Salam buat semua..
Suka minum teh? Saya pun suka. Memulakan pagi dengan secawan teh panas memang menyegarkan, samaada teh dicampur susu atau teh "O" cukup memadai. Nikmat sungguh kurniaan Ilahi. Kalau tak silap saya, teh ada macam-macam jenis. Ada teh putih, teh hitam dan teh hijau.
Pernah minum teh hijau? Rasanya agak kelat. Lagi elok diminum tanpa gula. Banyak kajian telah dilakukan ke atas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak kelebihan untuk kesihatan yang boleh di manfaatkan. Info ini saya ambik dari Kosmo! Online.
Kebaikan teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat.
Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang
atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini
anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip
penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia
memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda
atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman
keremajaan, mulakan hari ini juga.
Kurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di
badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran
darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu.
Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam.
Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang
melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur
yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia
membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat
daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda
melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim
selar kulit dan pelembap kulit.
Penstabil tekanan darah
Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah.
Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari.
Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus.
Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak.
Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai
peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini
dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak
seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran
darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah
usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurun berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau
mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan
lemak arteri dan kolesterol.