Saturday, April 30, 2011

Unik

8 comments






Unik, kreatif & tersendiri.
Beberapa buah perhentian bas di sebuah bandar di Jepun.

Sunday, April 24, 2011

Tentang Kemalasan

9 comments
Salam mesra,

M.A.L.A.S. Mudah diungkap tapi kesannya umpama racun. Bila diungkap berkali-kali ia akan meracuni fikiran dan tingkah laku kita. Saya juga sedang mengusir perasaan malas yang cuba bermaharajalela. Kerja, study, tanggungjawab dan kewajipan membutuhkan semangat dan kekuatan yang bukan sedikit. Seharusnya malas itu tidak ada dalam kamus kehidupan  kerana ia akan mematikan langkah dan membantutkan usaha. Apatah lagi bila manusia malas untuk beribadat, seumpama kegelapan tanpa cahaya.


Jangan tergolong di kalangan insan yang diselubungi malas. Antara 15 tanda orang malas yang saya baca di halaqah.net yang patut dihindari. Untuk renungan dan panduan kita bersama..
  1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
  2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
  3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
  4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
  5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
  6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
  7. Mereka yang diberi keupayaan untuk melakukan tetapi mengganggap payah untuk melakukannya. 
  8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa telah banyak melakukannya.
  9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
  10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
  11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
  12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
  13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
  14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa tiada masa untuk melakukannya.
  15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

Buat para pelajar/mahasiswa/wi yang sedang dilanda demam peperiksaan akhir.. 
Pepatah Arab ada berkata : Sesungguhnya kejayaan dan kebaikan tidak akan menghampiri orang yang malas. So, jangan malas-malas yer...

Thursday, April 21, 2011

Rindu di Hari Lahir

8 comments
Salam ukhuwwwah,

Mata masih lagi gagah berbakti menyiapkan assingment untuk kelas petang esok. Kala ucapan-ucapan hari lahir menerjah dari sms dan FB, saya baru tersedar, 21 April tiba lagi. Menambah angka usia perjalanan hidupku sebagai seorang hamba di muka bumi. Syukur atas segala nikmatMu yang tidak terhingga..

Pasti saat-saat sebegini, saya teringatkan pada insan yang telah melahirkan saya., yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga aman dirimu di sana..Al Fatihah.



Pada kala aku mengenang ibu
masih terasa eratnya pelukanmu
panas air mata membasahi pipi
tempatmu masih terpahat di hati
pasir berpindah pantai masih di situ
waktu berubah kasihku masih padamu.
Kesudahan hidup kematian yang pasti
pemergian yang kutangisi hingga kini
kasih sayangmu menggegar jiwa
ada tugas belum selesai
ada hajat belum tertunai
ada budi belum dibalas
bagai hutang yang belum dilangsai
terlalu banyak yang kuterima
terlalu sedikit yang sempat kuberi
kesalku kemewahan ini tak dapat dikongsi.
Nostalgia bersamamu kubiarkan segar
suka duka ingin kulalui bersama
kau cemas membalut lukaku di lutut
terseliuh kaki kau yang mengurut
rajukku sekejap pandai kaumemujuk
kasihmu menemaniku pada saatku dicabar
memilih antara antah dan beras
antara berlian dan kaca
zamrud mutiara di telapak tangan
masih ibu permata hatiku.

Dipetik dari karya KHADIJAH HASHIM ( Masih Lagi Ibu )
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 


Terima Kasih atas ucapan hari lahir samada di FB, sms mahupun di blog. Semoga kebahagiaan dunia akhirat milik kita semua. Ameen.

Sunday, April 17, 2011

Kita Tidak Sempurna

3 comments
 
Jadilah diri sendiri! Mengapa harus dipuja kesempurnaan orang lain dan dicaci kecacatan diri sendiri. Setiap manusia dikurniakan Allah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Diberi kelebihan untuk disyukuri jua dimanfaatkan dan dijadikan di sisi setiap kelebihan itu kekurangan..supaya kita tidak lupa siapa kita di sisi Tuhan Yang Maha Esa! 


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah s.w.t. kepada kamu."
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...