Rumah kampung yang dikelilingi bunga-bungaan dan pohon buah-buahan amat mempersona dan mendamaikan. Lensa kamera saya sempat merakam beberapa pesona di laman bonda mertua saya.
Ummu Ammar
Monday, August 25, 2014
Wednesday, August 20, 2014
Pizza ala Azie Kitchen
Tinta :
Ummu Ammar
5
comments
Salam ukhuwwah..lama sudah tidak bersua di sini. Menyepinya saya sekian lama bukan kerana sudah tidak sudi mencatat di blog. Masa yang amat cemburu dan kesibukan kerja dan keluarga adalah penghalang utama.
Buah tangan saya untuk anda kali ini ialah resepi Pizza yang sangat sedap dan mudah. Pertama kali mencubanya dulu, saya sungguh teruja akan hasilnya. Alhamdulillah..anak-anak dan suami sangat menyukainya dan sekarang saya juga berkongsi ilmu membuatnya dengan saudara dan taulan yang juga mengemarinya..
Untuk itu, seharusnya pujian yang diterima saya kembalikan pada Puan Azie kerana resepi dan cara-cara membuatnya adalah hasil tangan beliau di blog Azie Kitchen. Terima kasih kak Azie kerana berkongsi ilmu.
Untuk resepi doh pizza gebu ini anda boleh rujuk resepi beliau di SINI dan topping pizza pula boleh dirujuk di SINI. Selain dari itu banyak sangat resepi best-best yang boleh dicuba dari blog kak Azie..
Antara bahan untuk topping
Sebelum dibakar
Sedap dinikmati semasa panas..dengan mushroom soup dan garlic bread
Selamat mencuba..
Monday, January 20, 2014
Kek Lobak Merah Gebu
Tinta :
Ummu Ammar
1 comments
Hidangan yang mengiringi sesi minum petang kami semalam ~ kek lobak merah tanpa topping sebab cream cheese tiada dalam stok. Kek Lobak merak ialah favourite cake saya. Semestinya menghasilkan sendiri adalah lebih berbaloi dan dapat makan sepuasnya.
Pertama kali saya menyediakan kek ini dulu anak-anak kurang mengemarinya kerana rasa kayu manis dan serbuk buah pala agak kuat bagi mereka.
Untuk kali ini saya kurangkan separuh penggunaan kedua bahan ini dan tambah sedikit kismis hitam. Alhamdulillah keduanya suka terutamanya si Ammar.
Resepi yang mudah ini adalah dari pemilik asal newbie123@myresepi.com. Klik sini untuk resepi. Selamat mencuba.

Wednesday, January 15, 2014
Dia Pergi Jua
Tinta :
Ummu Ammar
5
comments
Tanggal 9 Januari 2014, insan yang terpenting dalam hidupku pergi jua. Setelah hampir 5 tahun kehilangan bonda (18 Januari 2009) kini ayahanda menyusul. Biarpun separuh nyawa seakan dibawa pergi, aku redhai pemergiannya. Dia insan mulia dalam hidupku. Dialah hero kehidupan kami. Saat diuji kesempitan hidup, sebahagian besar ruang waktu hidupnya memerah keringat membesarkan kami 11 beradik.
Apabila
bercerita tentang ayah, banyak yang bermain di fikiran saya, banyak
yang mahu dicatatkan tentang ayah cuma tiada kata yang dapat
menceritakan betapa besarnya jasa ayah dalam hidup saya.
Masih terkenang setiap pagi membonceng basikal tua ayah ke sekolah ketika saat mula bersekolah..
Masih ku ingat betapa sabarnya ayah berteman motorsikal, berpanas berhujan, mengambil dan menghantarku ke sekolah yang jauhnya berkilo-kilo meter..

Masih teringat kegigihan ayah membanting tulang di sawah padi bertemankan terik mentari demi mencari sesuap nasi..
Masih tergiang-giang amanat ayah sebelum sayapku terbang nun jauh ke negara orang..
Masih teringat syahdunya laungan azan ayah saat kaki menapak untuk memulakan permusafiran ilmu ke bumi anbiya'..
Masih ku ingati surat pertama bertulisan tangannya sendiri yang ku terima ketika di rantauan bersama doa dan harapannya yang tidak pernah padam..
Masih ku ingati surat pertama bertulisan tangannya sendiri yang ku terima ketika di rantauan bersama doa dan harapannya yang tidak pernah padam..
Masih ku ingat segala-galanya tentang jasamu, kasihmu dan budimu..selamanya..
Terima kasih atas segalanya ayah..
Semoga tenang dirimu di sana di bawah lindungan kasih sayang dan rahmatNya yang tidak bertepi..
Subscribe to:
Posts (Atom)