Tuesday, June 14, 2011

Dari Sekolah Pondok ke Universiti Oxford

Salam mesra sokmo..

"Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa". Ungkapan motivasi ini sangat dekat di hati. Mencipta sebuah kejayaan bukan semudah yang disangka. Ia mampu berada dalam genggaman kita andai usaha mencapainya dilakukan secara luar biasa.  Biar hanya insan biasa, yang lahir di ceruk paling mundur sekalipun, andai keinginan mencipta kejayaan itu besar, maka jerih perih menggapainya adalah resepi utama yang harus dilalui.

Bercerita tentang kejayaan luar biasa, terdetik kekaguman di hati  saya dengan kehebatan anak Melayu, saudara seIslam kita yang mampu mendapat pengiktirafan sebagai pensyarah di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford.

Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ini merupakan lulusan sekolah pondok yang berjaya mencapai kecemerlangan pendidikannya sehingga menjadi bangsa Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pengajar di universiti berprestij dunia itu. Kisah lanjut peribadi hebat ini boleh anda baca di sini.



Jadikan rentetan perjalanan dan kesungguhan individu yang berjaya
sebagai motivasi buat diri kita untuk menggapai kecemerlangan 
dalam setiap perkara yang kita lakukan. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” 

Hadis Riwayat Muslim

6 comments:

paiz said...

gud luck~

ibuaiman said...

Seronok dengar ungkapan, kejayaan luar biasa oleh insan yang biasa-biasa sahaja...Bersemangat untuk saya yang bakal belajar dan harapan untuk menjadi yang TERBAIK (ikut style boboi boy)...:)

ainhany said...

salam ukhuwah,

alhamdulillah satu pencapaian hebat dari anak jati malaysia.
--muga ade kesinambungan-

amin

Ummu Ammar said...

paiz..

Insya Allah

ibuaiman..

Jadikan ia inspirasi dan motivasimu dalam mengennggam kecemerlangan. Islam Boleh!

ainhany..

Betul tu. Moga tidak bernoktah di sini. Pasti ramai lagi yang akan menyusul..

skemaituehot said...

wah...sungguh luar biasa...tidak dapat diri ini ikuti semua ini...tapi yang pasti...Ia bakal mendorong generasi seterusnya untuk menggapai apa yang diinginkan dengan usaha yang bersungguh sungguh.

keimanan yang jitu dpt dipertingkat dengan usaha kearah itu....macam mana nk dapat iman? dengan amal kiter akn kecapinyer...ia adalah tip yg utama untuk capai semua yang kita inginkan..bloey cakap kunci untuk semua pintu..

waallahualam.

skemaituhot

Ummu Ammar said...

skemaituehot..

Tiada yang mustahil melainkan usaha yang bersungguh-sungguh, doa, ikhtiar dan tawakkal pada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...