Salam ukhuwwah,
Nampaknya kesibukan kembali melanda. Beberapa hari yang memenatkan. Tidur yang tidak menentu sehingga terzahir kesannya pada mata dan wajah. Blog sendiri pun sudah jarang berisi. Maaf buat semua kerana paparan yang sama anda tatapi beberapa hari ini. Semuanya kerana penangan PMR yang sudah di muka pintu dan kuliah pengajian yang semakin rancak dengan tugasan.
Khamis dan Jumaat, menghadiri kuliah Interactive Technologies, tidak terasa waktu berjalan selama 9 jam. Sungguh teruja dengan pembelajaran hands on perisian Illustrator CS4 dengan bantuan Prof Malek dan buku ini.
Buku setebal hampir 3 inci dengan harga RM150 merupakan wadah kami semester ini. Langkah step by step dalam buku ini sangat membantu dengan practical experience dalam mempelajari selok belok dunia reka bentuk.
Saya bersyukur dapat mempelajari ilmu reka bentuk ini secara langsung. Selain dapat digunakan untuk keperluan sendiri, semua pendedahan ini sangat membantu kreativiti seorang guru dalam menghasilkan bahan pengajaran yang menarik untuk memancing minat pelajar.
Jika anda juga berminat, carilah buku ini di mana-mana kedai buku. Sangat mudah untuk diikuti dengan panduan grafik yang menarik dan step by step tutorials.
4 comments:
Assalamualaikum.. Singgah ziarah Ummu Ammar.. cerita tntg belajar, rindu pula kenangan belajar dulu2.. yg tak tersambung2 lg.. huhu.. :D
Salam Ummu Ammar. Belajar2 juga tp kesihatan pun harus dijaga juga....!
Waalaikumussalam Zefa.
Syukran sudi ziarah UA. Jom la sambung study. Seronok walaupun memenatkan. :D
Kak Ani.
Terima kasih atas keprihatinanmu. Betul la Kak Ani. Saya rasa sangat tidak selesa bila saya sibuk sampai tidur tunggang langgang..rasa penat & stress sgt..
Insya Allah..UA akan ikut nasihat Kak Ani.
Post a Comment