Sunday, April 18, 2010

Tidur Satu Terapi


Salam mesra buat semua..

Tidur merupakan keperluan semua manusia. Satu nikmat yang diberikan oleh Allah buat manusia setelah penat melalui urusan kehidupan di siang hari. Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. 

Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk: 
  • Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain. 
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Tanda-tanda dan gejala
  • Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
  • Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
  • Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya. 
Kalau kita tinjau dari perspektif islam..Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:

“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” 
(Bukhari-Muslim)

Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:

“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan.

Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s')

Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:

“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Baginda pun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)

“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)

“Berkata ‘Abbad ibn Tamim: Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

“Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.” (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)

Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.

Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
  • Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
  • Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher. (Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care')
Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah.

Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid)

(Kajian saintifik tentang cara untuk mengurangkan sakit belakang iaitu dengan membetulkan cara tidur (sleeping posture) dan menjauhi tidur meniarap)

Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan salafussoleh ialah :
  • Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
  • Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
  • Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
    Tidur dalam keadaan suci.
  • Tidur dalam keadaan berwudhuk.
  • Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
  • Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim ) 
  • Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
    Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
  • Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Kesimpulannya
Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

10 comments:

deena farhana said...

salam kak UA,

trm ksh entri ni..sy akhir2 ni selalu xdpt tdur (insomnia)..hrp, pahni ok..

comel la gamba baby yg atas tu tdo.. hehe

islami98 said...

Salam Ummu Ammar,

Setuju dengan Ummu Ammar. Ajaran Nabi walau di waktu apapun, baik sewaktu makan, bahkan tidur sekalipun, telah dibuktikan secara sahih bahawa ianya membawa kebaikan baik dari segi amalan seorang muslim mahupun dari segi kesihatan.

Dalam agama kita, adab semasa makan tidak baik bercakap,tatkala itu, teman saya makan sambil bercakap kemudian dimarahi oleh guru saya. Katanya, ia akan membahayakan kita dan mengakibatkan tercekik dan sebagainya.Dan saya setuju dan tidak dapat mempertikaikan, agama islam adalah agama yang benar dan tiada siapa dapat menafikannnya.

Sebagaimana sejarah Andalus, bagaimana negara islam itu menjadi milik pemimpin kafir, adalah disebabkan kecemburuan mereka lalau menghancurkan akhlak islam seterusnya menjatuhkan dan melemahkan keimanan umat islam.

Akhirnya, syukran ya ummu atas perkongsian yg bijaksana, seterusnya memberi manfaat kepada pembaca umumnya.

Sekadar berkongsi pandangan.,
islami98 a.k.a Iffah Nabiha

Ibuhani said...

BETUL....SLH SATU DR GAYA HIDUP SIHAT IALAH TDO YG CUKUP!

Ummu Ammar said...

deena..

Entry ni sebenarnya motivasi diri sendiri utk pengurusan tidur yg lebih baik..selalu x terurus waktu tidur yg memungkinkan pelbagai keresahan, stress, lemah bdn dlm diri ni..

Baby tu mmg comel..sbb tu akak pilih..

Ummu Ammar said...

Iffah..

Betul ke Iffah ni umur 12 thn? Melihat pd coretan ni minda Iffah lebih besar dr usiamu..

Memang Allah bg kita akal utk berfikir ttg kejadian2 di persekitaran kita..hatta makan dan tidur sekalipun krn disana ada rahsia tersembunyi penuh hikmah..

Tak dpt disangkal lg..ISLAM IS The Way Of Live..dan Islam Memang Indah!

Ummu Ammar said...

Kak ANi..

Tidur saya selalu tidak cukup dan tidak teratur krn saya agak kerap berjaga mlm utk buat kerja..dan saya kurang selesa dgn keadaan ini..tgh cuba nak ubah gaya hidup..

gyan MD said...

salam..

terpanggil utk brkongsi serbasedikit.. esp. brkenaan mind-set yg telah ditanam sejak sekian lama kpd kita semua .. " Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s') "..

BENARKAH begini fitrah badan & cara yg di ajar oleh baginda RASULULLAH S.A.W.? bukankah Nabi S.A.W. tidurnya sedikit sahaja..? para sahabat baginda? pun masih jua menjadi insan yang HEBAT dgn amal utk dunia & akhirat!

semuanya telah di'set' oleh mereka2 yg tidak sealiran dgn ISLAM & kita semua telan bulat2.
fikir2kan lah mana yg baik utk kita, k. :-)

wallahu'alam bissawab.

islami98 said...

Salam kembali Ummu Ammar..

Hehe...Betullaa....Kalau tak percaya boleh berkunjung ke bloh Ummi sy....Si ibu yg melihat dgn matanya sendiri anaknya membesar...:D

Tak juga....Sekali sekala ada juga keinginan ingin menjadi seperti kanak-kanak sebaya....So, tersengih ler...:)

Ya...Islam is The Way of Life..Setuju dan moga Ummu Ammar terus maju ya!

http://ummunusair.blogspot.com/

teenage party games said...

baby is going in the bed rest after a gaming..

teenage party games said...

beautiful baby..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...