Salam mesra buat semua..
Seketika, petang tadi saya rasa sangat damai. Menatap landskap keindahan di depan mata. Semangat yang hilang kembali menggebu dalam jiwa apatah lagi suara alam sekeliling seolah melagukan keasyikan dan kedamaian. Subhanallah! Begitu indah ciptaan-Mu..
Tenang sangat rasanya walaupun tujuan saya berkampung di sini bukan kerana bercuti tetapi melunaskan tanggungjawab sebagai insan pendidik. Masih di Peladang Setiu Agro Resort sehingga Sabtu dengan sekumpulan pelajar terpilih untuk program Kem Bestari Solat anjuran panitiaku. Maaf kerana terpaksa menangguhkan ziarah ke blog teman-teman mahupun membalas setiap catatan teman-teman di blog saya.
Gambar : Google
Kalau punya waktu dan buntu mana mahu bercuti, pilihlah Peladang Setiu Agro Resort sebagai destinasi anda..macam-macam ada kat sini. Klik sini untuk tahu lebih lanjut. Sehingga ketemu lagi..





