Monday, November 28, 2011

Makaroni Goreng


Hujan adalah rutin setiap hari di tanah kelahiranku sekarang. Kalau matahari muncul sekalipun, hujan tetap akan turun walaupun sebentar. Bila hujan turun, perut cepat lapar. Tatkala kerajinan datang bertimpa-timpa untuk memasak, layan sahajalah permintaan yang tersayang. Makaroni goreng yang dimasak ini ala kadar menggunakan apa yang ada di dapur sahaja. Banyak bahan yang kurang. Saya masak pun ala-ala mee goreng biasa. Apa-apa pun, yang penting semua makan dengan berselera sekali.


Cara-cara memasak :
  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak zaitun dan garam. Rebus sehingga lembut dan toskan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis kisaran bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sedikit sos tomato dan sos tiram. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan daging lembu/ayam kisar dan kacau sehingga hampir masak.
  5. Masukkan sayur dan makaroni. Kacau hingga sekata.
  6. Perisakan makaroni anda secukup rasa. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

7 comments: