Sunday, May 30, 2010

Mengintai Mumia di Muzium Mesir

5 comments

Salam sejahtera buat semua..

Pengembaraanku mengimbau kenangan di Mesir lagi..kali ini saya ingin berkongsi pengalaman berkunjung ke Muzium Mesir yang kaya dengan pelbagai khazanah Mesir purba di dalammya. Saya sempat sekali berkunjung ke sana. Itu pun kerana menemani housemateku Kak Saadah, yang mengiringi ahli keluarganya dan beberapa keluarga lain dalam rombongan umrah yang transit di Kaherah.

Kesempatan yang ada, mereka tidak melepaskan peluang melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kaherah. Saya macam orang mengantuk disorongkan bantal bila diajak sekali..banyak tempat yang diziarahi, dan yang penting semuanya free..memang berbaloi bila dapat naik boat menyusuri keindahan Sungai Nil, melawat Giza dan Kubu Salehuddin buat kali kedua..dan lain-lain lagi..

Melawat Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah memang peluang keemasan. Dengan bayaran masuk sebanyak LE30 bagi pelajar dan LE 60 (untuk dewasa)., seumpama berada dalam pengembaraan masa silam dengan paparan khazanah dan artifak bersejarah. ditambah lagi dengan senibina dan panorama dalam muzium yg menarik. Terdapat hampir 200,000 tinggalan purba yang berharga menjadi aset Mesir dalam dunia pelancongan. Muzium Ini diasaskan oleh warga Perancis yang bernama Auguster Meriete dalam tahun 1863 dengan kebenaran kerjaan Mesir. Namun, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar sama sekali di dalam muzium..


Pernah anda tengok mumia?? Paling menarik di muzium 3 tingkat ni..anda berpeluang meneroka dunia mumia di tingkat 2. Segala-galanya dipamerkan di situ, bermula ukiran di batu, hiasan barangan kemas diraja, senjata, makam firaun, bilik tidur lengkap milik firaun pada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Satu daripadanya ialah katil kecil bersalut emas berbentuk binatang seperti dua ekor kijang di kepala katil.

Paling menarik sudah tentunya lawatan ke Bilik Diraja Mumia yang menempatkan 20 mumia diraja beberapa generasi pemerintahan firaun. Pelancong dikenakan tiket bayaran tambahan sebanyak LE 100 (RM70) untuk memasuki kedua-dua bilik itu yang dikawal ketat.


 Hadapan muzium

Anda berpeluang mengintai makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun. Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.

Timbul rasa kagum melihat susunan mumia firaun di dalam bilik kaca yang sentiasa dikawal suhunya bertujuan mengekalkan ketahanan manusia kuno itu. Keadaan mumia yang masih kekal dengan bentuk wajah, gigi, rambut serta badan menjadi tanda tanya bagaimana proses mengawet mayat dijalankan pada zaman itu. 


 Dalam muzium: pic credit : google

Walaupun saya tidak berpeluang meneroka dunia mumia lantaran bayaran masuk agak mahal, mendengar cerita anggota rombongan yang berpeluang memasuki area tersebut cukup menarik dan agak menyeramkan...apa-apa pun sedikit sebanyak kunjungan ini memberi seribu erti, memahat kenangan dan pengalaman jua kesedaran bahawa kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi oleh makhluk yang lemah termasuklah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.


Firman Allah:
"Maka pada hari ini, Kami biarkan Engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang Yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). dan (ingatlah) Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". 
Surah Yunus Ayat 92

Wednesday, May 26, 2010

Catatan Di Hari Ulangtahun

15 comments
Salam mesra buat semua..

Tanggal 26 Mei tiba lagi. Sedar tak sedar usia perkahwinan saya dan suami sudah menginjak  8 tahun. Sekejap je masa yang berlalu. Sepanjang 8 tahun yang berlalu..banyak cabaran, dugaan, kenangan pahit manis yang kami tempuhi. 

Dalam mengharung dugaan, antara kami bukan tidak ada hati yang terguris, bicara yang terkunci, langkah yang mati, namun, semuanya dihadapi dengan tenang dan matang kerana ikatan yang dibina adalah amanah yang harus ditanggung penuh hemah dan tanggungjawab. Harus ditatang, dijaga, dibajai, dihargai...


