Sunday, October 11, 2009

Ada Bakat ke?

9 comments
Apa khabar semua ? Akhirnya setelah tiga hari dua malam, Kursus Penulisan Dakwah Peringkat Negeri Terengganu 2009 dapat saya hadiri dan ikuti dengan sempurna. Informatif dan menyeronokkan! Dua perkataan yang boleh saya gambarkan untuk program ini. Program anjuran Sektor Pendidikan Islam, JPNT ini dihadiri oleh hampir 120 peserta guru dari seluruh sekolah menengah di Terengganu. Terisi dengan beberapa slot menarik iaitu slot 1&2 - penulisan puisi dan sajak, slot 3&4 - penulisan rencana&artikel dan slot 5 - penulisan novel. Kesemuanya diisi oleh penceramah hebat yang sudah ada nama dalam bidang penulisan.

Slot 1

Slot ini ialah ceramah teknik penulisan sajak dan puisi yang disampaikan oleh Cikgu Awang bin Abdullah, seorang penulis sajak dan puisi yang cukup terkenal dan telah menghasilkan banyak buku beliau sendiri berkaitan tentang sajak. Cikgu Awang juga telah banyak memenangi Anugerah Sastera dan dalam masa yang sama beliau ialah seorang guru di sebuah sekolah menengah di Dungun, Terengganu. Sajaknya pun ada dimuatkan dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Ilmu dan sentuhannya tentang bidang puisi sajak ini sangat tinggi. Rata-rata peserta memang khusyuk la dengan ceramahnya termasuk la saya sendiri. Sejujurnya saya tidak begitu meminati genre sajak dan puisi kerana saya lebih gemarkan penulisan artikel dan rencana ilmiah. Entahlah..mungkin saya rasa sajak hanya untuk orang-orang yang jiwang sahaja..Telahan saya silap kerana sajak itu bukan hanya tentang cinta tetapi universal - boleh diketengahkan dalam bidang apa sahaja - keluarg
a, agama, politik dsbgnya..Jelas sekali apa yang disampaikan oleh Cikgu Awang benar-benar membuka mata saya tentang peranan sajak dan puisi dalam penyebaran dakwah Islam.

Slot 2
Yang paling menyeronokkan sesi selepas minum pagi, slot ke dua. Masih bersama Cikgu Awang bin Abdullah. Sebelum kami rehat tadi, beliau memberi assignment pertama untuk kami iaitu mencipta sebuah sajak ringkas tentang gelas!Sambil minum pagi saya duk terfikir la ..apa sajak yang saya nak tulis tentang gelas ni...kawan-kawan lain pun ketidaktentuan macam saya jugak..masuk dewan terus saya tulis sajak yang bermain di kepala pada kertas yang disediakan..fuih! susah juga nak tulis sajak ini kalau takde ilham..apatah lagi kalau bukan pakar dan tidak begitu puitis..

Selepas siap kami diminta pula menyiapkan sajak ringkas tentang bunga..macam senang sikit..goreng je lah ..yang penting siap..

Setelah peserta menghantar sajak-sajak tersebut Cikgu Awang membaca satu persatu sajak-sajak tentang gelas yang telah ditulis olek penulis2 sajak yang tak bertauliah td..Bayangkan lah macam-macam rangkap-rangkap sajak yang lucu ditambah ulasan dari Cikgu Awang yang sememangnya seorang yang sangat kelakar...satu dewan gelak beramai-ramai termasuklah saya..saya rasa sudah lama saya tidak ketawa sebegini teruk..sakit perut saya dibuatnya dan mata pun berair..

Sampai turn sajak saya, bila beliau membacanya takdelah teruk sangat..ulasannya " sajak ini masih perlu dibaiki bahasanya..tapi saya nampak ada pemikiran yang ingin disampaikan..." cewah! Bangga seposen..Selepas habis semua sajak tentang gelas dibaca dan ditelitinya, beliau memilih dua sajak terbaik dalam usaha untuk memilih 20 peserta kursus ke Kursus Penulisan Dakwah Siri II..Antara dua sajak tu..satu yang terpilih ialah sajak saya..wah! Ada bakat ke saya ni..

Cikgu Awang masih tidak berpuas hati kerana hanya dua sajak yang terpilih dan masih ada 18 tempat kosong lagi perlu diisi. Setelah meneliti sajak tentang bunga, beliau memilih dua sajak lagi...beerti masih ada 16 lagi kosong..so beliau meminta kami menulis satu sajak bebas dan memberi masa yang lebih lama untuk kami mengarangnya...saya turut menyiapkan satu sajak bebas yang ringkas tentang ibu saya...entahlah itu saja ilham yang datang ketika itu..

Cikgu Awang membaca lagi satu persatu sajak yang dihantar..situasi sama macam tadi--acara gelak besar-besaran apatah lagi dengan ulasan beliau yang selamba dan kelakar..sampai sajak saya...dia membacanya baris demi baris.." penulis ini ada bakat yang baik..dia pandai menyusun rima dan penggunaan bahasa yang baik.." dia baca nama saya yang tercatat di bawah sajak tersebut. Agaknya dia teringat nama saya sudah disebut tadi, terus dia memandang mencari saya.."awak bagus.." Ya Allah bangga la jugak..penyajak terkenal memuji karya saya yang tak seberapa tu.. Maaf saya tak boleh tulis sajak tersebut di sini kerana yang pertamanya - saya dah tak ingat sangat ayat2nya secara sempurna keduanya - saya rasa sajak saya tak cukup hebat..

Konklusinya..saya amat berpuas hati dengan kedua slot tentang sajak ini dengan kupasan yang begitu baik, informatif, menyeronokkan dan memberi semangat untuk saya mencari ruang dalam penulisan ini sebagai wasilah dakwah..Terima Kasih Cikgu Awang!

Thursday, October 08, 2009

Menjadi Tetamu Permai Inn

4 comments
Saya betul2 rushing hari ni..Pagi-pagi lagi saya bekejar ke SMA Setiu untuk mengawasi peperiksaan PMR..macam nak terbang keretaku...semuanya gara-gara Afiq yang tiba-tiba minta izin masuk tandas bila kereta mula mahu bergerak..sakit perut katanya..so, terpaksa menunggu anak manjaku itu melepaskan hajatnya terlebih dahulu..

Jam sudah pukul 7.20am. Saya perlu sampai selewat-lewatnya pukul 7.40am ke SMA Setiu yang jaraknya lbh kurang 22km. Mana nak hantar Afiq ke tadika lagi dan perlu singgah di PKT mengambil dua rakanku yang menumpang sama ke SMA Setiu. Nasib baik sampai on time..berpeluh jugak la walau dalam kedinginan...

Semasa sesi tengahari bagi subjek Sains 2..saya minta izin Ketua Pengawas untuk pulang lebih awal ( kira-kira jam 3pm )untuk packing barang dan buat apa2 yang patut kerana saya perlu ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kursus - Kursus Peningkatan Penulisan Dakwah Peringkat Negeri Terengganu..saya teruja betul untuk menghadiri kursus ni, sebabnya ialah penulisan merupakan antara minat saya sejak dibangku sekolah. Dulu pernah bercita-cita nak jadi penulis atau wartawan tapi alih-alih jadi cikgu plak.

3 hari 2 malam..cukup ke baju ni?

Kursus ni diadakan di Hotel Permai Inn ( dulu namanya Park Inn ) di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok K Trg tak jauh dari bekas sekolah saya - SMAASZA.Kul 5pm bertolak dari Setiu. Hujan lebat mencurah-curah di sepanjang jalan sampailan di Batu Rakit baru la hujan agak reda. Tapi masalah lain plak yang timbul . Jalan agak jam sehinggalah saya sampai di hotel kira-kira jam 7.15 malam...

So, saya agak kepenatan dan tak dapat nak bercerita panjang. Insya Allah, next entry saya akan berkongsi cerita dengan teman-teman semua pasal kursus ini dan pengisiannya...Hingga bertemu.

Tuesday, October 06, 2009

Harapanku = Kejayaanmu..

4 comments

Esok merupakan tarikh penting. Anak-anak muridku akan menduduki peperiksaan PMR. Perasaan saya berdebar2 toksah cakap la..dah sampai tahap parah ni..seram sejuk, risau, teruja dan macam2 lagi bercampur baur...tiap2 tahun memang gini la..tak kira exam PMR, SPM atau STPM..asal ada subjek yang saya ajar...risaunya melebih-lebih padahal budak-budak cool memanjang je..

Takde apa sebenarnya..cuma fikiran duk diasak pelbagai persoalan..
Berhasilkah pengajaranku?
Berbaloikah penat lelah yang dicurahkan mengajar dan mendidik mereka selama ini?
Bolehkah tunjuk ajarku selama ini membantu mereka menjawab dengan baik?
Cukupkah latih tubi dan tunjuk ajar yang kuberikan?
Sudah tertunaikah tanggungjawab yang terpikul sekian lama?
Adakah aku akan menjadi punca kejayaan mereka?
Atau juga kegagalan mereka????
???????

Ya Allah, aku telah berusaha sedaya upayaku mendidik dan memberi tunjuk ajarku buat pelajar-pelajarku dan aku bertawakal kepadaMu...bukakanlah pintu rahmatMu kepada mereka dan berikanlah ketenangan dan kemudahan untuk mereka..Ya Allah..

Tadi masa kat sekolah ada Majlis Restu Ilmu - program yang menghimpunkan semua pelajar ting 3 dan guru-guru yang mengajar mereka. Agenda utama ialah ucapan-ucapan dan amanat terakhir guru2 sebelum mereka berjuang esok. Aku tidak ketinggalan menitipkan ucapan dan amanat yang terakhir. Rata-rata guru menyatakan harapan dan luahan perasaan mereka. Memang tidak dinafikan, menjadi guru pada hari ini tidak semudah menjadi guru pada masa kita2 sekolah dulu..Sangat berbeza! Sikap pelajar-pelajar sekarang terhadap guru2 tidak sama seperti patuh dan hormatnya kepada guru2 kita masa sekolah2 dulu..(bila ada peluang saya akan berbicara pasal ni dalam entry akan datang..InsyaAllah)

Saya tersentuh dengan kata-kata rakan guru saya dalam masjlis tadi..lebih kurang cam ni la" Bukan sedikit kami kecewa, berkecil hati, marah, tersentap dan remuk hati kami dengan sikap segelintir kamu setiap hari. Tapi sebagai seorang guru..pada satu tahap dia akan memaafkan kesilapan dan kekasaran sikap pelajar2nya kerana dia tidak mahu keberkatan ilmu itu terhalang dek kerana marah dan kecewanya terhadap sikap pelajar-pelajar..."

Ok..untuk semua anak-anak muridku..Wish you all the best..!Jawab elok-elok! Ingat kalau blur atau tak dapat jawapan - selawat banyak2 dan bayangkan wajah cikgu atau cikgi anda...insyaAllah berkesan..doa kami mengiringi perjuangan kalian semua...




Sunday, October 04, 2009

Salad Buah-buahan Edisi Raya

4 comments
Apa khabar semua? Masih beraya lagi ke..Agaknya selagi tak habis bulan Syawwal ni..beraya sakan la kita..Bukannya apa..raya ni sebenarnya merapatkan silaturrahim sesama kita..bukannya bertandang kerana nak makan sangat pun..tujuannya tu la..mengeratkan ikatan kemesraan sesama saudara dan rakan taulan..

Nak ceritanya..hari ini bilik guru kami mengadakan jamuan raya. Konon-kononnya jamuan Hari Raya Enam la bagi yang dah habis berpuasa enam hari di bulan Syawwal ni..meriah betul dgn juadah beraneka jenis dan rasa..siap pasang lagu Raya...tapi makan, makan juga..kelas kami tak lupa..mana yang ada kelas..kena la pergi mengajar dahulu..mana yang takde kelas boleh menyantap dahulu...


Seminggu sebelumnya, kami berbincang la apa yang nak disediakan utk jamuan ni..masing-masing bebas untuk membawa apa-apa juadah yang dikehendaki. Mula-mula saya merancang nak masak rendang daging specialku.hehehe..special ke? Tapi bila dah ada yang merelakan diri nak bawa rendang..so saya fikir tak jadila..Ada yang nak bawa nasi minyak, nasi impit, ketupat dlln ..Saya rasa bila dah ramai yang bawa juadah-juadah utama ni..apa kata saya hanya sediakan dessert je..fikir punya fikir..saya ambik keputusan sediakan salad buah-buahan...sesuai Tak? Ok la kut..

So..antara bahan-bahannya yang saya gunakan....

4 biji epal hijau, 4 biji epal merah, 3 biji buah pear, 1/2 kg buah anggur hitam

Sos salad buah-buahan, mayonis, kismis hitam, nata de coco perisa laici & chaswenuts

Tembikai yang telah dipotong dadu dan nata de coco perisa laici

Potong dadu semua buah-buahan tadi. Kemudian rendam dalam air yang diletak sedikit garam

Toskan seketika..

Lastly..gaul semua buah-buahan tadi dgn sos salad dan mayonis..taburkan kismis dan chashewnuts di atasnya
..letak sedikit garam atau bleh juga letak jus perahan limau..Ini la hasilnya..

Alhamdulillah..saya suka hati sebab kawan-kawanku semuanya suka..sampai tinggal bekas je..

Antara juadah yang dibawa oleh teman-temanku..ketupat daun palas, rendang, tapai, mee udang, nasi impit, kuah kacang, kuzi ayam, lontong, puding dlln la..yummy2 semuanya..best sesangat..

Tapi antara juadah yang paling laris...nasi dagang dengan tiga lauk ..gulai ikan tongkol, gulai ayam dan gulai ayam kampung.( tgk tu..dah tinggal senduk je..).Ijah..nanti bleh masak lagi..tak puas la kami makan...sedap!

Sampai bertemu lagi..selamat beraya..makan jgn la banyak sangat..berat badan tu kena jaga juga..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...