Monday, June 28, 2010

Suami 8G

13 comments
Salam mesra buat semua..

Entry kali ini adalah kesinambungan entry "Isteri 8C". Juga idea dan pendapat pakar motivasi kita, Dr. Fadzilah Kamsah. Adil untuk suami dan isteri..kan?? Bukan hanya isteri sahaja yang perlu memperbaiki diri, suami juga begitu. Sebuah perhubungan yang berjaya memerlukan kerjasama dan sepakat antara kedua-dua pihak. Memberi dan menerima. Untuk para suami dan lelaki-lelaki di luar sana, semoga peringatan ini dijadikan panduan.

G1. GARANG
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, Dan sebagainya. Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

G2. GANAS
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam- lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

G3. GEMENTAR
Takut sangat, tidak yakin pada diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan sebagainya. Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

G4. GOYAH
Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja. Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

G5. GENTLEMAN TIADA
Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan. Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

G6. GERUMAL
Gerumal ialah bahasa kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)  Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

G7. GANGGO
Maksudnya keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya. Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

G8. GATAL
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Saturday, June 26, 2010

Isteri 8C

15 comments
Salam mesra buat semua..

Saya nak kongsi artikel menarik dari Dr Fadzilah Kamsah. Moga dapat manfaat bersama..

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
 
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
 
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Friday, June 25, 2010

Tumis Putih Ikan Tenggiri

7 comments
Salam sejahtera buat semua..

Dah lama tak buat entry resepi..hujung-hujung minggu macam ni, kenalah turun ke dapur sebab kalau hari-hari bekerja, biasanya banyak yang masak kat kedai daripada masak kat rumah..

Resepi ni resepi keluarga kami, mungkin juga resepi keluarga anda juga. Kalau kat Terengganu biasanya kami panggil "Tumis Putih Ikan Tenggiri"..nama lain tak tahula pulak kan..terpulang nak taruk nama sup ikan tenggiri atau lain-lain..

Resepi ni sangat mudah, cepat dan sedap. Menjimatkan masa, mengurangkan tenaga dan hati pun senang. Wah! Memasak pun hati kena senang..orang kata bila hati tak senang, lauk yang kita masak pun akan kurang je rasanya..betul ker??


Bahan-bahannya
 300gm ikan tenggiri segar ( ikan merah,ikan ebek, ikan jemuduk pun ok juga )
2 ulas bawang putih( dicincang halus )
1 ulas bawang merah( dicincang halus )
1 inci halia ( dicincang halus )
2 biji cili padi ( diketuk )
Sedikit lobak merah ( dihiris halus - mcm dlm gambar tuh )
Sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng
1 keping asam keping
Air untuk kuah, minyak untuk menumis dan bahan perasa.

Cara -caranya :

Ikan tenggiri tu terpulang la nak potong ke tidak..tapi saya potong kpd 4
Panaskan minyak.Tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai naik bau dan berwarna kekuning-kuningan .
Masukkan air, kacau dan biar seketika hingga mendidih
Masukkan ikan, asam keping dan bahan perasa.
Biarkan mendidih seketika. Kemudian baru la dimasukkan carrot dan cili padi
Bila isi ikan sudah empuk. Angkat, hidangkan dan tabur sedikit daun sup dan bawang goreng.



Inilah rupa dan hasilnya..maaf gambar tak jelas sbb snap dengan handphone je..
Sedap dimakan dengan nasi panas, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman..
Selamat Mencuba!!

Wednesday, June 23, 2010

Sehidup Semati

9 comments
Salam mesra buat semua..

Pernah anda mengimpikan sehidup semati dengan pasangan anda?  Itulah yang berlaku pada  pasangan suami isteri arwah Md Jan dan isterinya arwah Kamsiah. Hati saya tersentuh dengan berita di Kosmo Online tentang pasangan ini. 

Allah mentakdirkan hayat mereka berakhir bersama hanya selang 15 minit. Sepanjang hayat bersama mereka juga digambarkan anak-anak sebagai pasangan yang romantik, sehati sejiwa dan sentiasa bersama. Untuk baca lebih lanjut anda boleh klik sini.

KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...