![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQqPN9C4NcJMI4MUtSLUs1fFRmODnXm_OM4sq6Oe8yCVNrEHjGvSWSoWta-iye9jtPgXPW4LnVF8lozkchOLdsDau46Ty7b57c6ZEEd5MwSj_HO5EsroTYDlER-xn-9ZOTGyzyANbivAyL/s400/4133293372_2922f034b4_m.jpg)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)
Salam buat semua..
Meh! Kita cuci-cuci mata tengok kereta Perodua MPV Alza yang telah dilancarkan secara rasminya hari ini, 23 November 2009.
Kenderaan yang menampilkan reka bentuk dinamik dan menyerlah itu antara lain dilengkapi ciri keselamatan terkini, termasuk sistem brek antikunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) bagi varian terpilih.
Alza versi 1.5 liter akan ditawarkan dalam empat varian pada peringkat permulaan, iaitu versi standard dengan gear manual dan automatik serta versi premium dengan gear manual dan automatik dengan harga atas jalan antara RM56,000 hingga RM64,000 seunit. Versi mewah Alza dengan dengan gear manual dan automatik akan ditawarkan mulai Mac tahun depan pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit.
Ia juga dilengkapi stereng dengan suis audio bagi varian premium dan sports; tempat rehat kaki dan tuil gear di panel papan pemuka untuk varian automatik, serta meter di bahagian tengah papan pemuka, juga yang pertama bagi MPV nasional.
Pantai Cleopatra
Cleopatra dinobatkan menjadi ratu pada usia 18 tahun. Dia berkahwin dengan adiknya yang baru berusia 12 tahun, yang kemudian menjadi raja. Konsep incest (menikahi saudara kandung) merupakan kebiasaan pada masa itu dalam budaya Mesir, kerana sebagai Pharaoh mereka dianggap keturunan dewa, dan dewa hanya boleh berkahwin sesama dewa sahaja.
Sewaktu naik takhta, Cleo menerima simbol pharaoh, iaitu tongkat keemasan, cemeti, dan tongkat kerajaan. Dia mengenakan jubah linen dan pakaian kulit rasmi. Pita emas yang disebut uraeus melingkar di kepalanya, memperlihatkan ular kobra – ular penjaga bangsa Mesir.
Cleopatra ialah Ratu Mesir yang digambarkan mempunyai kecantikan tiada tandingan. Selain kecantikan luaran Cleopatra dikatakan mempunyai kecantikan dalaman . Dia dapat berbicara dalam sembilan bahasa. Otaknya tajam. Karismanya kuat. Kebijaksanaannya mengagumkan. Cleo berpendidikan tinggi, dan memiliki keyakinan luar biasa sejak kecil. Gabungan kecantikan luaran dan dalaman inilah yang digunakan untuk menyelamatkan Mesir dari dikuasai oleh kerajaan Romawi. Cleopatra menyebabkan tiga pemimpin Romawi iaitu Julius Caesar, Mark Anthony dan Octavianus bertelingkah dan bermusuhan antara satu sama lain.
Setelah Caesar dibunuh oleh kabinet Romawi, Cleo merasa harus mencari pelindung lain supaya dia terus kekal menjadi ratu di Mesir. Sasarannya ialah Mark Antony, teman seperjuangan Julius Caesar.
Sebagaimana Julius Caesar, Mark Antony cair berhadapan Cleopatra. Ia menjadi kekasih Ratu Mesir itu, dan lebih suka tinggal di istana Cleo daripada mengurus pasukan tenteranya atau berperang untuk menaklukki jajahan baru. Pewaris Caesar, Octavianus, sangat marah, dan bersama tentara Romawi Octavianus berniat menyerang Cleopatra dan Antony di Mesir.
Setelah kematian
Sedikit info ini harap dapat dikongsi bersama dan diambil pengajaran disebaiknya.
I