Salam mesra buat semua..
Sudah hampir sebulan sebenarnya kenyataan Wardina Safiyyah, pelakon dan personaliti TV3 meluahkah kebimbangannya pada moral artis Malaysia yang semakin menampakkan kerendahan moral mereka secara terangan-terangan di
khalayak. Menurutnya ia dapat dilihat sama ada menerusi percakapan, pakaian,
perbuatan dan tingkah laku.. sehingga dia tidak rela sama sekali anak-anak beliau menjadikan artis sebagai idola..
''Terus terang, saya tidak rela untuk membenarkan anak saya menjadi
salah seorang peminat mereka. Malu sungguh dengan 'perangai' sebegitu.
Ia bukan nilai murni yang sepatutnya diwarisi kepada mereka,'' kata ibu
kepada tiga anak ini berterus terang.
Bukan setakat Wardina, mana-mana ibubapa pun yang mempunyai misi membentuk generasi Rabbani tidak sekali-sekali relakan anak-anak menjadikan artis sebagai idola.
Untuk membaca lebih lanjut anda boleh klik di sini.
Saya bukanlah peminat Wardina. Dan Wardina bukanlah orang pertama yang mengeluarkan kenyataan dan peringatan sebegini. Sudah banyak peringatan tentang hal yang satu ini kita tatap dan kita baca di mana-mana pun.
Setakat semalam dalam dada-dada akhbar, masih ada lagi suara-suara menghentam beliau kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya pun pelik mentaliti sesetengah masyarakat kita ni. Susah sangatkah nak faham apa yang diperkatakan itu.?
Terbaru : Benjy anak Azean Irdawaty yang dikaitkan dgn pengedaran dadah
Satu demi satu kebobrokan dunia artis dipertontonkan pada kita di mana-mana sahaja. Bersepah! Samada di media cetak, media elektronik atau di gerbang maya. Tapi dek budaya mendewa-dewakan artis, mata mereka menjadi buta, telinga mereka menjadi pekak, akal mereka menjadi tertutup dan hati mereka menjadi buta. Buta, pekak, tertutup untuk menilai kebenaran. Membezakan mata yang baik dan yang buruk.
Firman Allah :
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan
untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi]
tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan
mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar
[ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf :
179.
Peringatan buat diri :
Allah menciptakan dunia dipenuhi nikmat dan keseronokan sebagai lantai ujian menguji hamba-hambaNya yang beriman atau sebaliknya. Rugilah orang-orang yang memilih dunia semata, mengenepi akhirat yang kekal abadi.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah kehidupan dunia itu
melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat
adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu
berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)
Kembalilah pada Islam yang suci. Teladanilah Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, insan mulia pilihan Allah sebagai contoh teladan dalam melayari kehidupan..
Firman Allah :
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (
kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah." Al Ahzab (33): 21
13 comments:
salam..
wardina antara artis yg berubah secara konsisten..alhamdulillah..
sy mghargai pndapat wardina, dan berharap tiada yg akan melatah.
trm ksh atas pkongsian ni kak UA :)
artis bukan tauladan yg baik....mmg betul apa Wardina ckp tu....
lagi besar pengaruh artis skrg ni kan..huhu..sungguh sedih..harapnya anak2 kita takkan meng'idola'kan artis yang semakin hari semakin macam2 keburukan terlihat!
deena..
Wardina antara artis yang ada "otak" - berilmu dan suka mencari kebaikan dan istiqanah dgn transformasi dirinya. Wpun dulu dia pernah "tenggelam" cam artis2 lain juga..
Kak Ani..
Betul tu kak. Saya pun tak nampak lagi artis yang boleh jd idola. Kalau ada pun, ada banyak sisi yg tidak lengkap.
mamalieyna..
Saya setuju. Never and ever. Tp sedih kan tgk program cam Tom Tom Bak dan Idola Kecil - anak2 dah dilatih menjd artis sejak kecil...apa la yg nak jd pd umat Islam hari ni..tak tkt pd azab Allah ke?
risau memikirkan generasi anak2 kita nnt, minta dijauhkan daripada perkara2 kemungkaran. Berani betul Wardina, klu saya... diam aje kot
Salam Kak UA..
Saya kagum dengan Wardina kerana berani bersuara begini.. tapi pelik kenapa ramai yg menghentamnya sedangkan apa yang diperkatakan olehnya adalah benar.
Dulu Akhil Hayy yg dihentam oleh Awie kerana dikatakan siapa Akhil Hayy yg berhak nak tegur artis yg ikut ajaran sesat ni. Padahal Akhil Hayy hanya menegakkan kebenaran.. hmmm, entahlah... yg benar dihentam, yang salah dipuja... Nau'zubillah
fa10,
Sbg artis, Wardina mesti lbh tahu ttg dunia artis ni..itu sbb dia mengeluarkan kenyataan sedemikian.. dan masyarakat kita, memuja artis2 krn nampak luaran yg baik2 shj..
Nida..
Kebenaran pahit untuk ditelan. Tu yg diaorang takut sgt kalau keburukan mrk dihebah sana-sini.
kak ummu..teringin nak jumpa akak suatu hari nanti..
Hazlina..
Nak jumpa akak..? Boleh..Kalau mai Trg, nanti beritahu yer..
Aslkum
Tidak hairan Wardina berubah ke arah yg lebih baik. Ayahnya Fadhlullah Wilmot sebaris ulamak tersohor. Mama semasa kecil2 dulu sekolah rendah selalu dengar ceramah ayah Wardina di kaca2 TV.
Post a Comment