Salam mesra bagi yang sentiasa setia..
Saya cukup terkedu dan cukup tidak suka menerima berita perceraian terutamanya di kalangan orang-orang yang saya kenali dengan rapat. Bukan sekali. Bukan dua. Malah lebih dari itu. Seorang sahabat dipaksa bercerai dengan suami oleh keluarga mertua, hanya kerana tiada zuriat. Kisah lain, suami isteri tinggal berjauhan kerana tuntutan kerjaya, berpisah kasih bila suami berpindah hati pada rakan sekerjanya sendiri. Dan macam-macam lagi..ada kisah dan sebab yang tersendiri di sebalik musibah yang berlaku.
Nampaknya cerai berai bukan lagi perkara yang pelik. Daripada artis yang hidup dalam dunia glamour sampailah orang biasa-biasa macam kita. Apakah ini trend kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan tipu daya ini? Atau adakah cinta sebenarnya begitu rapuh bila dilanda badai ujian, tidak seutuh saat melafazkan " Aku terima nikahnya..." dulu..

Perceraian
bukanlah suatu perkara yang mudah, dan ia tidak pernah dipermudahkan
dan digalakkan oleh agama Islam. Islam hanya membenarkan perceraian,
jika kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada
lagi ruang bagi mengatasi permasalahan mereka untuk berdamai.
Jika semua usaha-usaha ini telah mereka laksanakan, namun rumahtangga mereka masih tidak dapat diselamatkan, maka Islam membenarkan pasangan tersebut bercerai. Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud,
"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang makruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik"
Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syarie, maka haram ke atasnya bau syurga" (Riwayat : Abu Daud)
Pada saya, apabila berdepan kisah perceraian, jangan cepat menghukum atau memandang serong pada pasangan yang terlibat kerana mungkin ada rahsia dan sebab musabab yang tersendiri. Muhasabah rumahtangga kita dan ambil iktibar daripada coretan kehidupan masyarakat sekeliling. Perbaiki yang rosak, kukuhkan yang utuh, hargai dan syukuri apa yang ada..

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami suami dan isteri yang soleh dan
solehah serta keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. Kekalkanlah
keharmonian dalam rumah tangga kami sehingga ianya mampu menghadapi
badai kehidupan yang mungkin boleh merosakkan atau meruntuhkan mahligai
kerukunan rumah tangga yang telah kami bina selama ini.
Ameen Ya Rabbal A'laamin.
13 comments:
salam kak UA,
entri yg menarik..paling sinonim dgn cerai adlh golongan artis,tp xkurg juga yg lain2...
muhasabah iman itu yg pnting..
selalu muhasabah diri sendiri bila terdengar/terbaca kisah cerai berai...
salam UA
lama sgt tak komen..kdg sempat baca entry je.(konon sibuk.ekekek)
pasal ni kan...iza pon risau juga..sebenarnya seusai 'aku terima nikahnya..' bermulala kisah kehidupan diselangi dgn imbak n badai.apa2pun kunci utama sabar n tabah..serta doa selalu.itu iza selalu tanam dlm hati..kalau ikut hati mmg selalu bercerai tp ... gitula..
akak sihat ke?? lama x ber'balas 'komen
deena..
Bila hati dan nafsu didahulukan, akal dan iman sudah tiada harga lagi..kdg2 yg berstatus ust dan uzh pun bercerai juga..pelik tp benar..
Azi..
Memang rumahtangga byk dugaannya..selalu muhasabah dan bykkan menilai yg baik2 dr mencari yg buruk2 utk sentiasa bahagia..
Izza..
Samalah kita..akak pun perasan dah lama Izza tak singgah komen kt sini..tp akak pun sama dah lama tak singgah komen kt blog Izza..cuma jd pembaca senyap jer..
Akak sihat je..cuma cuti ari tu sibuk amat dgn kenduri kendara..dan internet lembap sgt kt kg mertua..tu lah pasal menyepi seketika..
tak tahu nak komen apa...
Perlu menerima kekurangan pasangan dalam membina keluarga yg bahagia.Insya Allah
Nida..
Setuju. Setiap dr suami dan isteri ada kelebihan dan kekurangan msg2..terimalah dgn redha..krn kita juga tdk sempurna..
salam,
akak da tgk ketika cinta bertasbih...?
cerita tu sgt menarik pada saya...pengajaran berkenaan cinta,kahwin,cerai pun ade dlm cite tu...best!
salam utk semua..
BERSYUKURLAH DENGAN APA YG KITA ADA & APA YG TIDAK DIBERI KEPADA KITA OLEHNYA.
semua itu ujian , ujian & ujian kepada kita semua. Allah mahu menilai kita melalui ujian, ujian & ujian itu semua ( baik yg menyenangkan, ataupun sebaliknya) setakat mana takwa & iman kita kepada NYA Yang Maha Mencipta. Ada ganjaran disebalik semua itu.
alhamdulillahirobbil'alamin ala kulliHalin wa ni'mah wa 'afiah.
ameen jugak utk doa nya, risua gak kalau jd kat kita kan..nauzubillah
salam kak,lama xsinggah sini..
takut bila pikirkan psl ni kan,sntiasa je berhati2 dlm menjaga hubungan ngan suami expeacially bab2 berbicara dgn suami ni..smoga dihindarkan perkara2 yg xbaik pada kita yea..
Nadia..
Tgk baru sekerat jalan..tp novel2nya dah khatam..memang best!
myself..
Manusia mmg tdk pernah puas dgn apa yg ada..lalu nafsu menguasai..dan tidak dpt menilai antara permata atau kaca..
Syukuri nikmat yg ada..masalah jgn dicari..kan?
yatie chomeyl..
Ameen. Mohon dijauhkan semua tu..
ibunafis..
Betul tu..moga kita sentiasa muhasabah dan baiki diri sebagai isteri..Insya Allah, moga jd pasangan setia selamanya..
Post a Comment