Kami bukanlah pasangan sempurna, mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Justeru, saling melengkapi itu perlu. Saya bersyukur dikurniakan suami yang baik dan menerima diri saya seadanya.. setiap saat, saya sentiasa muhasabah, sempurnakah amanah yang terpundak di bahu ini sebagai isteri yang baik..semoga Allah sentiasa melorongi saya ke arah itu..

Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~




Untuk para suami dan isteri yang menyambut ulangtahun perkahwinan atau sudah lama berkahwin, boleh baca motivasi menarik dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Klik sini dan sini. Semoga mampu menyuntik kesedaran untuk memperbaiki kesilapan agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.

Monday, May 24, 2010

Inspirasi Ali & Zahra Dalam Children of Heaven

9 comments
Salam mesra buat semua...

Children Of Heaven! Pernah anda tonton filem hebat ini? Kali pertama tengok filem ni, dulu hati saya sangat tersentuh. Seperti tersentuhnya hati Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagai menyatakan reaksinya setelah menonton filem karya pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi, ini di satu program Kelantan satu ketika dulu.. “Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,”  


Saya rasa semua ibubapa dan guru perlu memiliki CD filem ini untuk tontonan anak-anak dan pelajar-pelajar. Banyak yang boleh diteladani dan dipelajari dari filem ini. CD ini boleh didapati dengan harga yang begitu murah sekali RM 9.90...walaupun harganya murah dan filemnya nampak murah namun pengisiannya sangat besar dan mahal dari sudut lakonan, pengajaran, mesej dan nilai-nilai kehidupan yang cuba diterapkan dalam filem ini..


Filem Iran arahan Majid Majidi ini telah menerima banyak anugerah di peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Filem Terbaik di Montreal International Film Festival. Majid Majidi, anak kelahiran Teheran merupakan antara sebilangan pengarah filem Iran yang berjaya mencipta nama, sekali gus mengetengahkan tema, genre dan gaya arahannya yang dikagumi serta diiktiraf hingga ke dunia perfileman Hollywood. Menariknya, pengarah berusia 48 tahun ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri dalam menghasilkan filem-filem ‘berjiwa besar’ sesuai dengan latar belakang negara di bawah pemerintahan Islam yang diwakilinya itu.

Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik, Ali dan Zahra yang hidup bergelut kemiskinan di satu kawasan di selatan Tehran, Iran.

Dalam Children Of Heaven, motif Ali bagi mendapatkan sepasang kasut sukan baru demi menggantikan kasut adiknya Zahra yang hilang, membuatkan Ali sanggup beraksi dalam sukan lumba lari di sekolahnya. Matlamatnya hanya satu, iaitu mendapatkan hadiah di tempat ketiga, bukan tempat pertama atau kedua, kerana hadiah kasut sukan itu hanya dikhaskan untuk pemenang tempat ketiga!

Kasut Zahra hilang semasa Ali membawanya ke pekan untuk dibaiki. Kehilangan kasut itu membuatkan Zahra sangat sedih, kerana itulah satu-satunya kasut yang Zahra ada untuk dipakai ke sekolah. Kemiskinan yang mencengkam keluarga mereka pula membuatkan Ali dan Zahra berat hati memberitahu bapa mereka tentang kehilangan kasut itu. Mereka sedar, jika bapa mereka tahu tentang kehilangan kasut itu, beliau akan berhutang dengan sesiapa sahaja untuk membeli kasut baru buat Zahra.

Lalu, demi tidak mahu menyusahkan bapa mereka, kedua beradik yang murni hatinya itu telah membuat satu rancangan, iaitu mereka akan bergilir-gilir memakai kasut Ali ke sekolah. Oleh kerana Zahra bersekolah sesi pagi manakala Ali pula bersekolah sesi petang, maka Zahra akan memakai dahulu kasut tersebut, dan kemudian akan pulang cepat-cepat agar Ali dapat memakai pula kasut itu ke sekolah. Mereka berjanji akan bertemu di sebuah lorong berparit yang sunyi, dan di lorong itulah, parit-parit dan dinding-dinding batu menjadi saksi betapa lajunya Zahra memecut lari untuk menyerahkan kasut yang dipakainya kepada Ali, dan betapa lebih laju pula Ali memecut lari agar tidak tiba lewat ke sekolah. Subhanallah, hati saya begitu tersentuh melihat kesusahan yang dihadapi oleh kedua-dua beradik itu.


