Tuesday, December 29, 2009

Diet Putih Telur

Salam ukhuwwah buat semua,
Cuti sekolah sudah sampai penghujungnya. Beerti saya akan kembali ke sekolah seperti biasa. Ini bidang yang saya pilih. Walaupun terasa berat hati nak kembali bertugas dek  dimanjakan dengan cuti yang panjang dan keseronokkan menjadi suri sepenuh masa..namun, saya kena ketepikan semua itu kerana life goes on dan tanggungjawab perlu dilunaskan..saya masih ada 23tahun untuk bergelar guru!


Entry kali ni saya nak sentuh pasal diet. Maklumlah bila cuti panjang ni. Kadang-kadang makan pun segala benda masuk. Jalan-jalan cari makan sana sini, kenduri kendara dan sebagainya. Sampai badan pun terasa lemah dan berat semacam je. Saya terfikir nak kembali berdiet. Berkunjung ke blog Zalani, sahabat saya semasa di Mesir dulu membuatkan saya tertarik dengan pengalaman dietnya.. hanya memulakannya dengan memakan putih telur..Ikuti pengalamannya dan untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik sini untuk artikel penuh.



Pertama sekali, untuk turunkan kadar gula dalam badan yang menjadi salah satu punca kegemukan adalah dengan memakan putih telur. Makanlah putih telur seberapa banyak yang anda mahu kerana ia tak memberi kesan kepada peningkatan berat. Cara memasaknya terpulang kepada anda, cuma jgn gunakan minyak (goreng) dan jangan makan bersama sos. Hanya telur putih semata-mata. Telur kuning? Boleh makan, tapi tidak lebih dari 2 biji sehari. Amalkan selama 7 hari. Macam petua 'gila-gila' aje kan? Terpulanglah... tapi saya dapat kurangkan 4.5kg setelah amalkan selama 4 hari (tak larat nak continue... tak biasa). Dan minumlah air masak kosong saja banyak-banyak.
 
Selepas 4 hari tersebut, oleh kerana teruja dengan penurunan itu, saya teruskan dengan petua selanjutnya iaitu memakan telur setiap pagi, sayur, daging, ayam atau makanan laut setiap tengahari, dan telur untuk makan malam (sebelum 8 malam). Cara masaknya mengikut kreativiti sendiri, asalkan tanpa minyak dan sos. 7 hari bersama menu ini. saya dapat kurangkan 3 kilo tanpa rasa lapar. Untuk keluarga, saya memasak seperti biasa dan dalam masa yang sama saya makan bersama mereka dengan menu saya sendiri. Apa kata suami? Teruskan... dia pun teringin nak tengok hasilnya.

 
Langkah saya yang ke-3 lebih kurang sama macam langkah sebelum ini, cuma banyakkan memakan buah-buahan. Nasi, mi dan seumpamanya yang tergolong sebagai makanan berat, belum boleh diambil untuk hidangan. Sabar, ye... Teruskanlah usaha ini selama 2 minggu.
Selepas langkah yang ketiga, bolehlah beransur-ansur mengambil makanan ruji kita, tapi berhentilah makan sebelum kenyang dan untuk waktu tengahari sahaja.

 
Bagi saya, setelah pelbagai pengalaman sejak remaja dalam menangani isu kegemukan ini, satu perkara penting yang semua orang tahu patut diamalkan iaitu makanan seimbang. Walaupun ketika langkah yang pertama ia tidak menggambarkan keseimbangan, namun itu cuma untuk menurunkan paras kandungan gula, seterusnya memudahkan proses pengurangan lelemak badan yang mungkin dah lama jadi 'kilang haram' dalam badan.

 
Bermula Januari 2009 hingga sekarang, berat saya dapat dikurangkan sebanyak 14kg hasil dari disiplin pemakanan. Tidak lupa 'exercise' rutin setiap Sabtu dan Ahad iaitu 'jogging' sekitar taman perumahan. Hari biasa, cukuplah kerja-kerja rumahtangga untuk keluarkan peluh. Kalau di sekolah, dapat kelas yang banyak kena panjat tangga, lagi suka.

 
Pesanan untuk anda, minumlah air masak kosong banyak-banyak, makan seimbang, jangan makan lepas jam 8 malam, berhenti makan sebelum kenyang dan lakukanlah senaman dengan apa cara sekalipun. Setakat ini, berat saya belum pernah naik, tak rasa lapar, terbiasa makan sikit-sikit aje dan hati pun senang serta berkeyakinan. Suami pun senyum dengan kegigihan ini. Anak-anak gembira, murid-murid pun tak mengejek di belakang. Pakaian tahun 1996 dulu pun muat kembali. Alhamdulillah, duit pun tak habis dengan pelbagai barang di pasaran ataupun rawatan pusat kecantikan.

