Salam mahabbah buat semua..
Sudah lama saya tidak menulis entry berkenaan Mesir dan beberapa catatan kenangan tentangnya yang masih berlipat kemas dalam kamus ingatan. Walaupun mungkin sudah agak lama Mesir saya tinggalkan, catatan kenangan ini adalah buat tatapan diriku dan anak-anak suatu masa nanti..
Pantai Ageeba adalah salah satu pantai tercantik sempat saya kunjungi ketika Rehlah ke Matrouh dan Siwa anjuran HEWI PMRAM ketika itu. Ageeba dalam bahasa Arab bermaksud ajaib/miracle. Pantai ini dinamakan dengan
Ageeba mungkin kerana keindahannya yang menakjubkan dan terkenal dengan 7 warna yang ada pada laut ini. Ia membiaskan 7 warna ketika matahari terbenam
di ufuk barat...Subhanallah! Memang cantik..
Pantai Ageeba ini terletak 28 km di sebelah Barat Marsa Matruh. Ianya diindahkan dengan pemandangan yang cukup menarik ditambah dengan batu-batu yang unik di sekelilingnya. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa jika diperhati betul-betul terdapat kalimah Allah dan Muhammad di dasarnya .Wallahu a'lam.
‘”Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan". (27:93)
Jika berkesempatan, silalah berkunjung ke sana..
24 comments:
salam...
Subhanallah cantik..
Moga2 dapat ke Bumi Mesir juga suatu hari nnti..InshaAllah..
Subhanallah.....teringinnya nak tgk tmpt2 cantik cam ni.......:)
salam kak UA,
subahanallah..sy 4tahun kat mesir, xsempat nk g jalan2..yg last2 tu je g dgn mama papa, tu pun jaulah sekitar mansurah je..sedih sgt, tp xpelah...insya Allah, next time blh pegi....
br tau kak UA mesir dulu.. :)
mmg ajaib betul keindahan pantai ni, sesuai dgn namanya kan kak
subhanallah..cantiknya..
subhanallah, cantiknya...best ni kalau dapat amek gmbr :)
subhanallah (^_^) moga 1 masa nnt sy dpt tgk sendiri.
Subhanallah... cantiknya.. airnya sangat biru dan jernih, pasir yang sangat halus... Mudah2an sampailah Nida ke sana suatu hari nanti..
Subhanallah,InsyaAllah,ada azam nak mengunjunginya.
subhanallah...seindah ciptaan-Mu...
harap2 sampai satu ketika nanti dpt juga menjejak kaki ke sana...;)
Ummu,bagaimana mhu membuat award????
terima kasih ats perkongsiannya ya...:)
jika mahu, boleh juga hntr ke email,
sweatie_iffahj@yahoo.co.uk
ya Allah, cantiknya pantai ageeba tu.
Airnya nmpk jernih sgt... geram jer rasa nak terjun walaupun diri ini x pandai berenan..hikhikhik
Ema..Insya Allah, mg termakbul..akak pun teringin nak ke tempat Ema..
Kak Ani..I'm sure you'll loved it ..memang sgt menenangkan..
deena..Akak pg pun last year kt sana lps final exam..apa2 rehlah yang HEWI anjur akak join tmasuklah ke Sinai..tu jer la caranya..sbb akhawat nak pg sendiri tmpt2 mcm tu kan bahaya..MAnsurah dan Alex pun akak pusing2 kt seminggu..singgah rumah kwn2 kt sana..
Yatie..
Memang cantik..tp sayang akak pg tengahari..kalau pg ptg masa matahari nak terbenam..baru nampak keajaiban 7 warna tu..
Nadiah & CatlinaFly..
Kalau tgk yg real lg cantik..Catlina bleh ambik gambar banyak2...mmg puas hati!
Fatin, Nida, Mak Bonda..
Insya Allah..moga2 dapat ke sana suatu hari nanti..tak kira la pg melancong ke, transit umrah atau sambung belajar..
Iffah..
Insya Allah, saya doakan Iffah dapat sambung study kt sana dan menyelami keindahan bumi para anbiya' ni..
Pasal award, maaf dik..saya belum pernah buat lagi..memang nak kena belajar dulu..Iffah bleh tanya org2 yg lbh pakar atau minta encik google carikan..
fa10..
Hihihihi.. saya pun tak pandai juga..tp seingat saya tak sesuai untuk bermandi2 manda sbb terumbu karang banyak..
salam ukhuwah..
cantiknya...... kalau dapat gi sini best nie....
cantik sungguh kan... beruntung la ummu dah dapat nikmati ciptaan allah di depan mata..
atie..
Selamat datang ke blog saya...salam ukhuwwah juga..mmg best kalau dpt pergi..mmg cantik
Chik Na..
Alhamdulillah..Chik Na pun apa kurangnya..London lg..
kak UA syukbah ape ye n furuq mana kat mesir dulu?
deena..
Akak kt Cairo - Usuluddin
Post a Comment