Kisah mereka semakin menarik, apabila guru sukan sekolah Ali mengumumkan tentang satu pertandingan lumba lari yang menjanjikan hadiah menarik untuk para pemenang, dan salah satu daripada hadiah tersebut ialah kasut sukan untuk pemenang di tempat ketiga!

Kesusahan bukan alasan untuk Ali dan Zahra duduk merintih dan mengenang nasib. Berbekalkan semangat yang kental dan senyuman harapan Zahra, Ali menyertai pertandingan itu dengan satu harapan, iaitu memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah kasut sukan untuk Zahra.


Kesudahan filem arahan Majid Majidi ini mempunyai kelainan dan tidak streotype. Saya tertanya-tanya akan kesudahan cerita ini, apabila mendapati di akhir pertandingan, Ali gagal mendapat tempat ketiga seperti yang dirancangkan. Menariknya pula, dia tidak dapat mengawal kelajuannya berlari menyebabkan dia akhirnya terlajak mendapat tempat pertama!

Akibat kemenangan itu, Ali gagal mendapatkan hadiah kasut sukan buat menggantikan kasut Zahra yang hilang. Justeru, bagaimanakah dia dapat menerangkan perkara itu kepada Zahra yang sedang menunggunya di rumah dengan penuh harapan?

Filem ini benar-benar mengesankan jiwa. Ali dan Zahra seolah-olah sedang mencabar kita agar menjadi lebih hebat daripada mereka. Ali seolah-olah sedang membuktikan kepada kita, bahawa sesuatu itu pasti dapat dicapai dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan. Zahra juga seperti berpesan, bahawa hidup ini sangat singkat, dan janganlah dibazirkan masa dengan perkara yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan.

Ali dan Zahra, mereka berdua adalah lambang anak-anak islam yang berjiwa besar.  Mempertaruhkan zaman kanak-kanak yang indah dan riang untuk kelangsungan hidup yang dihimpit kemiskinan, kesusahan. Namun kasih sayang dan ketabahan menjadi nilai kekuatan mereka meredah kesulitan dalam hidup. Mereka adalah Children Of Heaven!

Sumber : internet

Thursday, May 20, 2010

Keajaiban Seruan Azan

6 comments
Salam mesra buat semua..

Saya suka untuk berkongsi artikel menarik mengenai azan. Kalimah suci yang menyeru umat Islam menunaikan kewajipan dan sujud patuh pada Sang Pencipta 5 kali dalam setiap hari.  Seruan yang diulang setiap minit di muka bumi ini. Mungkin ada yang sudah membacanya. Bagi yang belum..jom kita baca dan tadabbur tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT ini..

Maha Suci Allah yang Maha Mencipta. Ketahuilah bahawa Azan tidak terputus berkumandang di ‘globe’ bumi selama 24 jam. Mengikut penyelidikan yang dilakukan di sebuah Universiti di UAE, didalam bidang Matematik, menjelaskan bahawa ini merupakan keajaiban yang dijadikan oleh Maha Pencipta didalam memberi hak kepada ‘Suara Azan” sepanjang 24 jam setiap hari.

Penyelidiknya didalam kajian tersebut berkata : “ Sesungguhnya Azan yang memanggil orang Islam melakukan ibadat solat tidak pernah putus dari globe bumi setiap hari pada setiap putaran masa, dimana setelah Azan selesai berkumandang disesuatu kawasan, ia akan diteruskan berkumandang dikawasan yang lain !!”

Abdul Hamid al-Fadhil, penyelidikan tersebut menjelaskan bahawa globe bumi ini boleh dibahagikan kepada 360 garisan, dimana ditentukan waktu setiap kawasan tersebut darinya. Setiap garis dipisahkan dengan garisan dengan jangka waktu 4 minit, diandaikan Azan dilakukan tepat pada waktunya bagi setiap kawasan. Diandaikan juga muezzin yang baik akan melaungkan azan selama 4 minit.

Dia juga mengandaikan Azan akan dikumandangankan pada setiap daerah digarisan tersebut selama 4 minit, maka setiap 4 minit kawasan-kawasan yang berada pada garisan tersebut akan melaungkan Azan. Maka, dalam tempoh 24 jam, genap 360 garisan globe bumi melaksanakan Azan, dan menunjukkan bahawa Azan berkemundang secara berterusan selama 24jam didalam penghidupan bumi. Formulanya boleh gambarkan seperti berikut :-
4 (minit) x 360 (longitude) = 1440 minit
1400 (minit) / 60 (minit) = 24 jam

Maha Suci Allah yang memperlihatkan kekuasaannya kepada makhluk yang sentiasa alpa memahami hakikat perjalanan bumi ini. Bayangkan pada saat dimana Azan sudah tiada lagi kedengaran, apakah yang akan terjadi kepada makhluk yang berada dibumi ini? Firman Allah swt :-

“Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.” [Surah Yusuf : 105].

