Thursday, April 01, 2010

Bila April Tiba : Ada Yang Jadi Fool!

11 comments
Salam mawaddah buat semua..

Hari ini 1 April. Tarikh yang cukup sinonim dengan jolokan April Fool. Masa sekolah-sekolah dulu, ada juga cerita-cerita April Fool ni. Maklumlah sekolah berasrama, macam-macam peel dan kerenah manusia boleh dijumpai. Ada spesies yang suka bergurau  tidak tentu pasal dan  suka mengenakan rakan sendiri. Maka, tarikh 1 April menjadi pilihan kerana ia adalah hari untuk memperbodohkan orang lain  yang disambut seluruh dunia.


Kebanyakan muda-mudi Islam hari ini yang buta tentang agama, menyambut kedatangan April Fool dengan penuh perancangan, strategi dan taktik untuk mempermainkan orang lain  samaada yang dikenali secara rapat atau tidak.

Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan, lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Nampaknya, kafir-kafir laknatullah berbangga kerana April Fool bukan untuk mereka sahaja tetapi diiktiraf dan disambut juga oleh penganut-penganut Islam. Nah! Bukankah mereka sudah berjaya menakluki pemikiran dan mengubah budaya dan akidah saudara seislam kita? Renungi pesanan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab”Lalu siapa lagi (kalau bukan mereka)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Anugerah Komentator Mac

3 comments
Salam mesra buat semua..


Tahniah buat Kak Ani kerana mengungguli carta komentator bulan Mac.  Tiada kata mampu  saya ucapkan betapa saya menghargai Kak Ani dan teman-teman blogger lain yang sudi meninggalkan komen pada setiap entry saya. Masih saya ingat komen Kak Ani pada entry Anugerah Komentator Januari, " komen entry pd k.ani mcm bertegur sapa n menghargai tulisan seorg sahabat." Saya cukup bersetuju. Itulah antara cara mengeratkan silaturrahim di alam maya. Nak jumpa dan bertegur sapa tak dapat kan,  so, hanya catatan yang menggantikan semua itu.

Berikut adalah carta 10 komentator terbanyak blog saya bulan lepas. Anda boleh klik untuk menziarahi blog mereka.

Sebagai penghargaan, blog list khusus untuk komentator terbanyak setiap bulan, akan saya letakkan link Top 3 yang paling banyak bagi komen. Moga ia membantu dan memberi impak pada blog teman-teman. Syukran jazilan!

Monday, March 29, 2010

Bukan Wanita Pilihan

12 comments
Salam mesra buat semua..

Kebahagiaan istana kasih yang dibina bergantung pada pemilihan pasangan hidup. Andai pilihan yang tepat dan mengikut apa yang dianjurkan agama, Insya Allah..bahagialah yang sentiasa mewarnai segenap ruang kehidupan. Jika sebaliknya, derita dan sengsaralah jawabnya. Lebih teruk kalau terpaksa berpisah kasih dan bercerai sayang mencari haluan masing-masing.

Seorang isteri memainkan peranan penting dalam sesebuah rumahtangga. Dialah isteri, suri dan ibu pada anak-anak bakal dilahirkan. Justeru pemilihan seorang isteri mestilah bukan sekadar cantik dipandang pada luaran tapi juga cantik pada akhlak, ilmu dan pegangan agamanya.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; ”Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia.” 

Hukama' ada berkata :
 “Jangan engkau nikahi wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau nikahi yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
 
1) Wanita Ananah ( انانة ) : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat dibuat-buat sakit.

2) Wanita Mananah ( منانة ): suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3) Wanita Hananah ( حنانة ) : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dinikahinya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah ( حداقة ) : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya

5) Wanita Baraqah ( براقة ) : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah ( شداقة ) : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Jika anda lelaki yang mencari suri penyeri mahligai kasih..pastikan tidak memilih ciri-ciri wanita sedemikian demi kelangsungan hidup yang diidami.

Ingatan buat gadis-gadis muslimah, hiasilah diri dengan pakaian taqwa, akhlak mulia dan perelokkanlah pekerti. Nescaya kalian semua akan menjadi bakal isteri dambaan lelaki-lelaki soleh.

Tidak lupa buat yang sudah menjadi seorang isteri,seperti diriku ini, jangan buatkan suami menyesal memilih anda menjadi permaisuri hidup kerana sifat-sifat di atas. Muhasabah diri masing-masing. Berubahlah untuk kebaikan demi kebahagiaan yang hakiki  di dunia dan akhirat.

Sunday, March 28, 2010

Kini Usiamu 7 Tahun

14 comments
Salam mesra buat semua...

Bila tibanya tarikh 28 Mac, tiba-tiba hati saya jadi sebak. Tarikh keramat yang cukup bermakna dalam hidupku. Saat pertama saya menjadi seorang ibu setelah melalui saat-saat getir melahirkan bayi lelaki comel seberat 3.4kg ke dunia ini jam 3.00 pagi 28 Mac 2003. 

Sepanjang tempoh 7 tahun ini, banyak susah senang membesarkannya. Saya pernah menangis tanpa henti dalam bas semasa perjalanan dari K Terengganu - Segamat semasa meninggalkannya untuk kembali bertugas di Segamat selepas tamat tempoh cuti 60hari. Satu minggu di sana, saya hanya berendam airmata kerana rindukan Ammar apatah lagi dia menyusu badan. Lalu saya nekad membawanya bersama saya selepas tu.

Ammar seorang anak yang manja dan aktif. Sentiasa inginkan perhatian. Suka bercakap dan bercerita dan mahukan kita mendengar apa yang diperkatakannya. Kuat makan juga. Kadang-kadang suka memberontak dan degil  juga tapi ada beberapa sisi dalam dirinya yang saya kagumi.Pintar, prihatin dan bertanggungjawab.

Di bawah ni, gambar-gambar pilihanku sepanjang tempoh Ammar membesar dan memberi erti yang amat bermakna dalam hidup kami sekeluarga.

Ammar 7 bulan

Ammar 2 tahun

Bersama adik Afiq

Ammar 5 tahun -  Masa ni dah start montel..

Ammar 6 tahun


Ammar di usia 7 tahun. Makin montel dan sihat..

Menginjak usia ke-7. Sanah Helwah ya bunayya, semoga menjadi anak yang soleh, taat ibadah, patuh dan hormat pada ibubapa dan orang tua , semakin cerdas, pintar, kreatif, berdikari dan percaya diri. Ummi dan Abi hanya bisa mendoakan dan berusaha sedaya mungkin membahagiakanmu dan melengkapi keperluan duniawi dan ukhrawi buatmu. 

Teruskan langkahmu
Capailah impianmu
Luaskan ilmu dan pemikiranmu
Gapailah awanmu
Jangan lupa pada Tuhanmu
Kerana Dialah Yang Satu
Penentu kebahagiaanmu
Di dunia yang menipu
Dan di akhirat yang diburu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...