Tuesday, May 10, 2011

Hati Seorang Perempuan

Salam mahabbah buat semua..

Beberapa hari yang agak payah untuk dilalui. Memenatkan juga. Mungkin akan berterusan hingga penghujung Mei. Kelas bakal berakhir hujung minggu ni dan final exam semester 3 akan bertamu. Menyambutnya perlu ada persediaan dan kekuatan kerana saya menginginkan kecemerlangan, bukan sekadar lulus dan erjaya. Insya Allah, moga dipermudahkan. Doa kalian saya dambakan.

Bila kesibukan melanda, hati kadang-kadang terusik dengan persekitaran. Sensitif, risau, cuak dan segala bagai lagi. Saya terjumpa keratan sajak ini yang saya simpan. Sayangnya, penulis sebenar tidak saya ketahui. Bunyinya, umpama penulis begitu arif tentang hati seorang perempuan.



Hati seorang perempuan
Terlalu sukar untuk dimengertikan
Bagai embun pagi
Terlalu lembut dan dingin
Bagai sinar mentari
Terlalu panas dan membakar
Bagai cahaya rembulan
Terlalu indah dan berseri
Juan bagai angin petang
Berdesir-desir meniup dedaun kering
Hati seorang perempuan
Terlalu sukar untuk dimengertikan..

 Apa pendapat anda? Betul ke, hati seorang perempuan sesukar itu untuk difahami..

Peringatan buat diriku yang alpa...

Hati yang tenang adalah sumber kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup. Kebersihan hati perlu dijaga dan dibajai. Jangan sampai dikotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup di dunia ini dan di akhirat nanti. 

Jika hati tidak tenang, ingatilah Allah kerana hanya mengingatiNya hati dan jiwa akan bertemu ketenangan. Jangan ikut hati, nanti mati. Jangan ikut rasa, nanti binasa. Gunakalah pertimbangan akal yang waras, hati yang tenang dan ilmu yang benar dalam melangkah dan sebelum berbuat sesuatu perkara.

Firman Allah:
Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu :4


8 comments:

Nini Hartini said...

selamat berjaya dengan cemerlang.

hati lelaki pun sama je sbnrnya. rasanya hati llki lg sukar nk difahami. sbb llki suka memendam rasa jd sukar membaca isi hatinya.

ni ckp hati suami saya. hehe

Wardah Faqihah said...

assalamualaikum w.b.t

moga urusan ustazah dipermudahkan-Nya...=)

Ummu Ammar said...

Nini Hartini..

Setuju dengan Nini. Hati lelaki juga sukar utk difahami terutamanya apabila dibaluti ego yang tinggi. Jadi, hati manusia memang sukar diduga dan dibaca kerana kita hanya insan lemah di sisiNya.

Ummu Ammar said...

Fatin,

Waalaikumussalam..Syukran atas doamu. Insya Allah. Mudah-mudahan. Moga urusan Fatin juga berjalan mudah dan lancar.

yatie chomeyl said...

moga2 semua urusan study dan urusan keluarga di permudahkan sentiasa oleh Allah :)

Hamizah said...

caiyok, pah..

OEN-OEN said...

salam, semoga dimudahkan Alloh

Ummu Ammar said...

Yatie & Mizah..

Terima kasih buat kalian berdua..semoga berjaya juga di bumi orang. Lagi mencabar!

Oen-Oen..

Terima kasih. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...