Salam hujung minggu..
Berita tentang sikap kurang ajar pelajar menumbuk hingga patah hidung gurunya menghiasi saluran media. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang guru di era pendidikan masakini. Berhadapan dengan anak didik yang sakit "rohani", kurang akhlak, kurang didikan dan sentuhan agama. Cukup mencabar!
Sebagai seorang guru, saya sudah melalui realiti kegetiran ini di hadapan mata hampir setiap hari sejak bertugas di sekolah harian biasa berbanding ketika mengajar di sekolah berasrama di Segamat, Johor dulu. Mencabar guru, bercakap kasar, menengking, menipu, dan lain-lain adalah realiti yang harus dihadapi seorang guru di zaman ini.
Kadang-kadang terkenang semasa kita bergelar pelajar dulu-dulu..sangat menyanjung seorang bergelar guru. Penuh hormat dan gerun, bila bersua seakan berhadapan dengan seorang wira yang hebat. Bicara disusun penuh sopan, tingkahlaku dijaga bimbang tersilap langkah. Hati guru sentiasa mahu dijaga. Pesan orang tua-tua, dari situlah lahirnya keberkatan ilmu dan kejayaan yang diimpikan. Namun, melihat realiti pelajar hari ini saya sentiasa berfikir, apakah agaknya keadaan anak-anak didik ini 10 - 20 tahun akan datang..? Apakah nilai seorang guru di mata mereka?
Jika anda seorang guru..
Semoga terus thabat dan tekad dalam mendidik dan membimbing permata bangsa..
Jadikan keikhlasan asas utama memikul tugas mulia ini..
Selamat mendidik!