Thursday, March 11, 2010

Kenangan Bersama Allahyarham Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi di Kaherah

Salam mesra buat semua..


Berita yang diterima petang tadi agak mengejutkan. Namun kembalinya seorang hamba kepada Penciptanya bukan terletak di bawah perancangan insan kerdil seperti kita kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati jua.

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu 10 Mac di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

- Sumber : www.pmram.org

Saya bukanlah sesiapa, namun saya diberi peluang oleh Allah bertemu mata dan beramah mesra bersama Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi pada tahun 2000. Catatan kenangan yang tidak mungkin saya lupakan walaupun pertemuan hanya seketika cuma. Gambar kenangan bersama Allahyarham masih dalam simpanan saya. Tapi sayang tak boleh publish kat sini kerana dalam berada dalam simpanan di rumah saya di Kuala Terengganu.

Semuanya bermula apabila Datuk Dr Haji Harun Taib, Exco Kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu dan rombongan kerajaan negeri ketika itu ke pejabat Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi  di Kaherah, Mesir kerana urusan-urusan yang berkaitan pendidikan. Oleh kerana rombongan tersebut kesemuanya lelaki kecuali isteri Datuk Harun Taib, Datin Fatimah Ibrahim ( Ustazah Fatimah ). Saya dan seorang sahabat selaku Exco Hewi KPT ketika itu diminta turut serta untuk menemani Ustazah Fatimah. 

Masa urusan perbincangan kami bertiga ( termasuk Uzh Fatimah ) tidak turut serta tetapi menunggu di dalam bilik tetamu yang indah dan diberi layanan yang baik sementara menunggu. Agak lama menunggu, seusai pertemuan tersebut seorang pembantu datang menjemput kami kerana Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi mahu berjumpa Uzh Fatimah yang juga merupakan bekas mahasiswi Al Azhar.  Saya dan sahabat saya tu menumpang tuah jer.

Masih terbayang mesra senyum dan ramah budi Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi menyambut kami dan bertanya khabar. Sempat dihadiahkan kami Tafsir Al Quran karangan beliau yang masih dalam simpananku.

Itulah secebis kenangan bersama Allahyarham Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi yang sudah kembali bertemu Pencipta Yang Maha Esa. Moga amanlah bersemadi di kalangan para solihin. Pemergian beliau satu kehilangan buat umat Islam seantero dunia. Al Fatihah.
 

18 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam kak UA..

Alangkah beruntungnya menjadi orang yang disayangi ramai.. pemergiannya diratapi oleh ramai orang... Al-Fatihah

Ibuhani said...

Al-fatihah.......

Bertuah Ummu Ammar dpt jumpa slh seorg pentafsir kitab yg tersohor ni....

Nadiah Sidek said...

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. seronok kan kak kalau dpt peluang jumpa ilmuan Islam tersohor. nadiah suka tgk muka2 mereka..'bersih' je..

yatie chomeyl said...

al-fatihah buat arwah. beruntung akak dpt jumpa dengan ilmuwan Islam macam beliau

Alimaz-Kembara Terasing said...

al-fatihah buat arwah.....

ibuaiman said...

alfatihah....

semoga aman rohnya di sana...amin....

rasa terawang-awang bila jumpa orang yang baik dan tersohor ini kan...untung ummuammar

teenage party games said...

My ustaz said that it is not allowed.he said in Kaherah,there is no such hypermarket.Please help me!I really want to know about this!

Chik Na said...

sungguh bertuah ummu amar dapat berjumpa dengan ilmuan dan ulamak yg agung

Ummu Ammar said...

Nida..

Perginya bukan sekadar tinggalkan nama tapi khazanah ilmu yg menjadi rujukan umat islam zaman berzaman..

Kak Ani..

Alhamdulillah.. memang saya tak sangka langsung dpt jumpa..ingatkan dah xde harapan nak jumpa masa tu..tp dia sudi juga jemput kami..macam mimpi je..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Memang bersih sgt wajahnya. Penuh ketenangan. Bicaranya sangat lembut dan sopan.

Yatie..

Mungkin peluang ni sekali dalam seumur hidup!Kenangan manis juga dapat berhadapan dgn MB Kelantan masa pertemuan dgn mahasiswi Al Azhar di Cairo dulu.. Akak duk depan sekali..

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Memang terawang2..dah la masa tu wartawan Arab ramai yg ambik gambar..berkelip kelap..padahal saya berdua ngan kwn tumpang glamer jer..kelakar betul ingat masa tu..

Ummu Ammar said...

Alimaz..

Al fatihah..Ameen..

teenage party games..

Rasanya Kaherah lagi 'gempak' dari KL. Rasa-rasanya kalau berdiri di tengah2 bandar kosmopolitan Tahrir atau Mohaddisin dlln.. terasa seperti berada di London..anda boleh google atau pergi melawat sendiri..

Ummu Ammar said...

Chik Na..

Sangat mengujakan saat itu..terasa auranya sampai sekarang..huhuhu..

gyan MD said...

salam.

takziah diatas kembalinya salah seorang tokoh ilmuan islam terulung dizaman ini. terasa kehilangan diikuti dgn rasa hiba yg menyayat hati. alfatihah.

moga Allah menganugerahkan kpd dunia islam lebih ramai lagi tokoh yg berwibawa sepertinya. amin.

Ummu Ammar said...

myself..

Insya Allah..moga lahir ramai lg ulamak berwibawa di muka bumi Allah ini..

deena farhana said...

al fatihah..moga roh bersama para syuhada..sayu dgn kepergian permata islam ini...

slm kenal utk kak UA..

Ummu Ammar said...

deena..

Salam kenal juga..deena sekarang study kt Al Azhar kan?

deena farhana said...

alhamdulillah,bru selesai pengajian di al azhar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...