Salam mesra buat semua..
Apa khabar semua? Moga sihat dan bahagia hendaknya. Cuaca di tempat saya sekarang amat tidak menentu. Sekejap panas. Sekejap hujan. Silih berganti. Hujan pula kadang-kadang seperti tidak mahu berhenti. Sambung menyambung berhari-hari. Itu tandanya tengkujuh sudah di muka pintu.
Dek cuaca yang tidak menentu, badan yang sihat diuji dengan sakit. Beberapa hari lepas anakanda sulung saya demam. Alhamdulillah tidak berpanjangan. Sehari dua, dia sudah boleh bermain seperti biasa.
Selepas Ammar sihat, sejak kelmarin saya pula terasa simpton-simpton hendak demam. Akibatnya, berbaring sahajalah sejak malam tadi sehingga tengahari tadi ini. Alhamdulillah, walaupun siksa tapi tidak berpanjangan. Sudah kebah demamnya. Cuma selsema dan batuk masih ada.
Sebenarnya, sudah lama saya tidak sakit. Kalau sakit pun pening-pening biasa, penat dan lenguh-lenguh jer. Apabila ditimpa sakit begini, sebenarnya ia adalah peringatan dari Allah SWT. Peringatan bahawa setiap nikmat yang dikurniakan perlulah disyukuri dan digunakan sebaiknya.
Ada pepatah berkata:
“Hanya orang
yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat
kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Firman Allah :
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di
bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di
dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan
demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah.
Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu,
dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan
ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi
membanggakan diri”
Surah Al-Hadid ayat 22-23.
Malah Rasulallah S.A.W. sendiri telah berpesan melalui hadis baginda yang bermaksud:
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
Hidupmu sebelum mati.
Sihatmu sebelum sakit.
Masa lapangmu sebelum suntuk.
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
Hidupmu sebelum mati.
Sihatmu sebelum sakit.
Masa lapangmu sebelum suntuk.
Mudamu sebelum tua.
Kayamu sebelum papa.
Kayamu sebelum papa.
Buat yang diuji dengan sakit..Ingatlah sakit adalah tanda kasih sayang Allah, sebagai kaffarah penghapus dosa. Jangan mengeluh kerana ada lagi insan yang lagi hebat diuji dengan sakit yang berat dan kronik...
p/s : Saat sakit adalah saat untuk bermanja dengan yang tersayang..kalau dia menjaga anda dengan baik, itu tanda kebahagiaan..
8 comments:
suka dgn kata2 ni:
Saat sakit adalah saat untuk bermanja dengan yang tersayang..kalau dia menjaga anda dengan baik, itu tanda kebahagiaan..
moga akk lekas sembuh sepenuhnya :)
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
betul tu Ustazah..Allah punya kuasa utk lakukan apa shj terhadap kita...
Syafakillah, buat Ustzh serta family yg dmm..Moga tak truk n cepat sembuh...:)
moga kak cpt sembuh...
Nadiah > Bahagia masa sakit adalah penawar plg muajarab..sebab musabbab bahagia tu layanan dan perhatian dr yg tersayang..kalau x percaya..cubalah..hehehe
Nadiah> Syukran. Sudah sembuh sepenuhnya, slps 4-5 hari diuji dgn sakit.
deena > syukran atas doamu...sudah sembuh cuma batuk2 manja & suara ala2 Ella gitu..
Salam Eidul Adha.. semoga setiap pengorbanan yang dibuat disulami dengan keikhlasan di hati.. :)
Post a Comment