Tuesday, August 31, 2010

Sabar Itu Indah

5 comments
Salam mesra buat semua..

Sabar itu indah. Alhamdulillah. Penuh kesyukuran. Tidak terhingga rasa nikmat yang menular  kini. Seakan bernafas selepas seketika kelemasan. Maaf kerana lama tidak mampu aktif seperti sebelumnya terutama ziarah menziarahi blog teman-teman blogger semua. Sibuk dengan tugasan di sekolah dan pelajaran, membataskan ruang untuk saya berbuat demikian.


Ramadhan tahun ini cukup menduga dan membutuh kesabaran. Sepanjang bulan mulia ini, setiap hujung minggu, saya akan mengikuti kuliah dan bergelumang dengan tugasan kuliah, assignment, presentation dan sebagainya. Puasa bukan penghalang, malah satu kenangan manis dapat berbuka dengan teman-teman sekuliah walau hanya di warung-warung tepi jalan. 

Hujung minggu ni masih berbaki satu lagi kuliah IT di bawah Prof Malek sebelum disambung balik selepas Raya. Minggu lepas, kelas Curriculum and Pedagogy di bawah Dr Hamida berakhir jua. .selepas 36 jam bersama dengan 4 kali perjumpaan, banyak mutiara ilmu  dan pengalaman yang dapat dikutip. Semuanya menjadikan saya lebih menghargai dan menghayati bidang kerjaya ini. 

Walaupun pada mulanya, ketegasan Dr Hamida sedikit memberi tekanan, namun sisi keprihatinan dan kemesraannya menjadikan perpisahan ini berat untuk dilalui. Semoga paper Dr Hamida ini dapat saya lepasi dengan baik kerana sudah mencuba sebaik mungkin..Insya Allah.

Saya mampu bernafas dengan lega. Sungguh lega. Setelah bertungkus lumus hampir tiga bulan, semester pertama hampir melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu. Kesukaran dan kepayahan bergelar pelajar sarjana dalam masa yang sama menggalas tugasan yang maha banyak di sekolah, mula terasa di hujungnya kemanisan. Ayuh! Lagi 1 tahun setengah untuk dilalui..

Terima kasih buat suami yang sangat menyokong. Sentiasa setia memujuk kala saya patah semangat. Kata-kata azimatnya yang tidak pernah kering dari bibir. Jua, membantu meringankan tugasan rumahtanggaku dan menjaga anak-anak. Syukran ya habibi..syukran..syukran.. 

Terima kasih buat semua yang sudi membaca coretan ini..doakan saya ye!

Thursday, August 26, 2010

Untukmu Wanita

4 comments
Salam Ramadhan..

Maaf lama tidak bersiaran. Agak sibuk semenjak dua menjak ni. Di kesempatan ini saya nak berkongsi entry Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman tentang dilema wanita, kerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri. Mesti di baca oleh semua kaum wanita. Sangat bermanfaat.


"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

Untuk baca artikel penuh, sila klik di sini untuk ke laman Ust Zaharuddin. 

Sunday, August 22, 2010

Abstrak dan Tersirat

7 comments
Salam Ramadhan..


Pertama kali tengok video ni hati saya kagum dengan kelincahan jari-jari pelukis ini bermain dengan lukisan di kanvas pasirnya..kemudian fikiran cuba mentafsir apa mesej yang mahu disampaikan..hinggakan penonton menitiskan air mata..

Sekadar berkongsi..hayati apa yang tersurat dan tersirat di sebalik penceritaan sebuah hasil seni yang mengkagumkan..tentang kedamaian, peperangan, kemanusiaan dan lain-lain..


 

Monday, August 16, 2010

Iklan Ramadhan Yang Tiada Di Malaysia

7 comments
Salam Ramadhan..

Saya suka untuk berkongsi dengan anda semua iklan Ramadhan ini. Bukan di Malaysia. Iklan ini mengingatkan penonton tentang amalan yang dianjurkan di bulan yang mulia ini -  membaca Al Quran. 

Iklan kat Malaysia pula, semasa bulan Ramadhan ni banyak  sekali  tentang makanan, minuman, jualan murah, iklan raya dan lain-lain. Jarang sekali bertemu iklan sebegini. Kalaulah banyak iklan sebegini, pasti jiwa umat Islam tidak kacau seperti sekarang kerana banyak sangat di dedahkan dengan iklan-iklan yang merosakkan jiwa terutama yang mengeksploitasi wanita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...