Berkata Ibn Kathir rh : “Allah mengkhabarkan bahawa kebanyakkan orang tidak memikirkan mengenai tanda-tanda (Ayaat) dan bukti Allah yang satu terhadap ciptaan Allah pada langit dan bumi. Allah mencipta bintang-bintang dan planet-planet yang mengelilingi orbit, dan semuanya cipta dengan tujuan tertentu. Terdapat banyak tanah-tanah yang subur terletak sebelah menyebelah, dan taman-taman, gunung-gunung, lautan, dimana ombaknya memukul diantara satu sama lain, dan padang pasir yang luas. Terdapat banyak makhluk yang hidup dan yang mati, dikalangan binatang, tumbuh-tumbuhan, dan buah-buahan yang sama bentuknya, akan tetapi berbeza rasa, bau, warna dan sifat. Kesemuanya disebabkan Allah yang satu, yang menjadikan semua jenis ciptaan, dimana hanya dia yang tetap dan kekal selama-lamanya. Hanyalah dia yang tersendiri Nama dan Sifatnya.”

Sumber : http://kaminms.blogspot.com/

Monday, May 17, 2010

Makan Berjemaah

7 comments
Salam mesra buat semua..

Pic credit ; Google

Semalam Afiq meminta agar makan malam dihidangkan dalam "pinggan besar".Kata Afiq : "Dah lama kita tak makan sama-sama dalam pinggan besar tu."Sebenarnya 3 hari yang lepas, dia menyatakan hasrat yang sama. Kali ini, ummi tiada alasan lagi, bila melihat kesungguhan terbit dari bibirnya. 

Memang sudah lama kami tidak makan berjemaah sama-sama dalam "pinggan besar". "Pinggan besar" yang dimaksudkan Afiq ialah dulang. Seronok kami dapat mengamalkan makan malam dalam keadaan berjemaah ni kerana  selain ia adalah sunnah Rasulullah SAW, terselit di sebaliknya ikatan hati yang makin rapat tatkala tangan menjamah makanan.

Spontan bila setiap kali makan dalam dulang sebegini, saya teringat sahabat-sahabat semasa menuntut di SMAASZA dulu. Inilah rutin kami setiap kali berpuasa hari Isnin dan Khamis khususnya, mesti ifthar jamai'e makan berjemaah dalam dulang menjadi saat yang ditunggu. Dah dekat waktu berbuka, siaplah bawak dulang pergi jumpa makcik dewan makan. Dia pun macam dah kalih dengan rutin kami dan memberi kerjasama yang baik. Kadang-kadang siap ada hidangan lebih lagi..rindu betul nak melalui kenangan itu lagi...

Rutin itu diteruskan sehinggalah di universiti terutamanya ketika terlibat dalam program-program kerohanian..waktu makan tu memang terasa ukhuwah sesama  kita dan keberkatan rezeki yang di kongsi bersama..cepat betul rasa kenyang walaupun makanan yang sedikit di kongsi 6-7 orang!! Mungkin itulah yang dinamakan keberkatan..makanan yang simple dan tak sedap pun, boleh jadi berselera menyantapnya bersama-sama..

Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkat bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.
Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu

Hadis di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya makan bersama-sama sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata sahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkat/kecukupan.

Antara sunnah ketika makan berjemaah ialah cara duduk seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. 

Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ayuh! Kita amalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita. Tanamkam kecintaan dan kenikmatan mengamalkan sunnah dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil.

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
 

Friday, May 14, 2010

Dedikasi Buat Insan Guru

10 comments
Salam mesra buat semua..

Kata Imam Al- Ghazali...

"Hak Guru lebih agung dari hak ibubapa, sebab ibubapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal, kalaulah tidak ada guru nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibubapa akan celaka selamanya."
.



Sempena hari guru yang akan tiba beberapa hari lagi, saya teringat guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari kecil hingga dewasa, terlalu banyak jasa mereka untuk dikenang. Sejak saat pertama belajar menyebut ABC, Alif, Baa, Taa hinggalah saat ini semuanya bermula dari sentuhan seorang guru..dan guru pertama buat seorang anak adalah ibubapa yang mendidik dan mengajar kita erti kehidupan saat mula lahir ke dunia ini..

