Wednesday, November 24, 2010

Hamam Mashwi @ Roasted Pigeon

Salam mesra buat semua..

Selain dari ayam dan lembu, tekak saya ni susah nak terima daging selain dari keduanya. Daging kambing dan itik pun bukan pilihan hati. Merpati? 

Saya teringat kali pertama saya dihidangkan hamam mashwi ( roasted pigeon / merpati panggang )  semasa  makan di sebuah restoren di Hussin, Kaherah. Saya memang tidak berselera. Pelik adalah..Jadi, saya hanya menyentuh makanan lain yang boleh diterima tekak. Kawan2 saya begitu berselera sekali  dalam erti kata lain seolah-olah mengambarkan betapa lazatnya merpati panggang tersebut...

Setelah disuruh beberapa kali, hati saya tergerak untuk mencuba. Bila sudah rasa..memang sedap betul. Habis la jugak seekor. Betullah kata pepatah..belum cuba belum tahu..tak kenal maka tak cinta..betul dok? Tapi itulah kali pertama dan terakhir buat saya.

Apa yang saya nak kongsi di sini ialah tentang projek hamam mashwi pada Eidul Adha yang lepas. Suami saya sudah lama berhajat hendak menjamu hamam mashwi dari merpati-merpati peliharaannya yang sudah berkembang biak. Eidul Adha tahun ini adalah saat yang sesuai bila seisi keluarga dapat bersama. Cuma hamam mashwi versi kami bukanlah menggunakan resepi hamam mashwi yang sebenar tapi merpati ala BBQ sebab diperap dengan rempah ayam/daging bakar yang biasa kita buat untuk BBQ...so, layan je la gambar2 ni..


Step 1 : Selepas sembelih, dibersihkan

Step 2 : Perap dengan rempah

Step 3 : Kukus seketika


Step 4 : Grill

BBQ ayam dan daging sekali..

Dimakan dengan bawang,tomato,capsicum yg digrill..dan..

Salatoh @ Salad/Acar versi Arab 

 dicicah sos BBQ ,sos cili/tomato, air asam pun boleh..

Selamat Mencuba..

4 comments:

Nadiah Sidek said...

nadiah ni setakat ayam la paling tinggi. daging lembu pun tak minat, sekali-sekala je mkn..tu pun kalau dagingnya dipotong nipis2. kambing ke, itik ke, burung ke, rusa ke..belum terbuka hati lagi nak rasa

Ummu Ammar said...

Nadiah> Samalah kita..tp akak OK je dgn daging..yg lain2 terima kasih je la..tp suami akak semua yg boleh mkn dia cuba..

Liz said...

wah sedapnya.....mahu agaknya Liz nak rasa BBQ kak Ummu Ammar.

Ummu Ammar said...

Liz > Kalau Liz ke Malaysia, jgn lupa btandang..pasti saya berbesar hati utk jamu Liz dgn BBQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...