Thursday, December 08, 2011

Kuasa Masakan

2 comments

Memasak selalu dikaitkan dengan kasih sayang. Contohnya, seorang ibu akan memasak tanpa jemu untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan dan akan mendapat khasiat dari masakannya. Seorang isteri selalunya menambat hati suami dengan masakannya. Sedar atau tidak, kuasa masakan adalah sungguh besar. Ia umpama penyatuan jiwa. Kata orang, memasaklah dari hati maka akan berbekas di hati insan yang merasa.


Memasak adalah hobi saya, biarpun tidak sepakar mana. Jadi, kehadiran program realiti Masterchef Malaysia memang kena dengan minat saya.  Berbanding Masterchef edisi negara luar, Masterchef Malaysia lebih dekat di hati dari aspek bahan-bahan yang digunakan terutamanya. Sekarang jika  ada kelapangan, pasti saya akan menonton. Suami dan anak-anak pun turut sama. Banyak yang saya belajar dari chef terkemuka mahupun dari kreativiti dan bakat peserta. Sedikit sebanyak ada juga yang dah diaplikasi di dapur sendiri. Jurinya, pastilah suami dan anak-anak.:)

Wednesday, December 07, 2011

Pantai Mangkuk

4 comments
Pantai Mangkuk, Setiu, Trg.

Cuaca agak baik hari ini. Matahari memancar terang. Saya dan keluarga  mengambil peluang bersantai di Pantai Mangkuk. Berbanding pantai-pantai di sini, Pantai Mangkuk belum pernah kami jejaki  biarpun sudah menghuni di sini hampir 4 tahun. Namanya memang unik. Saya tidak pasti pula apa kaitan "mangkuk" dengan asal-usul pantai ini. Mungkin bersempena nama Kg Mangkuk iaitu kampung di pinggir pantai ini.

Pantai Mangkuk terletak bersebelahan Pantai Penarik, Pantai Rhu Sepuloh, Pantai Bari dan Pantai Merang di daerah Setiu, Terengganu. Pantai-pantai ini masih cantik dan terpelihara dengan keindahan alam semulajadi. Kalau tak silap penggambaran filem (Bunohan) pun dibuat di salah satu pantai di sini.

Maaf, gambar kurang jelas, guna hp.

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya selain dari keindahan pantainya. Pertamanya, pokok rhu pantai yang tinggi berbaris, sungguh cantik mata memandang. Mengingatkan saya salah satu sudut di Al Muntazah Park, Iskandariah, Mesir.

Dibarisi pokok-pokok rhu pantai

Kedua, Terrapuri Resort yang terletak tidak jauh dari pantai. Resort yang dilengkapi dengan chalet rumah-rumah tradisi/lama yang diambil dari serata Terengganu dan dinaiktaraf dengan sempurna. Tak percaya? Cuba klik sini. Kalau berminat untuk sebuah percutian yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota, berkunjunglah ke sini.

Pic ~ google

Monday, December 05, 2011

Cahaya

0 comments


 Jangan tiru perangai lampu
menerangi orang lain
tetapi dirinya sendiri terbakar
tetapi contohilah perangai bulan
tiap kali bertentangan dengan mentari
ia mendapat cahaya baru

~ Al-Kindi
 

Saturday, December 03, 2011

Tawakkal

2 comments
Setelah hampir 2 minggu cuti sekolah berlalu, saya baru benar-benar merasa nikmat bercuti. Kelmarin, semester 4 pengajian sarjanaku melabuhkan tirainya. Saya melepaskan nafas yang teramat lega, terasa bebanan di bahu hilang serta merta. Indah sungguh perasaan itu. 

Berbanding paper Statistik tempoh hari, hati lebih tenang menjawab untuk paper Interactive Technologies, cuma masanya agak lama. Bayangkan kami melalui ujian hampir 5 jam. Bermula jam 5 -6 petang, kuiz secara online berkaitan teori dijalankan. Masa ditetapkan selama 1 jam dan jawapan kami akan submit secara automatik apabila waktu berakhir. Markah terus dipaparkan.  Alhamdulillah, saya hanya gagal menjawab 3 soalan dengan betul daripada 38 semuanya.

Ujian hands on pula terus bersambung selepas kuiz. Kami diberikan 5 soalan yang mengandungi sub-sub soalan di dalamnya. Semuanya adalah berkisarkan pembelajaran buku The Design Collection Revealed yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Berasap juga mahu menyudahkan semua design (rekabentuk) yang dikehendaki soalan terutamanya aplikasi Photoshop CS4. Masing-masing penuh khusyuk dan tekun, tidak berganjak kecuali rehat sebentar untuk menunaikan Solat Maghrib sehinggalah jam hampir 10 malam.


Apa-apapun, selaut syukur kepada Allah kerana memudahkan urusanku. Kepayahan tidak akan menjadi mudah kecuali dengan inayah dan pertolongan-Nya. Tawakkal dan doa adalah usaha terakhir setelah kita berusaha dan berikhtiar. Moga kejayaan mengiringi hingga ke akhirnya.

Semester 5 akan bermula Januari ini. Perjuangan harus diteruskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...