Untuk semua yang bergelar guru..semoga sentiasa berusaha untuk menjadi guru yang hebat dalam usaha untuk melahirkan generasi ummah yang berilmu, beriman dan beramal..

GURU OH GURU
Karya : Usman Awang 

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tuesday, May 11, 2010

Sesungguhnya Allah Sedang Berbicara..

8 comments
Salam mesra buat semua..


Kembali bersua dan maaf dipinta kerana agak tenggelam timbul semenjak dua menjak ni..ada beberapa perkara perlu diprioritikan terutamanya apabila berkaitan tugasan di sekolah. Maaf jika tidak mampu menjenguk blog kawan-kawan dan mencoret komen sekerap dulu. Jika punya waktu dan peluang, pasti saya lakukan.

Kebelakangan ini cuaca memang sangat panas. Saya kira tahap kepanasan yang cukup menduga. Walaupun pernah melalui musim panas yang lebih dahsyat tapi bahang kepanasan yang dialami sekarang tetap membara dan peritnya amat terasa. 

Apakah fenomena ini terkandung rahsia yang tersirat di sebaliknya? Manusia yang diberikan akal fikiran dan panduan wahyu dituntut berfikir dan mentadabbur di sebalik kejadian alam yang berlaku. 

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13) 

Mungkin suhu kepanasan yang membahang di waktu ini adalah peringatan dan amaran dari Allah di atas kelalaian dan kealpaan manusia dalam meneguk nikmatNya dan mengenepikan suruhan dan perintahNya..lihat sahaja kebobrokan sosial yang menguasai kehidupan masyarakat kita yang sudah hilang pedoman dan melakukan perkara di luar norma kemanusiaan lantas mengenepikan sama sekali pegangan agama..

Fikir, hayati dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku pada kaum-kaum terdahulu..Masihkah ingat kisah kaum Nabi Nuh yang dibinasakan dengan banjir besar yang dahsyat, Kaum Nabi Lut yang ingkar binasa apabila diterbalikkan negeri mereka dan dihujani hujan batu..Kaum Nabi SYuib pula menerima bala gempa bumi dan petir yang dahsyat...dan kisah-kisah lain yang boleh dijadikan iktibar..

Bersyukurlah kerana kemarau dan musim panas yang kita alami tidak segetir di sesetengah tempat di muka bumi ini. Bayangkan kalau kita mengalami nasib seperti penduduk China yang melalui musim kemarau yang sangat teruk dan dahsyat ini..

Bumi kering kontang dan merekah






Tasik dan hidupannya musnah..

Apa agaknya yang bermain di fikiran budak lelaki ini?
 

Sunday, May 09, 2010

Rindu Buat Ibu

12 comments

Nasyid : Kasih Ibu - Kumpulan : Far East
(dedikasi buat arwah ibuku yang dirindui..)

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku
Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali
Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi dugaan-Mu
Rahmatilah…Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
 
Buat semua yang bergelar ibu...Selamat hari Ibu..
Moga sentiasa berusaha untuk menjadi ibu yang hebat.. 

Buat yang masih mempunyai ibu..
hargailah ibu anda sementara mereka masih di hadapan mata..



Wednesday, May 05, 2010

Menanti Zuriat Penyambung Kasih

13 comments
Salam mesra buat semua..

Memiliki zuriat merupakan impian setiap insan yang berkahwin. Rumahtangga yang sunyi dari esak tangis dan gelak tawa anak-anak pasti sepi, sesepi perasaan isteri dan suami yang mengharap. Namun rezeki adalah di tangan Allah SWT. Ada yang dikurniakan cahayamata yang ramai, ada yang sebaliknya, malah ada yang belum dikurniakan anak walaupun sudah lama melayari bahtera perkahwinan.



Bagi yang masih gagal menatang zuriat sendiri, banyakkanlah bersabar dan terus berusaha kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya memahami perasaan anda semua, saya yang sudah mempunyai dua anak pun kekadang terusik jua hati kecil ini bila asyik ditanya dan diusik  mengenai pertambahan zuriat, apatah lagi yang sudah lama mengharap setelah bertahun-tahun berkahwin..kesabaran anda semua tinggi nilainya di sisiNya..pasti ada ganjaran yang setimpal..

