Monday, June 27, 2011

Hasil Tanganku



Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie

Catatan pendek warisan dari Imam Shafie ini sangat besar ertinya. Menjadi peringatan buat kita bersama. Pastikan apa yang kita tulis mampu memberi manfaat buat yang membaca kerana ia mungkin menjadi saham di akhirat nanti. Insya Allah.

Kata orang menulis perlu dari hati, agar tulisan itu akan jatuh juga ke hati orang yang membaca. Barulah tulisan ada ertinya.

Ada pula yang mengingatkan menulislah dengan iman kerana niat, tujuan dan arah tulisan bersatu hanya untuk memberi manfaat dan mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Perlu ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk mendamba kehebatan mahupun mengumpan pujian dan keuntungan semata.

Jangan lupa menulis perlu dengan ilmu. Tanpa ilmu, hilang erti sesebuah karya kerana ia hanya menyajikan kesesatan pada si pembaca.
 
Imam Ali bin Abi Thalib RA ada mengatakan:
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya".  
 
Tinggi sekali motivasi yang dapat diserap dari kata-kata Saidina Ali ini. Memang benar menulis dengan ilmu, tentang ilmu dan menyebarkannya pasti impak dan manfaatnya amat besar sekali buat si penulis dan orang yang membacanya.
 
Ayuh! Buat semua sahabat-sahabat..teruskan menulis untuk kebaikan, kesedaran,  dakwah, perkongsian ilmu, motivasi, persaudaraan, peringatan dan lain-lain ..contohi ilmuwan silam yang banyak meninggalkan tulisan mereka yang digunapakai sehingga detik ini.. 
 

8 comments:

Hanis Azla said...

entry yg baik utk dijadikan panduan.. terima kasih atas perkongsian ini.. salam kenal juga..

ibuaiman said...

Insya-Allah, sama-sama kita berdoa semoga kita dimudah oleh Allah untuk sama-sama berjuang mengajak manusia menuju Allah melalui penulisan...Amin...

Aku menulis hanya kerana-Mu...

Hamizah said...

sy sering tulis n3merapu je,pah..haha

ahlia zaidi said...

Salam perkenalan. Terima kasih untuk entry ini. menjadi peringatan dan nasihat buat diri sendiri. :)

s a h i | a said...

Syukran Jazilan utk peringatn.Moga-moga kita semua terus diberi kemudahan dalam membaca & menulis ini InsyaAllah. :D

mgkn Ummu Ammar,bole berkongsi macam mana nk tips3 menulis entry dengan baik & berisi :D terima kasih.

Ummu Ammar said...

Hanis Azla..

Salam ukhuwwah. Syukran sudi mencatat di sini. Moga sama2 dapat manfaat.

ibuaiman..

Betul tu. Sebaik2 manusia ialah manusia yang memberi manfaat untuk org lain. Selamat menulis demi Islam.

Ummu Ammar said...

Hamizah..

Saya pun kadang2 merapu juga. Tapi pastikan merapu yang berisi. Ada peringatan diselitkan. Saya seronok baca entry2 awak. Pengalaman yg tak mungkin saya lalui ttp dapat kongsi dr awk.

Ummu Ammar said...

sedetik lebih..

Salam ukhuwwah. Sharing is caring. Moga manfaat milik kita bersama..

Sahila..

Insya Allah akan saya usahakan. Saya pun masih belajar dan terus belajar utk menulis dgn baik. Anyway, saya suka baca catatan2 blog anda. Ringkas dan manis (sweet)! Berisi juga. Teruskan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...