Wednesday, May 05, 2010

Menanti Zuriat Penyambung Kasih

Salam mesra buat semua..

Memiliki zuriat merupakan impian setiap insan yang berkahwin. Rumahtangga yang sunyi dari esak tangis dan gelak tawa anak-anak pasti sepi, sesepi perasaan isteri dan suami yang mengharap. Namun rezeki adalah di tangan Allah SWT. Ada yang dikurniakan cahayamata yang ramai, ada yang sebaliknya, malah ada yang belum dikurniakan anak walaupun sudah lama melayari bahtera perkahwinan.



Bagi yang masih gagal menatang zuriat sendiri, banyakkanlah bersabar dan terus berusaha kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya memahami perasaan anda semua, saya yang sudah mempunyai dua anak pun kekadang terusik jua hati kecil ini bila asyik ditanya dan diusik  mengenai pertambahan zuriat, apatah lagi yang sudah lama mengharap setelah bertahun-tahun berkahwin..kesabaran anda semua tinggi nilainya di sisiNya..pasti ada ganjaran yang setimpal..

Selain mendapatkan rawatan moden di mana-mana pusat perubatan, apa kata kita dekati bagaimana Rasulullah pernah mengajar cara dan petua supaya dimudahkan mendapat cahayamata kepada seorang sahabat. Moga ada manfaat untuk dikongsi bersama.

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: 

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” 

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: 
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” 

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

13 comments:

Makbonda61 said...

Salam Ummu Ammar,Zuriat adalah penyambung kasih,tapi ada individu yang tidak suka zuriat,qiblatnya hanya nafsu lalu zuriat yang tidak ditunggu muncul...alternatifnya..........???

Zaid Akhtar said...

salam.
wah,ummu ammar bagi isyarat dah bersiap sedia nak tambah yang ketiga ke?
:-)

p/s: kami dah nak masuk 4.

Ummu Ammar said...

Makbonda..

Betul tu..orang yang tak nak, merata-rata dibuangnya..mmg sesak nafas bila tatap satu demi satu kisah2 buang anak ni..begitulah bila nafsu dah jd no1..iman tolak tepi..

Zaid..

Wah! Dalam banyak2 entry..entry ni jugak yg dia berkenan nak komen, saja la dia nak eksen tu..apa2pun tahniah..dah rezeki korang berdua..

p/s : Tajuk entry tu saje buat saspen..doakan je moga rezeki kami plak lps ni..

Ibuhani said...

Salam Ummu Ammar.....anak bukan saja anugerah tp adalah amanah Allah pd kita disamping sebg penyambung zuriat....alhamdulillah n syukur pd Allah SWT....smoga yg dikurniakan anugerah ini memikul t/jwb yg diamanahkan Allah SWT....

Nida n' Hanafi said...

Rasa sedih bila zuriat amanah Allah dihumban ke dalam longkang, di dalam tong sampah, di dalam mangkuk tandas... nau'zubillah

Bintu Sazali said...

betul2...kesian pd bayi2 yg tak berdosa tu..hmm...takdir ALLAH..skrg ni,yg da lama berkahwin susah sgt nk dpt zuriat..tp yg berzina tu?mudah je dpt hasil,dan mudah je mereka buang!!...Nauzubillahminzalik..

Sesungguhnya setiap yg ALlah jdkan pasti ada hikmahnya...tak pernah ALLAH jdkan sesuatu itu dgn sia2..

teenage party games said...

Baby want a memorable love from the mother...

teenage party games said...

so sweet hands over in the mother hand...

penjejak maya said...

salam ziarah ke sini.. alhamdulillah perkongsian yang baik pastinya anak tu pengikat kasih sayang...

Ummu Ammar said...

ibuhani..

Setuju. Anak adalah amanah Allah, bukan sekadar penyeri hidup dan tmpt bergantung kasih semata. Bila ianya adalah amanah, ia akan dipertanggungjwbkan kelak dihadapan Allah

Ummu Ammar said...

Nida..

Sesak nafas bila melihat fenomena buang anak yg makin menjd2....tak tahulah dlm tempoh 10 thn lagi..mungkin lebih dahsyat lagi..

bintun sazali..

Sama-samalah kita berfikir dan mentadabbur apa hikmah di sebalik apa yg berlaku..mg dpt pengajaran dan iktibar..

Ummu Ammar said...

penjejak maya...

Syukran atas salam ukhuwwah yg dihulurkan...moga dapat manfaat bersama utk apa yg dipaparkan dalam blog saya yg tak seberapa ini..

deena farhana said...

hemm....bahagia ade baby..zuriat harta berharga...sy blm jd umi lg..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...