Salam mesra buat semua..
Memiliki
zuriat merupakan impian
setiap insan yang berkahwin. Rumahtangga yang sunyi dari esak tangis
dan gelak tawa anak-anak pasti sepi, sesepi perasaan isteri dan suami
yang mengharap. Namun rezeki adalah di tangan Allah SWT. Ada
yang dikurniakan cahayamata yang ramai, ada yang sebaliknya, malah ada
yang belum dikurniakan anak walaupun sudah lama melayari bahtera perkahwinan.
Bagi yang masih gagal menatang zuriat sendiri, banyakkanlah bersabar dan terus berusaha kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya memahami perasaan anda semua, saya yang sudah mempunyai dua anak pun kekadang terusik jua hati kecil ini bila asyik ditanya dan diusik mengenai pertambahan zuriat, apatah lagi yang sudah lama mengharap setelah bertahun-tahun berkahwin..kesabaran anda semua tinggi nilainya di sisiNya..pasti ada ganjaran yang setimpal..
Bagi yang masih gagal menatang zuriat sendiri, banyakkanlah bersabar dan terus berusaha kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya memahami perasaan anda semua, saya yang sudah mempunyai dua anak pun kekadang terusik jua hati kecil ini bila asyik ditanya dan diusik mengenai pertambahan zuriat, apatah lagi yang sudah lama mengharap setelah bertahun-tahun berkahwin..kesabaran anda semua tinggi nilainya di sisiNya..pasti ada ganjaran yang setimpal..
Selain
mendapatkan rawatan moden di mana-mana pusat perubatan, apa kata kita
dekati bagaimana Rasulullah pernah mengajar cara dan petua supaya
dimudahkan mendapat cahayamata kepada seorang sahabat. Moga ada manfaat
untuk dikongsi bersama.
Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:
Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya
menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan
sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan
banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi
buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha,
tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada
kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada
Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah
menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
13 comments:
Salam Ummu Ammar,Zuriat adalah penyambung kasih,tapi ada individu yang tidak suka zuriat,qiblatnya hanya nafsu lalu zuriat yang tidak ditunggu muncul...alternatifnya..........???
salam.
wah,ummu ammar bagi isyarat dah bersiap sedia nak tambah yang ketiga ke?
:-)
p/s: kami dah nak masuk 4.
Makbonda..
Betul tu..orang yang tak nak, merata-rata dibuangnya..mmg sesak nafas bila tatap satu demi satu kisah2 buang anak ni..begitulah bila nafsu dah jd no1..iman tolak tepi..
Zaid..
Wah! Dalam banyak2 entry..entry ni jugak yg dia berkenan nak komen, saja la dia nak eksen tu..apa2pun tahniah..dah rezeki korang berdua..
p/s : Tajuk entry tu saje buat saspen..doakan je moga rezeki kami plak lps ni..
Salam Ummu Ammar.....anak bukan saja anugerah tp adalah amanah Allah pd kita disamping sebg penyambung zuriat....alhamdulillah n syukur pd Allah SWT....smoga yg dikurniakan anugerah ini memikul t/jwb yg diamanahkan Allah SWT....
Rasa sedih bila zuriat amanah Allah dihumban ke dalam longkang, di dalam tong sampah, di dalam mangkuk tandas... nau'zubillah
betul2...kesian pd bayi2 yg tak berdosa tu..hmm...takdir ALLAH..skrg ni,yg da lama berkahwin susah sgt nk dpt zuriat..tp yg berzina tu?mudah je dpt hasil,dan mudah je mereka buang!!...Nauzubillahminzalik..
Sesungguhnya setiap yg ALlah jdkan pasti ada hikmahnya...tak pernah ALLAH jdkan sesuatu itu dgn sia2..
Baby want a memorable love from the mother...
so sweet hands over in the mother hand...
salam ziarah ke sini.. alhamdulillah perkongsian yang baik pastinya anak tu pengikat kasih sayang...
ibuhani..
Setuju. Anak adalah amanah Allah, bukan sekadar penyeri hidup dan tmpt bergantung kasih semata. Bila ianya adalah amanah, ia akan dipertanggungjwbkan kelak dihadapan Allah
Nida..
Sesak nafas bila melihat fenomena buang anak yg makin menjd2....tak tahulah dlm tempoh 10 thn lagi..mungkin lebih dahsyat lagi..
bintun sazali..
Sama-samalah kita berfikir dan mentadabbur apa hikmah di sebalik apa yg berlaku..mg dpt pengajaran dan iktibar..
penjejak maya...
Syukran atas salam ukhuwwah yg dihulurkan...moga dapat manfaat bersama utk apa yg dipaparkan dalam blog saya yg tak seberapa ini..
hemm....bahagia ade baby..zuriat harta berharga...sy blm jd umi lg..hee
Post a Comment