Sunday, May 30, 2010

Mengintai Mumia di Muzium Mesir


Salam sejahtera buat semua..

Pengembaraanku mengimbau kenangan di Mesir lagi..kali ini saya ingin berkongsi pengalaman berkunjung ke Muzium Mesir yang kaya dengan pelbagai khazanah Mesir purba di dalammya. Saya sempat sekali berkunjung ke sana. Itu pun kerana menemani housemateku Kak Saadah, yang mengiringi ahli keluarganya dan beberapa keluarga lain dalam rombongan umrah yang transit di Kaherah.

Kesempatan yang ada, mereka tidak melepaskan peluang melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kaherah. Saya macam orang mengantuk disorongkan bantal bila diajak sekali..banyak tempat yang diziarahi, dan yang penting semuanya free..memang berbaloi bila dapat naik boat menyusuri keindahan Sungai Nil, melawat Giza dan Kubu Salehuddin buat kali kedua..dan lain-lain lagi..

Melawat Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah memang peluang keemasan. Dengan bayaran masuk sebanyak LE30 bagi pelajar dan LE 60 (untuk dewasa)., seumpama berada dalam pengembaraan masa silam dengan paparan khazanah dan artifak bersejarah. ditambah lagi dengan senibina dan panorama dalam muzium yg menarik. Terdapat hampir 200,000 tinggalan purba yang berharga menjadi aset Mesir dalam dunia pelancongan. Muzium Ini diasaskan oleh warga Perancis yang bernama Auguster Meriete dalam tahun 1863 dengan kebenaran kerjaan Mesir. Namun, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar sama sekali di dalam muzium..


Pernah anda tengok mumia?? Paling menarik di muzium 3 tingkat ni..anda berpeluang meneroka dunia mumia di tingkat 2. Segala-galanya dipamerkan di situ, bermula ukiran di batu, hiasan barangan kemas diraja, senjata, makam firaun, bilik tidur lengkap milik firaun pada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Satu daripadanya ialah katil kecil bersalut emas berbentuk binatang seperti dua ekor kijang di kepala katil.

Paling menarik sudah tentunya lawatan ke Bilik Diraja Mumia yang menempatkan 20 mumia diraja beberapa generasi pemerintahan firaun. Pelancong dikenakan tiket bayaran tambahan sebanyak LE 100 (RM70) untuk memasuki kedua-dua bilik itu yang dikawal ketat.


 Hadapan muzium

Anda berpeluang mengintai makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun. Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.

Timbul rasa kagum melihat susunan mumia firaun di dalam bilik kaca yang sentiasa dikawal suhunya bertujuan mengekalkan ketahanan manusia kuno itu. Keadaan mumia yang masih kekal dengan bentuk wajah, gigi, rambut serta badan menjadi tanda tanya bagaimana proses mengawet mayat dijalankan pada zaman itu. 


 Dalam muzium: pic credit : google

Walaupun saya tidak berpeluang meneroka dunia mumia lantaran bayaran masuk agak mahal, mendengar cerita anggota rombongan yang berpeluang memasuki area tersebut cukup menarik dan agak menyeramkan...apa-apa pun sedikit sebanyak kunjungan ini memberi seribu erti, memahat kenangan dan pengalaman jua kesedaran bahawa kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi oleh makhluk yang lemah termasuklah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.


Firman Allah:
"Maka pada hari ini, Kami biarkan Engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang Yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). dan (ingatlah) Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". 
Surah Yunus Ayat 92

5 comments:

al-lavendari said...

artifak tersebut membuktikan kebenaran al-Quran tentang Firaun. Sebab nabi tidak akan tahu kisah 1,500 tahun sebelumnya kecuali dengan wahyu Allah. dengan ini boleh dijadikan satu hujah bagi menolak pendapat yang mengatakan bahawa nabi yang mencipta Quran. wallahua'lam.

deena farhana said...

sy xberkesempatan pun nk melawat tmpt2 tu masa blajar kt sana..hrp ade rezeki ke sana lg..

kak jgn lupe amik award ye :)

Ummu Ammar said...

al-lavendari,

Setuju. Setiap kejadian Allah ada rahsia tersembunyi untuk manusia berfikir mencari kebenaran.

deena..

Insya Allah..nanti leh ke sana lagi..akak dah amik..nanti akak letak kat sidebar blog ni ek..syukran ya habibti!

teenage party games said...

They are exhibiting items found in salvaging shipwrecks and other historical events that occurred in Malaysian seas...

teenage party games said...

Can i go to the muzium negara that located in peninsular without taking the flight?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...