Kalau tidak kerana tsunami yang menimpa Jepun, pasti duka Chernobyl akan lenyap begitu sahaja bersama sejarahnya yang tercipta sebagai antara kecelakaan terdahsyat dalam sejarah manusia.Saya sendiri pun tidak begitu tahu mengenai peristiwa ini kerana ketika kejadian saya masih bersekolah rendah.
Menurut sejarah, udara
bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl
yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi
bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang
zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi dan digelar sebagai ghost town (bandar hantu). Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser
tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian
industri terbesar di dunia dan merupakan bencara kemalangan nuklear terdahsyat.
Hampir 50% dari luas wilayah Ukraine merasakan kesannya. Lebih dari
200,000 orang terpaksa dipindahkan ke tempat tinggal sementara, 1.7 juta
orang yang secara langsung terkena kesan bencana. Kematian dikaitkan
dengan Chernobyl, termasuk orang-orang yang mati kerana kanser pada
beberapa tahun kemudian, dianggarkan seramai 125,000. Kos pemulihan termasuk
pembersihan, pemindahan, dan kompensasi kepada mangsa bencara
dianggarkan sekitar RM200 juta. Punca kejadian dikaitkan dengan kesalahan operasi yang melanggar prosedur dan standard keselamatan. Sumber :malaysiasensasi.net & wikipedia
Moga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita. Kemajuan yang membelakangi syariat dan sunnatullah pasti akan membawa kehancuran dan kecelakaan. Bencana alam tetap akan berlaku disebabkan sikap dan
perbuatan manusia itu sendiri.
Al-Quran telah menerangkan kepada kita bahawa
kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh
perbuatan tangan-tangan manusia sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah
ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud:
“Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Lagi gambar tentang Chernobyl..boleh dilihat di sini.