Selain mendapatkan rawatan moden di mana-mana pusat perubatan, apa kata kita dekati bagaimana Rasulullah pernah mengajar cara dan petua supaya dimudahkan mendapat cahayamata kepada seorang sahabat. Moga ada manfaat untuk dikongsi bersama.

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: 

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” 

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: 
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” 

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Tuesday, May 04, 2010

Menduga Tabah Di Sebalik Kesusahan

19 comments
Salam mesra buat semua..




Gambar budak lelaki comot di atas mengambar keperitan hidup yang dilalui. Wajahnya yang kelam merenung jauh memikirkan rupa kehidupan yang bakal dilaluinya di hari-hari yang mendatang...

Saya suakan gambar ini pada anak-anak. Meminta reaksi. Pelbagai pertanyaan muncul umpama bertih dari mulut comel kedua-duanya. Mengapa? Kenapa? Macam mana?..Harapan saya hanya satu, supaya mereka mampu membuat perbandingan warna kehidupan budak lelaki tersebut dan warna kehidupan yang mereka lalui sekarang. Dihujungnya, saya selitkan pengajaran betapa bertuahnya mereka kerana diulit kesenangan dan keselesaan selama ini.

Bukan apa, sekadar untuk menyuntik kesedaran..bayangkan Ammar baru masuk bulan 5 bersekolah tahun ni, beg sekolah yang bertroli sudah bertukar..kasut sekolah pun dah masuk tiga pasang..alasannya beg lama sudah koyak dan kasut pun sudah tidak selesa untuk dipakai. Alat tulis dan pensil warna  pulak makin berkurang dan hilang hampir setiap hari kerana kecuaiannya. 

Memang sukar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang erti kesusahan sedangkan ia adalah satu proses pendidikan yang perlu. Lantaran keperitan dan perjuangan hidup itulah mengajar kita erti ketabahan dan kekuatan untuk survive kehidupan ini. Mungkin jua silap ibubapa yang terlampau memberi kesenangan buat anak-anak tanpa membiarkan mereka merasa sedikit erti kesusahan? Atau tuntutan gaya hidup masyarakat kita hari ini yang mementingkan status, gaya, style dan meminggirkan keperibadian anak yang akan bersikap manja, sukar berdikari dan gelabah bila menghadapi secalit kesusahan.

Saya masih ingat masa sekolah kecil-kecil dulu..mungkin anda juga pernah melalui situasi yang sama. Biasanya beg sekolah atau uniform sekolah, selagi masih elok, selagi itulah digunakan. Tiada tukar gantinya kecuali sudah lusuh benar atau tidak mampu dipakai lagi. Kasut sekolah koyak, dijahit sana sini untuk menutup lubang-lubang yang tidak diingini. Selipar plastik@ selipar jepun yang kita gunakan hari-hari tu, bila "hidungnya" sudah tertanggal, pandai-pandailah repair sendiri guna paku, dawai dan sebagainya..dan sebenarnya didikan sedemikian menjadikan kita lebih menghargai kepunyaan kita dan menggunakannya penuh hemat..



Masih ingat cerita pasal Jingdan, budak dari China  yang hanya berusia 2 tahun, ditambat di tiang lampu di tepi jalan dengan rantai besi yang dikunci ketika kedua ibubapanya keluar bekerja. Mereka tidak mampu untuk menghantar Jingdan ke pusat asuhan kerana kos bayaran yang tinggi dan mereka pula hidup dalam kemelaratan. Ia sangat menginsafkan. Mungkin boleh membantu membuatkan anak-anak sedar bahawa ramai lagi manusia di luar sana yang tidak bernasib baik melalui kehidupan yang selesa.


Saturday, May 01, 2010

Agenda Laknatullah Hina Islam

13 comments

Salam mesra buat semua..

Saya terjumpa post mengenai gambar-gambar ini di laman web rasmi PPIM. Mungkin ada yang pernah terbaca mengenainya sebelum ni. Arca yang dipamerkan ini adalah sebahagian dari pameran seni di Sepanyol. Nilai sendiri dengan mata hati dan jiwa, kejahatan Yahudi dan Nasrani laknatullah mempermain-main dan menghina Islam, walaupun tidak sekejam penindasan di Palestin namun sensitiviti umat Islam tetap terguris dengan penghinaan sebegini.. Ayuh ! Kita boikot barangan dan keluaran Yahudi dan Nasrani.


Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan meredhai kamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...