Salam Eidul Adha..
Renungi diri, cari dan nilailah sendiri sejauhmana pergorbanan kita untuk memartabat dan menjunjung Islam di muka bumi ini. Sanggupkah jiwa raga ,darah, harta benda dan apa sahaja yang berharga kita lepaskan demi sebuah pengorbanan untuk agama Allah SWT??
Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :
"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."
Subhanallah. Sungguh tulus dan tinggi sekali pengorbanan sahabat kesayangan Rasulullah SAW ini. Contohilah pengorbanan Abu Bakar r.a. Jika tidak mampu berkorban seperti beliau, sekurang-kurangnya kita juga turut berkorban untuk agama tercinta - sedaya yang mampu. Insya Allah.
Salam Eidul Adha dari Ummu Ammar sekeluarga untuk seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Maaf Zahir dan Batin.
2 comments:
assalamualaikum Ummu Ammar.indahnya pengorbanana Abu Bakar, tulusnya cinta seorang sahabat, sucinya jiwa yang sanggup korbankan hartanya demi sahabat yang lain,mulianya peribadi santun perilaku.
salam adidil adha jua untuk Ummu Ammar
ummu > waalaikumussalam..susah untuk mencari peribadi sehebat Saidina Abu Bakar di zaman ini..
Salam aidiladha buat ummu sekeluarga..
Post a Comment