Tuesday, March 29, 2011

Sanah Helwah Ya Bunayya!

4 comments



Masa terus berputar. 28 Mac tiba lagi. Dewasamu di bawah angka 8 adalah rahmat Ilahi yang tidak terhingga dalam hidup kami. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah kerana nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan sepanjang tempoh Ammar membesar. 
Sanah Helwah Ya Bunayya!


furqan74ii.jpg

“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Al Furqan : 74


Kad special dari Afiq untuk Ammar

Sunday, March 27, 2011

Anak-anak Digital

3 comments
Salam hujung minggu..


Beberapa kali Ammar meminta saya membuka akaun Facebook untuknya. Saya minta 10 sebab kenapa dia ingin berbuat demikian. Pertama : Boleh main games. Kedua : Boleh hantar mesej. Ketiga : Boleh chat dengan Aiman (sepupu). Keempat : Boleh cari siapa-siapa pun. Kelima : Boleh tengok gambar.. Keenam : Khalis (kawan) ada FB ... Ketujuh : Naqib ada juga.. Kelapan : Lukman pun.. Kesembilan : Hakim pun ada.. Kesepuluh : Semua orang ada! Apa-apa pun sebab dan alasan, saya masih belum mengizinkan kerana saya tidak mahu dia membuang lebih banyak masa di hadapan komputer. 

Era digital sungguh mencabar. Apatah lagi membesarkan anak-anak di zaman serba canggih dengan kelengkapan teknologi segala bagai. Anda pasti bersetuju dengan saya. Kita hidup di kelilingi anak-anak digital. Seawal usia, mereka sudah pandai mengetuk papan kekunci, memainkan lagu di komputer mahupun memuat turun permainan yang disukai.

Anak-anak digital atau dalam istilah sains teknologi mereka digelar sebagai "digital native" iaitu anak-anak yang lahir bermula tahun 1990an. Membesar bersama dengan perkembangan internet dan teknologi. Menggunakan gadjet-gadjet digital tanpa perlu diajar, cukup semata dengan penerokaan kendiri. Ilmu mereka kadang-kadang jauh melangkaui pengetahuan kita sendiri.

Sebagai "digital immigrant", kita orang dewasa yang lahir sebelum 1990an perlu belajar tentang teknologi dan bagaimana menggunakan peralatan teknologi dan ICT. Anal-anak digital adalah penduduk asli dunia digital kerana mereka lahir pada zaman ini, manakala kita adalah pendatang dari zaman sebelumnya..belajar menyesuaikan diri dengan dunia baru ini.

Dunia mereka memang canggih. Bila terdetik rasa bangga keupayaan si kecil mengakses teknologi, kita harus rasa bimbang dengan kesannya terhadap peribadi dan sakhsiah mereka. Mereka begitu mencintai teknologi hingga begitu asyik dan lalai, pelajaran juga pasti terabai. Menyuruh solat dan mengaji Al Quran, memberi alasan memang pandai. 


Sebagai ibubapa, pastikan anda ada resepi terbaik untuk menangani situasi anak-anak digital ini. Kita tidak mahu mengorbankan masa depan dan sakhsiah mereka hanya dengan menjadi hamba kepada teknologi dan internet, asyik dengan dunia maya sehingga mereka sirna dari matlamat hidup sebenar di muka bumi Allah ini. 

Fikirkan baik buruknya sebelum membeli mereka handphone, Play Station dan lain-lain. Kawal dan pantau aktiviti anak-anak dan apa yang mereka akses kerana dunia tanpa sempadan dan langit terbuka ini begitu kejam  dan mampu mengheret mereka ke kancah yang tidak baik.



Terus sabar mendidik! Semoga usaha kita diberkati..


Monday, March 21, 2011

Sejarah Duka Chernobyl

11 comments


Kalau tidak kerana tsunami yang menimpa Jepun, pasti duka Chernobyl akan lenyap begitu sahaja bersama sejarahnya yang tercipta sebagai antara kecelakaan terdahsyat dalam sejarah manusia.Saya sendiri pun tidak begitu tahu mengenai peristiwa ini kerana ketika kejadian saya masih bersekolah rendah.
 
Menurut sejarah, udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi dan digelar sebagai ghost town (bandar hantu). Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia dan merupakan bencara kemalangan nuklear terdahsyat. 


Hampir 50% dari luas wilayah Ukraine merasakan kesannya. Lebih dari 200,000 orang terpaksa dipindahkan ke tempat tinggal sementara, 1.7 juta orang yang secara langsung terkena kesan bencana. Kematian dikaitkan dengan Chernobyl, termasuk orang-orang yang mati kerana kanser pada beberapa tahun kemudian, dianggarkan seramai 125,000. Kos pemulihan termasuk pembersihan, pemindahan, dan kompensasi kepada mangsa bencara dianggarkan sekitar RM200 juta. Punca kejadian dikaitkan  dengan kesalahan operasi yang melanggar prosedur dan standard keselamatan. Sumber :malaysiasensasi.net & wikipedia



Moga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita. Kemajuan yang membelakangi syariat dan sunnatullah pasti akan membawa kehancuran dan kecelakaan. Bencana alam tetap akan berlaku disebabkan sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. 

Al-Quran telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”


 

Lagi gambar tentang Chernobyl..boleh dilihat di sini.

Sunday, March 20, 2011

Guru, Cintai Tugasmu!

5 comments






Selamat kembali ke sekolah buat semua insan pendidik..
Setelah bercuti seminggu, pasti semangat dan motivasi 
berada pada tahap yang terbaik..
Selamat menunaikan tanggungjawab dan jangan sesekali putus asa 
dengan cabaran jua tekanan
Hadapi wajah-wajah anak didikmu penuh sabar, penuh kasih, penuh ikhlas
kerana tugas mulia ini memerlukan ketabahan dan keikhlasan.
Selamat bertugas!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...