Lahirmu Yang Ke 6

Salam mesra..

Tanggal 20 Oktober kembali lagi. Tarikh istimewa Allah menganugerahkan kami cahaya mata kedua. Bersyukur padaNya kerana 6 tahun yang cukup indah untuk dilalui sebagai seorang ummi pada belahan jiwaku, Afiq. 

Berbanding seorang anak, hati seorang ibu biasanya akan lebih tersentuh pada ulangtahun kelahiran anak. Mana boleh lupa, saat indah menatang permata hati setelah melalui kepayahan, adalah detik indah yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. 

Setiap kali ulangtahun kelahiran mereka, hati saya akan terusik dan merindui semua saat-saat indah melihat mereka membesar hari demi hari...

4 tahun

 5 tahun


Kini 6 tahun..

Anakku..
Wajahmu adalah ketenangan,
Senyummu adalah kedamaian,
Tawamu adalah semangat,
Ragammu adalah sabar,
Tangismu adalah kepedihan,
Doa dan kasih tidak bertepi,
Adalah iringan hari-hari kedewasaanmu, 
Sentiasa akan begitu..
Cinta dan sayang tak akan pernah padam,
Selagi ada nyawa dikandung badan..
Semoga keredhaan Allah milikmu
Dunia dan akhirat..

21 comments:

  1. salam,

    seronoknya tengok anak membesar :). Rasa bahagia di hati ibu..

    ReplyDelete
  2. happy birthday afiq! moga dilindungi Allah sentiasa & jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Alhamdulillah dipanjangkan umur olehNya.. selamat ulang tahun kelahiran buat Afiq...

    p/s: suka tengok hidungnya.... comel sesangat :)

    ReplyDelete
  4. sanah helwah ya afiq..

    dia punya birthday sama dgn adik saya..

    cantik je tarikhnya tahun ni, kan~20.10.2010

    ReplyDelete
  5. slmt ari lahir afiq..moga membesar jd anak yg menurut kata mak ayah

    ReplyDelete
  6. SELAMAT HR LAHIR AFIQ..
    mg membesar dgn penuh ketaatan pd Allah dan ibubapa..

    p.s: mmg betulla kata org, buruk baik anak pun, sejuk hati kita tgk dia membesar, tak pernah lupa jerit perih mengandung n melahirkan..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari lahir AfiQ yg ke 6 ...dari abg Miman, Yohcik & Ciknab...

    ReplyDelete
  8. hepi betday to Afiq

    moga terus mnjadi kebanggaan ibubapa..soleh & berjaya dalam hidup di dunia & akhirat yea

    jgn nakal2..dgr ckp ummi yea :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir afiq..semoga jadi anak yang soleh!!

    ReplyDelete
  10. Subhanallah!..geram sungguh la tgk muka dak2..huhu..comel sgt!..bila tgk gmbar afiq masa umur 6tahun, teringat kt adik sy..huhu...:)

    Mudah-mudahan Ustazah sekeluarga dikurniakan ALLAH afiat dan keselamatan spnjg hidup ini,AMIN!..

    ReplyDelete
  11. And then get mad when people comment on it and tell them to mind their own business? lol

    ReplyDelete
  12. hepi besday Afiq..semoga jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  13. Semakin besar Afiq semakin tualah umminya :)
    Semoga Afiq membesar sebagai anak yang kuat mengharungi zaman yang serba mencabar.

    ReplyDelete
  14. Ummu Farhan > Sangat bahagia..kan?

    Nadiah > SYukran..Insya Allah..

    ReplyDelete
  15. Nida > Syukran. Ameen atas doamu..Ummi memang suka gigit hidung Afiq pun..hehehe

    Mizah > Syukran..hmmm memang unik tarikh ni kan..?

    ReplyDelete
  16. Idah > Terima KAsih..Insya Allah atas doa Idah..

    Izza > Yup! Betul tu..menjadi ibu, wpun penat berdepan karenah anak2 tetapi tetap membahagiakan...

    ReplyDelete
  17. Abang Miman, yohcik & Chik Nab..

    Arigato gozaimasta..! Afiq sayang kalian bertiga...

    greenjade > Terima kasih sudi mencoret buat Afiq di sini...Ameen

    ReplyDelete
  18. has > Ameen..syukran yer sbb sudi mendoakan Afiq..

    Nadiah > Syukran atas doamu..Moga NAdiah sekeluarga juga bahagia dunia dan akhirat..Insya Allah

    ReplyDelete
  19. Chik Na > Terima kasih yer..Ameen.

    makbonda > Hhmmm...tepat sekali..Kedewasaan anak2 mengajar kita erti keinsafan pada usia kita yg semakin meningkat

    Syukran atas doa makbonda..

    ReplyDelete
  20. Bila Afiq nak dapat adik?
    :-) ummi dah rindu tu.
    hehehe.

    ReplyDelete