Monday, November 01, 2010

Jangan Marah!


 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Marah adalah suatu bentuk emosi yang lahir di dalam diri seseorang manusia disebabkan oleh diri sendiri dan persekitarannya. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya. 



Marah yang tercela adalah kuasa yang cukup kuat yang boleh menghancurkan kehidupan seseorang sehingga mengorbankan persaudaraan, persahabatan mahupun nyawa sebagai galang gantinya. Marah perlu dikelolakan dan diurus dengan baik dan terkawal mengikut ajaran Islam yang murni ini. Antara langkah mudah ketika anda dikuasai sifat marah.

Mengucap اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Mengambil wuduk.
Duduk jika sedang berdiri.
Berbaring jika sedang duduk
 

Kenali jenis-jenis marah dan muhasabah di mana letak duduk diri kita..

  1. Lambat Marah, Cepat Hilang Kemarahannya.
  2. Cepat Marah, Cepat Hilang Kemarahannya.
  3. Lambat Marah, Lambat Hilang Kemarahannya.
  4. Cepat Marah, Lambat Hilang Kemarahannya.
  • Yang terbaik ialah lambat marah dan cepat hilang kemarahannya.
  • Yang paling buruk ialah cepat marah dan lambat hilang kemarahannya.
 
 
“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” 
Imam AL Ghazali
 
"Sifat marah adalah musuh pertama akal "
Saidina Ali Karramallahu wajhah 
 
Jangan marah-marah..nanti cepat tua..hehehe

12 comments:

yatie chomeyl said...

suka entry ni ;)

Ummu Ammar said...

yatie> Thanks! Menulis entry ini untuk memujuk diri yang sedang marah..supaya lebih cool..hehehehe

Nadiah Sidek said...

berkerut2 kening nadiah baca entry ni sbb duk fikir psl diri sendiri..cepat marah ke tak ke..

sekali bila sampai ayat akhir "Jangan marah-marah..nanti cepat tua..hehehe"...tergelak nadiah! hehe..kalau org tgh marah pun baca ayat terakhir tu hilang terus marahnya :D

marah ni mcm ada kait sikit dgn sifat sabar. betul tak kak?

FaRhAH Za'Ba said...

ok, dah tak marah da...lalalala~

Ummu Ammar said...

Nadiah > Hahahaha..ayat2 biasa pasal marah ni jugak..Jangan marah2..nanti kena jual..(teringat citer P Ramlee )

Marah dan sabar memang berkait. Sabar ni macam perisai kpd marah..kalau kurang sabar atau hilang sabar..habislah...

Ummu Ammar said...

Farhah> Aiikk..suka marah2 jugak ke cik mek molek ni..nanti tak laku tau..hahaha

cikpuanhady said...

huhuhu..rasanya saya ni spesis kurang sabor, tu yg cepat nak marah..huhu, mujurnya cepat kool juga..

Ummu Ammar said...

has> Sebenarnya akak pun macam has juga..tapi cepat sejuk..Insya Allah. Tapi kadang-kadang simpan dulu marah tu, pujuk hati..lama2 boleh "meletup' juga apabila benteng kesabaran itu runtuh..hehehhe..tapi takdelah melampaui batasan..

Nida n' Hanafi said...

terima kasih berkongsi info.. sekarang Nida kurang sikit marah2 sebab dah lama tak mengajar.. kalau dulu masa di sekolah hampir hari2 memarahi pelajar2.. :) (demi kebaikan mereka)

ummu said...

salam Ummu Ammar
syukran U.A
tazkrah tuk saya juga

Ummu Ammar said...

Nida > Marah guru adalaha didikan dan tanda prihatin. Akak pun sama hari2 ada je nak marah, marah tanda sayang. Mahu mereka berjaya dan terarah.

Ummu Ammar said...

ummu > Moga manfaatnya utk kebaikan kita bersama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...