Monday, February 27, 2012

Kasih Tiada Tara

4 comments

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. 
Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?
 

Tuesday, February 21, 2012

Jangan Marah!

6 comments

Dari "burung marah" beralih pada "murid marah". 

Daripada  Abu  Hurairah  bahawasanya  Rasulullah  SAW pernah bersabda :
“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya “ 
(Riwayat Ath-Thabrani).

Friday, February 17, 2012

Doa Buat Syria

3 comments
Beberapa hari lepas, saya menatap gambar seorang syahid Syria  di Facebook ~kepala terpisah dari badan dan tubuhnya dikerat-kerat dan dipotong. Sungguh memilukan..bayangkan kalau itu yang terjadi pada ahli keluarga kita..
 
Itulah gambaran realiti di Syria, mereka dilabel sebagai pengganas dan radikal Islam  oleh pemerintahan diktator Basyar Al Assad..hanya kerana mempertahankan akidah dan hak di tanah tumpah darah mereka sendiri. Mereka dibunuh dan kemudiannya dipotong-potong jasad mereka lalu dikembalikan semula kepada keluarga mereka dalam keadaan yang sungguh meruntun jiwa.

Sumber : pigeonproject

Kanak-kanak seusia 9, 10, 11 dan 12 tahun ditahan dan dikenakan penderaan mental, kuku-kuku tangan dan kaki mereka dicabut, gigi-gigi mereka dipatahkan serta dilakukan penderaan seksual ke atas mereka. Wanita-wanita diculik dan diperkosa. Rakyat Syria terkurung dalam rumah mereka sendiri dengan kekurangan makanan dan keperluan harian.

Nu’man bin Basyir r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ayuh sahabat-sahabat semua..panjatkan doa buat saudara-saudara seIslam kita di Syria..
 

Mencari

4 comments


Mencari sinar dalam gelap
Mencari damai dalam resah
Mencari tawa dalam duka
Mencari sunyi dalam riuh
Mencari lapang dalam sibuk
Mencari lurus dalam kusut
Mencari mudah dalam sulit

mencari..mencari..mencari..

Penawarnya pasti bertemu
Apabila kamu mencari-Nya
Apabila kamu mendekati-Nya
 Apabila kamu mengingati-Nya

Kerana Allah sentiasa bersamamu..

Wednesday, February 08, 2012

Antara Isteri & Ibu

4 comments

“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.

Selamat berusaha untuk menjadi isteri solehah buat sang suami dan ibu mithali buat anak-anak tercinta..Moga urusan dan niat kita dipermudahkan..

Sunday, February 05, 2012

Dia Kekasih Allah

6 comments
Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Renungkan! Dimana  kita? 
Salam Maulidurrasul 1433H


Friday, February 03, 2012

Pada Sepinggan Nasi

5 comments


"Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah..?" -  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Pemimpin bertaraf ulama ini memang kaya dengan ilmu dan hikmah. Kata-kata beliau tinggi dengan keindahan ilmu balaghahnya. Menyentuh keimanan dan menyuntik rasa sedar hingga menusuk dalam hati.

Pengalaman bertemu beliau masih kemas tersimpan dalam kamus hidupku. Waktu itu saya di negara orang. Ketika kunjungan beliau ke Mesir, satu program ramah mesra antara beliau dengan seluruh mahasiswi Malaysia Al Azhar telah diatur PMRAM . Bagi saya dan rakan-rakan, ia adalah peluang yang tidak mampu dilepaskan. Oleh kerana rumah berdekatan, saya pergi ke lokasi lebih awal dan dapat duduk bersila di barisan hadapan berhadapan Tuan Guru. Mendengar bicara beliau yang penuh ilmu dan hikmah di hadapan mata sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...