Salam sedingin dan setenang angin tengkujuh buat semua..Biasanya saya akan silent mode handphone bila time masuk kelas apatah lagi bila time peperiksaan macam hari ni. Sebab saya tak suka bila phone berbunyi masa mengajar. Saya terganggu. Dan saya rasa pelajar saya turut terganggu.
Bila habis kelas, saya aktifkan balik phone dan saya ada 4 missed calls dari suami saya. Alamak..mesti kena sound ni..kalau dah 4 missed calls, mestilah ada perkara penting. Saya call balik suami saya. Segera diangkat. Salam dihulur dengan lembut dengan harapan tak kena marah. Suara yang menyahut bukan milik suami saya, tapi suara comel si Ammar.
"Ummi, dah banyak kali Ammar telefon Ummi tadi..Ummi gi mana?," pandai dia mengomel. Mesti ada perkara penting nak dikhabarkan. Jarang dia bersikap macam tu.
"Ummi ada kelas tadi, ni abang nak bagitau apa kat ummi..beria-ria benar.." Khabar disampaikan dengan ceria sekali. Sebenarnya apa yang dikhabarkan pada saya, sudah saya tahu lebih awal dari suami awal pagi tadi. Ammar dapat tempat pertama dalam kelas prasekolahnya dan akan menerima hadiah dalam majlis penyampaian hadiah kecemerlangan minggu hadapan.
Dia berkongsi markah yang sama dengan seorang budak perempuan kat kelas dia. Menurut suami saya yang juga guru di sekolah itu, mungkin cikgunya akan bagi ujian ringkas untuk menentukan mana yang terbaik antara mereka berdua. Tak kisah la, tempat pertama atau kedua. Sebagai ibu saya sudah cukup berbangga. Ini first achievement dalam pelajarannya. Permulaan yang cukup baik. Harapnya berterusan sampai bila-bila. Insya Allah.
Saya sebenarnya tidak menjangkakan Ammar dapat focus dengan baik dalam pelajarannya. Semua paper dapat 100% kecuali paper Sains 99% dan Matematik 98%. Ammar sejak lahir adalah anak yang sangat aktif - tak duduk diam. Ada perkara yang nak dibuatnya. Banyak yang nak dicuba. Jatuh, cedera, luka-luka itu perkara biasa. Banyak perkara yang berlaku dalam usianya 3-4 tahun terutamanya. Memang memenatkan menjaga dia masa tu.
Masih saya ingat kalau pergi berjalan atau shopping kat mana-mana, dia tak mahu dipegang-pegang. Bila dibiarkan, hilanglah dia. Pernah hilang kat supermarket ( nasib baik bukan kat mall ). Panik seketika saya dan suami bila sedar dia tiada di sisi. Ammar pula bila dia tak jumpa kami, meraung la dia kuat-kuat..nasib baik.!.so senang la kami cari arah untuk mencarinya. Kat kedai kain Jakel Segamat, pernah hilang juga. Sebab main-main sembunyi celah kain dengan adiknya. Macam-macam lagi la ragamnya. Nak cerita kat sini tak habis punya.
Pernah ada yang mengandaikan dia anak hyperaktif, sesuatu yang agak merisaukan saya dulu sebab anak hyperaktif ni dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa yang perlu diberi perhatian khusus. Kakak saya sendiri pun pernah kata.." Ammar ni kalau sekolah nanti camne ye...".Sebenarnya saya pun terfikirkan perkara yang sama! Bagi mengatasi masalah keaktifannya, saya banyak mengkaji tentang anak-anak aktif dari sudut pemakanan, pendidikan @ tarbiah, emosi dan sebagainya melalui pembacaan buku-buku, majalah atau bahan-bahan ilmiah dari internet. Selain tu sebelum tidur, saya amalkan baca ayat 1-5 surah Tooha dan doa pelembut hati dan tiupkan pada ubun-ubun anak-anak saya.
Bila dia dah masuk 5 tahun kami masukkan dia ke kelas prasekolah di sekolah Abinya. Senang untuk Abi memantau perkembangannya. Bila cikgu laporkan cerita kenakalannya kat sekolah. Siap kena marahlah dia kat rumah. Bila dah penghujung tahun, ada perkembangan positif bila saya lihat dia dah slow down sikit. Alhamdulillah.
Usia 6 tahun, masih kat prasekolah. Dia makin matang dan sudah banyak perkembangan positif dari sudut kognitif, emosi dan sudah tentuk jasmani... kuat makan! Hari ini satu catatan manis buat saya sebagai seorang ibu, walaupun nampak kecil, kerisauan saya dulu bertukar harapan. Harapan semoga dia akan membesar sebagai anak yang soleh, pintar, beriman dan berguna buat keluarga, agama, bangsa dan negara. Insya Allah.
Buat ibu-ibu yang ada anak-anak yang aktif, nakal atau degil, untuk melembutkan hati mereka ada tips berguna di bawah:
- Baca doa pelembut hatiاللَّهُم لَيِّنْ قَلْبَه / قلبها كَمَا لَيَّنْتَ الحَدِيدَ لِدَاوُودَ عَلَيهِ الصَّلاة وَالسَّلام : :
- Bacalah surah Thoohaa ayat 1 hingga 5
- Caranya:
Bacalah ayat di atas semasa anak kita tidur. Hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung semasa anak menarik nafas dalam lena. Ulanginya beberapa kali @ seberapa mampu. - Bacalah surah Al-Hash ayat 21 hingga 24
- Caranya:
Baca dan tiupkan pada ubun-ubun anak kita sambil berdoa semoga anak-anak kita dilembutkan hati.




