Saturday, July 02, 2011

Bibir Tersenyum, Hati Menangis

Salam ukhuwwah..

Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian  dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.


Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremukredamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar...

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan.  Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...Sesekali menangis, percayalah..bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. Subhanallah!

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai. 


Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]


Antara senyuman yang mampu menenangkan hatiku yang gundah..
Terima Kasih Tuhan atas kurniaanMu

12 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam Ummu...

Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul... terima kasih atas kata-kata yang meninggalkan kesan positif di dalam hati ini.. terima kasih sekali lagi

Pija Madzlan said...

Salam...semoga ALLAH mudahkan apa jua yang sedang dihadapi..

Hamizah said...

itulah diriku sekarang..
penat yg teramat..

Ummu Ammar said...

Nida..

Semoga hatimu jua tenang dan sabar dalam menempuh apa jua dugaan dan cabaran. Doakan UA juga.

Sitisifir10..

Syukran jazilan atas doa dan catatanmu. Alhamdulillah. Moga kesabaran ini ada nilainya di sisiNya. Ameen.

Ummu Ammar said...

LYAfrina..

Terima kasih. Catatan anda sokongan moral buat saya.

Ummu Ammar said...

Hamizah..

Penat seorang ibu terselit kegembiraan dan kebahagiaan. Bersyukurlah kita berbanding insan yang langsung tidak berpeluang merasa nikmat itu.

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

Assalamualaikum... ^_^
Alhamdulillah, ana bilkhair..
Ustazah ke ni...?thank you..sbb view blog sy..rupenye ustazah ade blog yg menarik sgt...bnyk motivasi diri..syukran.. =)

Ummu Ammar said...

Ummu Hani..

Syukran jazilan. Hari ni sebenarnya dah masuk 2 tahun usia blog ini. Blog ummu pun apa kurangnya..:D

AZiE @ UMMI said...

Kekuatan kata madah yg dicatatkn. ?mmberikn kekuatan pd sya...tq..krna hkiktnya...bibir trsenyum..hti menngis...

Jasmin said...

Pengisian yang sangat best.
mohon share yek..

Ummu Ammar said...

Sutera Emas,

Alhamdulillah. Moga anda sentiasa tabah. Insya Allah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Ummu Ammar said...

Jasmin,

Terima kasih. Silakan berkongsi. Moga bermanfaat untuk semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...