Tuesday, June 15, 2010

Teman Setia Ayah

9 comments
Salam mesra buat semua..

Menjadi kewajipan cutiku ialah bersama ayah di kampung. Saya suka perhatikan ayah. Walaupun sudah dimamah usia dan waktunya banyak dihabiskan di rumah, hobinya yang satu ini sangat saya respect. Seawal pagi, sebelum sarapan pagi dihidangkan..dia sudah menyelak dan membaca kitab tafsir lama bertulisan jawi, yang sudah agak kuning dan tua. Mengisi jiwa sebelum menunaikan keperluan jasmani.

Membaca menjadi penawar kesepian ayah. Faktor keuzuran menyebabkan ayah hanya duduk di rumah sahaja. Selalunya bersendirian di siang hari apabila adik saya yang tinggal bersamanya keluar bekerja.

Membaca membuatkan masa dan minda ayah terisi selain dapat mengintai isu-isu semasa  yang terpapar.  Selalunya adik saya akan belikan suratkhabar untuk ayah.. Kadang-kadang terasa ralat tanpa akhbar untuknya. Bertemankan cermin matanya, ayah akan berusaha menghabiskan setiap lembaran akhbar terutama berita setempat dan antarabangsa. 

Semoga ayah sentiasa sejahtera di bawah peliharaan dan rahmatNya. Akan saya contohi, rutin ayah yang satu ini.

Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita. ~Joseph Addison

Sunday, June 06, 2010

Bila Hilang Idea

10 comments
Salam mesra buat semua...

Sudah beberapa hari blog kesayanganku ini tidak terusik. Ada banyak perkara yang menyumbang pada 'kehilangan' saya beberapa ketika ini. Selain kesibukan menanda beratus skrip jawapan pelajar exam pertengahan tahun hari itu dan persediaan buka buku PTK untuk exam PTK TK2 pada 10 Jun ni, saya turut dimeriahkan dengan jemputan kenduri kendara yang banyak di cuti sekolah pertengahan tahun yang agak sinonim  dengan musim kahwin..iiisssh camne la nak jaga badan ni kalau satu hari ada 3 kenduri..


Yang paling utama..idea untuk menulis juga cukup 'kering', biarpun diseru berkali-kali. Memang saya sudah ditakdirkan untuk tidak menjadi penulis agaknya ( walaupun amat bercita-cita ke arah itu dulu..), amat susah nak siapkan satu naskhah, artikel apatah lagi buku, novel dan sebagainya..kerana idea saya kerap berubah-berubah dalam masa yang singkat, hingga tak tahu yang mana akar, batang atau dahan sesebuah tulisan..sudahnya pen off !

Kata orang menulis perlu dari hati, agar tulisan itu akan jatuh juga ke hati orang yang membaca. Barulah tulisan ada ertinya.

Ada pula yang mengingatkan menulislah dengan iman kerana niat, tujuan dan arah tulisan bersatu hanya untuk memberi manfaat dan mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Perlu ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk mendamba kehebatan mahupun mengumpan pujian dan keuntungan semata.

Jangan lupa menulis perlu dengan ilmu. Tanpa ilmu, hilang erti sesebuah karya kerana ia hanya menyajikan kesesatan pada si pembaca.
 
Imam Ali bin Abi Thalib RA ada mengatakan:
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya".  
 
Tinggi sekali motivasi yang dapat diserap dari kata-kata Saidina Ali ini. Memang benar menulis dengan ilmu, tentang ilmu dan menyebarkannya pasti impak dan manfaatnya amat besar sekali buat si penulis dan orang yang membacanya.
 
Ayuh! Buat semua sahabat-sahabat..teruskan menulis untuk kebaikan, kesedaran,  dakwah, perkongsian ilmu, motivasi, persaudaraan, peringatan dan lain-lain ..contohi ilmuwan silam yang banyak meninggalkan tulisan mereka yang digunapakai sehingga detik ini..
 
Al-Kindi, Ilmuwan serba boleh, aktif menulis buku dan risalah, hingga akhir hayatnya  dia telah melahirkan 146 buah karya.

Al-Haitsam menulis lebih dari 200 buku, topiknya pelbagai. Yang utama adalah mengenai Optik dan Matematik.

Ibnu Sina setiap harinya diisi dengan menulis 25 lembar dan mampu menghasilkan satu buku kecil setiap hari.

Imam Al Ghazali, Ibnu Khaldun,Jabir Ibn Hayyan, Al-Khawarizmi, malah Einstein, Stephen Hawking, Hamka, dan semua penulis-penulis lagenda.. mereka mewariskan karya-karya yang bernilai manfaat bagi umat manusia.
 
Kita??

Wednesday, June 02, 2010

Sedingin Ais

10 comments
Salam mesra buat semua..


Salam mesra buat semua...

Apabila cuaca panas membahang, minuman berais tidak dapat dipisahkan . Bila air lazat dan sejuk membasahi tekak, nikmatnya sukar diungkap. Memang menyegarkan. 

Selalu juga membaca info tentang bahaya kesan meminum minuman berais. Sakit urat, badan lenguh-lenguh, obesiti dan lain-lain. Tetapi, membuang tabiat meminum ais agak sukar dilaksanakan termasuk diriku ini.
 
Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda. Hargai diri dan kesihatan. Ayuh! Kita berubah untuk kebaikan...

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

Tuesday, June 01, 2010

Ya Allah..Binasakanlah Mereka..

5 comments
Salam sejahtera buat semua..


Seantero dunia sudah mengetahui kezaliman terbaru Israel laknatullah menyerang konvoi misi kemanusiaan dan bantuan buat penduduk Gaza. Seluruh pelusuk dunia jua sudah menyatakan kemarahan dan kebencian lewat tunjuk perasaan di mana-mana.

Ayuh muslimin dan muslimat sekalian..kita panjatkan doa buat saudara-saudara kita yang menjadi mangsa kezaliman Israel agar mereka dilindungi oleh Allah SWT dan kembali dalam keadaan selamat. Doakan kehancuran dan kebinasaan buat Yahudi laknatullah!

Doa Qunut Nazilah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Ameen Ya Rabbal A'lamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...