Salam mesra buat yang setia bersama..
Hari ini, esok dan lusa, Ammar akan menduduki peperiksaan OTI 1. Peperiksaan pertama di Tahun Satu. Afiq masih belum terlibat dengan peperiksaan kerana baru di pra sekolah.
Untuk Ammar, saya tidak mampu mengagak pencapaiannya. Hanya melalui latihan-latihan dan kerja rumah yang diberikan guru, tidak memadai untuk melihat perkembangan keseluruhan pelajarannya. Malam tadi, sempatlah meluangkan masa bersama Ammar mengulangkaji sekadar perlu. Si anak hanya relax sahaja. Hanya ummi yang terlebih berdebar. Rupanya inilah naluri dan perasaan seorang ibu. Menyimpan harapan melihat kejayaan seorang anak.
Ya Allah, aku mohon bantuan-Mu
permudahkanlah urusannya
rahmatilah perjalanannya
tenangkanlah hatinya
berkatilah urusannya
pada-Mu aku bersujud semoga dia diberi ketenangan
dan kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang
Ya Allah, aku mohon pada-Mu
terangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu
lapangkanlah dadanya untuk mendapat ilham dari-Mu
limpahkanlah kurnia-Mu dalam pekerjaan hariannya
amin..
permudahkanlah urusannya
rahmatilah perjalanannya
tenangkanlah hatinya
berkatilah urusannya
pada-Mu aku bersujud semoga dia diberi ketenangan
dan kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang
Ya Allah, aku mohon pada-Mu
terangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu
lapangkanlah dadanya untuk mendapat ilham dari-Mu
limpahkanlah kurnia-Mu dalam pekerjaan hariannya
amin..
Selamat Berjaya Sayang!
9 comments:
ameen..mudah2an dia berjaya!
:)
insyaAllah.berjaya seperti umminya =)
Semoga Allah tenangkan hati and permudahkan Ammar menjawab.. Semoga berjaya dengan cemerlang.. :)
ameeeeeeeeeeeeeeeeeeen ;)
doa ibuAllah makbul =)
normal tu.....bila anak nak periksa....maknya yg lebih berdebar2 dr anak.......hehehe......smoga Ammar berjaya dgn cemerlang :)
doa ibu tu insya Allah di makbulkan Nya..amin. good luck Ammar
amin (^_^)
salam alaik
ustzh, doa ustzh ni buat sy sebak
bonda sy pun begini
betapa indahnya kasih sayangNya
menghadiahkan kita bonda utk berteduh kasih. subhanallah.
smoga ustzh dan yg tersayang sentiasa di limpahi kasih sayangNya (^_^)
tukang kata : Insya Allah.
helmy : Berjaya macam helmy juga..
Ema : Terima kasih. Mudah-mudahan..
Izza : Ameeenn..
Kak Ani..
Mesti akak dah lalui mcm2 pengalaman terutama yg berkaitan dgn exam2 ni kan..saya br je nak bermula..tu yg berdebar benor..
Yatie.
Insya Allah. Ameeenn.
Fatin..
Uzh pernah jumpa bonda Fatin masa dia dtg hari terbuka adik Fatin. Suka tgk. Ibu yg memang caring. Mcm best friend ngan anak2. Uzh pun nk jd mcm dia gak..
Post a Comment