Sunday, June 12, 2011

Umpama Mati Hidup Semula

Salam mesra buat semua..

Saya bukan peminat bola. Apatah lagi nak membuat laporan perlawanan perlawanan akhir piala FA 2011 malam tadi. Seawalnya, saya tidak mengikuti perlawanan ini kerana sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak esok harinya. Cuma, hati berdoa dan berharap Terengganu dapat memenangi perlawanan ini kerana mengharapkan cuti umum untuk rakyat Terengganu yang dijanjikan menjadi kenyataan



Saat kekalahan sudah di hadapan mata, saya merasakan harapan untuk Terengganu menang dan peluang warga Terengganu bercuti musnah sama sekali. Sebahagian pemain nampak kecewa dan suram. Sorakan penonton juga tidak segalak di awal permainan.

Di hujung perlawanan, kesungguhan dan semangat juang beberapa pemain yang terus-terusan bangkit melawan kekecewaan mengheret saya untuk sama-sama menonton bersama suami dan anak-anak. Memang sikap tidak putus asa dan semangat waja yang membuatkan mereka melakukan asakan berkali-kali sehingga membuka peluang kepada kemenangan, sangat menggagumkan. 

Semangat juang inilah yang perlu diterapkan dalam setiap perkara yang kita lakukan. 
Jangan berpuas hati bila mendapat sesuatu dan jangan sekali-kali berputus asa bila bayang kejayaan umpama telur di hujung tanduk..


 Tahniah buat pasukan Terengganu. Anda kebanggaan kami.
Cuma, masih menunggu-nunggu dan ternanti-nanti pengumuman cuti dari MB Terengganu. Sedangkan Kelantan sudah awal-awal bercuti kerana kemenangan masuk final. :D

8 comments:

cik dah faridah said...

kalau mb umum.cdah ttp keje jgk..huhuhuh..sedih..sedih

Hamizah said...

frust klate kaloh..

Nadiah Sidek said...

nadiah tahu psl ganu lwn kelate ni pun baca status kwn2 kat fb. hehe..

yatie chomeyl said...

sedih gop kelate kaloh sbb dah nak menang sgt2 dah. tp at least sama2 negeri panti timur, so kiro OK lagi lah owk

Ummu Ammar said...

cik dah ...

Suri rumah sepenuh masa ke? UA pun sama, biar pun bercuti dari kerja..namun kerja-kerja di rumah berlambak menunggu.:D

Ummu Ammar said...

Mizah..

Jangan sedih2...awakkan orang Ganu gok...dua alam gitu...hehehe

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Penangan bola piala FA ni memang hebat. Yang menonton di stadium sahaja mencecah 90,000 orang. Masa on the way pulang ke rumah ( selepas Maghrib) jalan-jalan K Trg lenggang dan sunyi. MAsing-masing bersedia untuk tgk bola agaknya...:D

Ummu Ammar said...

Yatie..

Jangan ah sedih2. Kelantan tetap hebat. Hari tu Kelate menang, Ganu kalah. Kali ni Ganu menang, Kelate kaloh. Biasa ah adik beradik. Semoga Kelate & Ganu meneruskan penguasaan bola sepak Malaysia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...