Salam mesra buat semua..
Tidur merupakan keperluan semua manusia. Satu nikmat yang diberikan oleh Allah buat manusia setelah penat melalui urusan kehidupan di siang hari. Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula
memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia
emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari.
Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
- Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
- Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
- Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
- Penyalahgunaan dadah dan alkohol
- Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Tanda-tanda dan gejala
- Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
- Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
- Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.
Kalau kita tinjau dari perspektif islam..Berapa
jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan
kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
“Hendaklah
salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.”
(Bukhari-Muslim)
Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)
Ini
menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan
seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa
mengantuk dan menghasilkan kecergasan.
Pakar-pakar tidur telah
bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur
yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika
sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar
optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa
ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s')
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi
telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Baginda pun
bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)
“Apabila
kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti
wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.”
(Bukhari-Muslim)
“Berkata ‘Abbad ibn Tamim: Aku melihat
Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki
Baginda.” (Bukhari-Muslim)
“Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa
Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan
bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah,
sehingga tidur.” (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
Dapat
disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan
kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang
sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir
tidak pernah Baginda lupakan.
Sekali lagi sains terpaksa akur
tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis
telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures)
boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping
menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan
mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
- Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
- Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher. (Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care')
Kedua-dua cara ini akan mencegah
tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the
neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika
tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan
kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column)
akan dapat dicegah.
Meniarap merupakan cara tidur yang boleh
menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini
boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care;
Ibid)
(Kajian
saintifik tentang cara untuk mengurangkan sakit belakang iaitu dengan
membetulkan cara tidur (sleeping posture) dan menjauhi tidur meniarap)
Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab
Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan
salafussoleh ialah :
- Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
- Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
- Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
Tidur dalam keadaan suci. - Tidur dalam keadaan berwudhuk.
- Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
- Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
- Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah
berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang
tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang
bertekad kuat.
Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi. - Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Kesimpulannya
Ajaran
Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur
tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik
sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini
menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang
boleh membawa manusia kepada keunggulan.
10 comments:
salam kak UA,
trm ksh entri ni..sy akhir2 ni selalu xdpt tdur (insomnia)..hrp, pahni ok..
comel la gamba baby yg atas tu tdo.. hehe
Salam Ummu Ammar,
Setuju dengan Ummu Ammar. Ajaran Nabi walau di waktu apapun, baik sewaktu makan, bahkan tidur sekalipun, telah dibuktikan secara sahih bahawa ianya membawa kebaikan baik dari segi amalan seorang muslim mahupun dari segi kesihatan.
Dalam agama kita, adab semasa makan tidak baik bercakap,tatkala itu, teman saya makan sambil bercakap kemudian dimarahi oleh guru saya. Katanya, ia akan membahayakan kita dan mengakibatkan tercekik dan sebagainya.Dan saya setuju dan tidak dapat mempertikaikan, agama islam adalah agama yang benar dan tiada siapa dapat menafikannnya.
Sebagaimana sejarah Andalus, bagaimana negara islam itu menjadi milik pemimpin kafir, adalah disebabkan kecemburuan mereka lalau menghancurkan akhlak islam seterusnya menjatuhkan dan melemahkan keimanan umat islam.
Akhirnya, syukran ya ummu atas perkongsian yg bijaksana, seterusnya memberi manfaat kepada pembaca umumnya.
Sekadar berkongsi pandangan.,
islami98 a.k.a Iffah Nabiha
BETUL....SLH SATU DR GAYA HIDUP SIHAT IALAH TDO YG CUKUP!
deena..
Entry ni sebenarnya motivasi diri sendiri utk pengurusan tidur yg lebih baik..selalu x terurus waktu tidur yg memungkinkan pelbagai keresahan, stress, lemah bdn dlm diri ni..
Baby tu mmg comel..sbb tu akak pilih..
Iffah..
Betul ke Iffah ni umur 12 thn? Melihat pd coretan ni minda Iffah lebih besar dr usiamu..
Memang Allah bg kita akal utk berfikir ttg kejadian2 di persekitaran kita..hatta makan dan tidur sekalipun krn disana ada rahsia tersembunyi penuh hikmah..
Tak dpt disangkal lg..ISLAM IS The Way Of Live..dan Islam Memang Indah!
Kak ANi..
Tidur saya selalu tidak cukup dan tidak teratur krn saya agak kerap berjaga mlm utk buat kerja..dan saya kurang selesa dgn keadaan ini..tgh cuba nak ubah gaya hidup..
salam..
terpanggil utk brkongsi serbasedikit.. esp. brkenaan mind-set yg telah ditanam sejak sekian lama kpd kita semua .. " Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s') "..
BENARKAH begini fitrah badan & cara yg di ajar oleh baginda RASULULLAH S.A.W.? bukankah Nabi S.A.W. tidurnya sedikit sahaja..? para sahabat baginda? pun masih jua menjadi insan yang HEBAT dgn amal utk dunia & akhirat!
semuanya telah di'set' oleh mereka2 yg tidak sealiran dgn ISLAM & kita semua telan bulat2.
fikir2kan lah mana yg baik utk kita, k. :-)
wallahu'alam bissawab.
Salam kembali Ummu Ammar..
Hehe...Betullaa....Kalau tak percaya boleh berkunjung ke bloh Ummi sy....Si ibu yg melihat dgn matanya sendiri anaknya membesar...:D
Tak juga....Sekali sekala ada juga keinginan ingin menjadi seperti kanak-kanak sebaya....So, tersengih ler...:)
Ya...Islam is The Way of Life..Setuju dan moga Ummu Ammar terus maju ya!
http://ummunusair.blogspot.com/
baby is going in the bed rest after a gaming..
beautiful baby..
Post a Comment