Hawa udara di Changchun, Tiongkok,
sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia
tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan
sakit jantungnya. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata
terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang
kelihatannya kurus lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu
sambil menggendong anaknya.
Menurut laporan City Evening Post,
pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan memakaikan baju anak
dan ibunya yang sering mengalami masalah jantung. Tepat jam 10 pagi,
Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit. Yuanyuan menggunakan
kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu
merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah tiga beranak ini ke
rumah sakit.
Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21
tahun lalu. Selama 21 tahun itu, Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk
rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya
berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar
merubah kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya
menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi
tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya dengan
memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang
tidak seberapa itulah, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan
ibunya.
Pengorbanan Yuanyuan kepada
ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu
sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai
tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan
terapi akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur
untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya
terbaring, manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu
memeritkan.
Tiga tahun lalu, Yuanyuan
menikah dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak
perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan
ibunya, malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab
menjaga ibunya.
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun
berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat
bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.
Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." -DCM