 
Untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, boleh cuba cara diet Zalani ni..selamat mencuba!

16 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waaahh menarik sungguh n3 kali ni, mcm tau2 lak ummu ni, saya yg makin gemut dan nak sangat turunkan berat badan nih! hehe ^_^..thanks sesangat nk try lah! moga2 tahun depan kembali normal! dan yg penting, en suami sukaa...hahaha..maceeh ummu!! ^_^

*psstt...tautak..brt badan saya naik kan..hampir menyamai time saya peknen 9 bulan dl...aduss sgtlah azab nak turunkan balik nih! katanya doktor kesan dr ambk suntikan perancang..hukhuk..hope leh la turun balik! :P

Nadiah Sidek said...

nk kena tggu nadiah gemuk dulu la baru cuba tips ni. berat nadiah mcm dulu jgk, 40kg..mak smpai tak tau nk kata apa dh tgk anaknya ni kurus kering. nasib baik muka berisi..takde la org perasan. hihi..

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak UmmuAmmar:

Menarik sungguh n3 ni, tapi kalau ada petua nak kasi naik badan bagitahu ye.. puas ler duk makan coklat hari2.. tapi badan ni gitu juga... 46 kilos.

p/s: cepat betul masa berlalu, baru rasanya baca n3 ummuAmmar mengenai cuti sekolah bermula.. tuptup dah nak naik sekolah dah...

Ibuhani said...

sebenarnya mengelak kegemukan bukan saja utk kecantikan tp baik juga utk kesihatan....biar umur yg meningkat jgn berat badan yg meningkat......

Anonymous said...

mesti ramai yg berminat ni... thanks for this info, boleh guna bila diperlukan.

kita sama2 berjuang di medan ilmu rupanya... cuma akak masih bercuti..lalalalala

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Sesuatu perlu kita lakukan krn situasi kita sama..hihihi..bkn sekadar utk org tersayang tp untuk diri sendiri - supaya sihat, bleh tunaikan tggjwb sbg isteri&ibu..& plg penting utk beribadat pd Allah..

Ummu Ammar said...

Petua utk gemuk? Makan byk sikit..tp kdg2 kalau jenis badan mmg dah mcm gitu..mkn satu tan pun mesti camtu gak..takpe la Nida..yg penting sihat..

Hmmm..betul tu..masa bgtu cepat berlalu..ahad kt sini dah mula sek..

Ummu Ammar said...

kak Ani..

Itu tujuan utama diet saya ni..yg cantik akan pudar juga, yg muda akan tua..tp kalau sihat, itu satu bonus..utk keluarga, ibadat,ilmu & lain2

Ummu Ammar said...

Nadiah..
Akk nampak muka Nadiah chubby dan comel gitu..x nampak mcm 40kg pun..

Ummu Ammar said...

fa10..

Enjoy la cuti sebaik dan sepuas mungkin..nanti jgn lupa blk bkhidmat kt sekolah..!anak2 murid tgh rindu tu..

Hamizah said...

Salam Pah,
fa10 tu kwn sama2 um tu..
tq bagusnya info ni..xsabar2 nak cuba..tp kena shopping telor byk dl

Ummu Ammar said...

Mizah..

Yer ke? Camtu rupanya..
Saya mcm nk try jugak..agaknya bleh tahan ker mkn telur hari2 ek?..

Selamat mencuba..Zah..nmpk cam berisi sikit skrg..

ibuaiman said...

Assalamualaikum...salam perkenalan..wah bagusnya ummu ammar dpt turun berat dgn jayanya...tahniah....

jika sudi datanglah jenguk blog saya di www.klinik-ibuaiman.blogspot.com

Ummuammar mengajar di mana ye?

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Ahlan wasahlan ke blog saya..Salam ukhuwwah juga..

Sebenarnya, itu kisah diet kwn saya, Zalani..mcm saya sendiri..selalu sekerat jln jer..lps ni bleh la ke klinik ibuaiman utk dpt tips berguna psl diet..bleh kan?

Saya mengajar kat Setiu, Terengganu

ibuaiman said...

oooo...org tranung ke?saya org tranung gok, kg kat kmn, tp merantau di KL..:)

Cimas Tc said...

Saya teringin nak buat diet ni..dah rasa tak selesa dengan badan yang makin naik ni..huhu..sehari berapa banyak putih telur ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...