Salam mesra di pagi penuh ceria..
Pagi? Apa yang anda semua bayangkan? Biasanya pagi dikaitkan dengan kedinginan dan ketenangan. Bayu pagi menghembus lembut menyentuh pipi. Burung-burung bersiulan. Cengkerik berlagu riang. Kalau di kota-kota besar, deruman enjin kenderaan mungkin memecah ketenangan .
Pagi adalah satu
detik yang sangat tenang dan nyaman. Permulaan hari yang penuh nikmat dan di
sebaliknya terselindung rahsia yang sangat indah. Saya sukakan suasana pagi.
Saya rasa anda semua pun sama. Kata orang pagi dikaitkan dengan rezeki? Betul
ker? Tapi kalau hari minggu..ramai menghabiskan awal pagi untuk me’qada’’ waktu
tidur..sayang sekali
Sebahagian ulama melarang
tidur selepas subuh dan asar malah ada sebahagian ulama yang meletakkan hukum
makruh tidur selepas waktu subuh. Sepertimana yang diriwayatkan bahawa
Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh kerana Allah s.w.t memberkati umat
yang berpagi-pagi iaitu waktu untuk mencari rezeki.
Dalam satu hadith
diriwayatkan bahawa Rasul telah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya
yang berpagi-pagian.
Sabda Nabi:
Maksudnya: Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
Dalam kisah yang lain, Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
Maksudnya: Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
Dalam kisah yang lain, Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق
الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Selain dari itu..pagi juga dikaitkan dengan
waktu untuk berdamping dengan ilmu. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis :
عن أبي بكر رضي الله عنه، عن النبي صمى الله عليه وسلم، قال : أغد عالما أو
متعلّما أو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك.
Maksudnya : Daripada Abu Bakar r.a,
daripada Nabi S.A.W, berkata : Mulakan pagi mu sebagai seorang guru atau
pelajar atau pendengar atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah menjadi
orang yang kelima , kamu akan binasa.
Hadis ini penuh motivasi buat saya. Kerana itulah rutin kehidupan saya. Kalau dekat sekolah, ikut pengalaman saya sendiri, pembelajaran
di waktu pagi sangat berkesan. Pelajar-pelajar akan memberi tumpuan yang luar
biasa berbanding waktu menginjak ke tengahari dan petang. Memang sungguh indah waktu pagi...
Berbicara pasal pagi ni, saya teringat satu nasyid zaman sekolah dulu . Cukup sinonim. Motivasi untuk menuntut ilmu. Sungguh! Semuanya mengingatkan saya pada sahabat-sahabat seperjuangan yang dirindui - Alang, Ateh, Achik, Kak Yong, Che Sue, Kak Wan, Adik..dan exspecially Umm..suka benar dia pada nasyid ni..
Suasana pagi makin berseri-seri
Bila matahari mula menjenguk diri
Terlukis keindahan dalam keharmonian
Terpamer kekuasaan ar-Rahman
Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
Menitislah embun dari hujung dedaun
Lembut bayu menyepah bagai membelai jiwa
Menggilap dosa-dosa yang terseksa
Redhalah aku hanya padamu dan kurniaan kehidupan rabbani
Redhalah aku hanya padamu dan limpahan nikmat di bumi ini
Keindahan alam keindahan Islam
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
Islam jadi pegangan, taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan
Segala keperitan jadi rencah perjuangan
Itulah sunnatullah dari zaman Rasulullah
Biarpun tumpah air mata dan darah
Berjuang menegakkan Illahi
Wahai teman-teman majulah ke hadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
Kemenangan milik kita

Syahid adalah cita
Untuk semua yang membaca...
'Setiap kali bangun dari tidur, berfikirlah tentang kehidupan
anda yang baru bermula."