Salam mesra buat semua..
Kata Imam Al- Ghazali...
"Hak Guru lebih agung dari hak ibubapa, sebab ibubapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal, kalaulah tidak ada guru nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibubapa akan celaka selamanya.".

Sempena hari guru yang akan tiba beberapa hari lagi, saya teringat guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari kecil hingga dewasa, terlalu banyak jasa mereka untuk dikenang. Sejak saat pertama belajar menyebut ABC, Alif, Baa, Taa hinggalah saat ini semuanya bermula dari sentuhan seorang guru..dan guru pertama buat seorang anak adalah ibubapa yang mendidik dan mengajar kita erti kehidupan saat mula lahir ke dunia ini..
Untuk semua yang bergelar guru..semoga sentiasa berusaha untuk menjadi guru yang hebat dalam usaha untuk melahirkan generasi ummah yang berilmu, beriman dan beramal..
Karya : Usman Awang
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

10 comments:
selamat hari guru...untuk semua guru di malaysia...
"guru yang baik adalah murid sepanjang masa,sentiasa dahagakan ilmu"
selamat hari guru buat ustazah.terima kasih menjadi guru saya,walaupun hanya seketika cuma =)
selamat hari guru kak :)
Selamat hari guru,semoga kita meninggalkan insan2 yang menjadi penyambung bila kita telah kembali nanti.
selamat hari guru... berbakti dengan ikhlas
Selamat Hari Guru pd Ummu Ammar n semua guru2 :)
Selamat Hari Guru..
Sesungguhnya guru umpama dian yang sanggup membakar diri..
Salam :)
Selamat hari guru, semoga 'amal jariah' kita ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan-Nya. Ameen
selamat hari guru ustazah...
Alimaz, helmy, Nadiah,makbonda,fa10, ibuhani,Nida, Ros Illyyun, and studentku yg misteri..
Terima kasih di atas ucapan dan doa yang dititipkan..menjadi pemacu semangat untuk terus menghayun langkah sebagai pendidik..
Untuk sahabat2 yg bergelar guru..Selamat hari kita! Moga sentiasa diberkati..
Post a Comment