Pada suatu hari,
ketika sepasang suami isteri duduk makan. Di ruang tamu, datang seorang
pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik, saya
lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”
Dengan muka bengis, si
suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si
pengemis itu. Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya
bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat
berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk
bersedekah.
Beberapa tahun
kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus
menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.
Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki
lain.
Pada suatu hari,
sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis
mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si
suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang
mereka makan.
Setelah memberi
sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si
isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu
pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang
: ”Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.”
RASULULLAH S.A.W Bersabda:
”Sedekah itu dapat
menutup 70ribu kejahatan”.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.
Sumber : Internet
7 comments:
Salam 'alaik...best citer ni. thanks for sharing...
sy nak share juga kat fb sy ea? boleh kan?
syukran jazilan...
moga Allah redha...
kadang walau kita sedekah sedikit je pun... dapat dirasai rezeki yg berganda datang kembali :D
Ukhti Ibtisam..
Silakan untuk dikongsi. Saya pun share dari blog lain. Moga dapat manfaat untuk semua..
Chik Na..
Betul tu. Sedikit yang ikhlas lebih berkat dari banyak yang meriakkan...
terbalik pulak jadinyer yew....itulah rencana Allah..kiter tidak tau jatuh bangun seseorang itu...
satu cerita yang berkait dengan ini adalah cerita seorang alim mati dalam kekufuran kerna kematiannya disebabkan pertama kali melakukan perkara mungkar. Manakala seorang yang tidak tau pasal agama mati dalam iman kerna kematian ketika sempat bertaubat kepada Allah.
wallahualam.
Renungan dan pengajaran untuk diri. Terima kasih.
skemaituehot..
Tepat sekali. Kita berdoa agar Allah tidak membalikkan hati kita setelah diberi hidayah dan petunjuk. Insya Allah.
cikgunae..
Semoga beroleh manfaat..
Post a Comment